Link Copiedcheck_circle
Global

Teaser Kia K8 Facelift Didedahkan – Tampil Elegan Dengan Sentuhan Rekaan EV9

Sofea Najmi

Kongsi melalui


Pengeluar kereta Korea, Kia, baru-baru ini telah mengeluarkan teaser pertama untuk Kia K8 facelift yang akan datang. Sedan eksekutif ini dijadualkan membuat penampilan sulung di pasaran Korea pada akhir Ogos tahun ini. Model terbaru ini dijangka akan hadir dengan beberapa peningkatan kelengkapan serta perubahan kecil rekaan. 


Kia-K8-(1).jpg


Sedan eksekutif Kia K8.


Bagi yang kurang mengenali model ini, Kia K8 ialah sedan eksekutif segmen E yang diposisikan di antara model Kia K5 (juga dikenali sebagai Optima) dan sedan flagship K9. Model ini juga berkongsi platform dengan Hyundai Grandeur/Azera.


Rekaan Diilhamkan Daripada EV9


Kia-K8-Facelift-Teaser-1.jpg


Teaser pandangan hadapan Kia K8 facelift.


Daripada video teaser pendek yang dikeluarkan, dapat dilihat beberapa elemen rekaannya diilhamkan daripada model EV9. Antaranya termasuk lampu depan LED dengan hujung berbentuk Y dan gril hadapan 'Tiger Nose' yang lebih halus, kini dilengkapi dengan jalur LED. Untuk mengimbangi rekaan gril hadapannya yang agak kecil, pereka Kia telah memperbesar komponen ambilan udara di bahagian bawah untuk mengekalkan prestasi penyejukan kereta ini.


Kia-K8-Facelift-Teaser-3.jpgKia-K8-Facelift-Teaser-2.jpg


Teaser pandangan belakang dan sisi Kia K8 facelift.


Sentuhan rekaan EV9 turut diterapkan pada bahagian belakang K8 facelift, di mana sedan eksekutif ini dijangka menerima lampu belakang LED penuh dengan hujung berbentuk Y di kedua-dua sisi. Video teaser yang dikeluarkan agak gelap, jadi tidak banyak yang dapat dilihat kecuali profil sampingan yang anggun untuk sedan segmen E ini.


Ruang Kabin Tidak Didedahkan


Kia-K8-(6).jpg


Kabin K8 versi pra-facelift.


Bagaimanapun, Kia tidak mendedahkan bahagian kabin K8 facelift ini melalui teaser yang dikongsikan. Untuk makluman, model pra-facelift dilengkapi dengan dua skrin berukuran 12.3 inci serta papar pandu (HUD) 12 inci. 


Spekulasi Trenkuasa Kia K8 Facelift


Kia-K8-(2).jpg


Kia K8 pra-facelift.


Setakat ini, tiada butiran mengenai pilihan trenkuasa untuk K8 facelift. Namun, memandangkan ini hanyalah sebuah versi facelift, kita boleh menjangkakan Kia akan mengekalkan ciri yang sama dengan versi sebelumnya, termasuk enjin petrol 2.5 liter dan 3.5 liter, serta versi hibrid (HEV) dan LPG.


Pelancaran Kia K8 Facelift


Kia dijangka akan melancarkan sedan K8 facelift ini di pasaran Korea pada hujung Ogos tahun ini. Hanya ketika itu kita akan mengetahui butiran selanjutnya. Nantikan perkembangan yang akan kami kongsikan dari masa ke masa. 


Kia-K8-(5).jpg


Tag:

Kia
Kia K8
Kia EV9
Kia K8 Facelift
Kia Facelift 2024
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

21-01-2026
EV

12-01-2026
Berita Auto

08-01-2026
Global

12-12-2025
Berita Auto

11-12-2025
Global

05-12-2025
Global

04-12-2025
Berita Auto

28-11-2025

Berita Terkini

Global
China Panggil Balik 4.3 Juta Kenderaan Kerana Isu Pemegang Pintu

China Panggil Balik 4.3 Juta Kenderaan Kerana Isu Pemegang Pintu

Bahaya Pintu EV: 4.3 Juta Kenderaan Dipanggil Balik di China.

28-08-2026
Global
Lampu Terlalu Terang, Tesla Panggil Balik Lebih 20,000 Kenderaan di AS

Lampu Terlalu Terang, Tesla Panggil Balik Lebih 20,000 Kenderaan di AS

Tesla panggil balik lebih 20,000 kenderaan di AS.

17-08-2026
Global
Kecil Tapi 'Laris', BYD Racco Jadi Rebutan Pembeli Kereta Elektrik Di Jepun

Kecil Tapi 'Laris', BYD Racco Jadi Rebutan Pembeli Kereta Elektrik Di Jepun

Kei Car, EV BYD Racco Terima Sambutan Luar Biasa Di Jepun.

12-08-2026
Global
Bila Kapal Tak Cukup: Ini Cara  Pengeluar Kereta China Hantar Kereta Ke Seluruh Dunia

Bila Kapal Tak Cukup: Ini Cara Pengeluar Kereta China Hantar Kereta Ke Seluruh Dunia

Apabila Kapal Pengangkut Tak Cukup: Inilah Cara Bijak Pengeluar China Eksport Kereta.

11-08-2026
Global
Chevrolet Tamat Operasi di China Selepas 21 Tahun

Chevrolet Tamat Operasi di China Selepas 21 Tahun

Chevrolet Ucap Selamat Tinggal Kepada Pasaran China Sebaliknya Tumpu Kepada Pasaran Eksport.

11-08-2026
Global
Zeekr 7X Terbakar Tiba-Tiba di Stesen Pengecasan

Zeekr 7X Terbakar Tiba-Tiba di Stesen Pengecasan

Imej Jenama "Kalis Api" Tercabar? Zeekr 7X Terbakar.

10-08-2026
Global
Pemilik Berang Tengok Iklan Spider-Man Muncul Dalam Skrin Infotainmen

Pemilik Berang Tengok Iklan Spider-Man Muncul Dalam Skrin Infotainmen

Pemilik BMW berang tengok iklan Spider-Man pada infotainmen setiap kali enjin dihidupkan.

06-08-2026