Link Copiedcheck_circle
EV

Kia PV5 Bakal Saingi VW ID.Buzz?

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Pembuat kereta Korea Kia buat julung kalinya menyiarkan imej luaran pertama van elektriknya yang dikenali sebagai Kia PV5 baru-baru ini.

PV5 hadir dalam  versi van penumpang dan van kargo dan kedua-duanya dilihat menampilkan reka bentuk futuristik namun hakikatnya, ia adalah van yang agak lasak.

image.pngimage.png

Untuk makluman, ia adalah model pertama Kia yang dibangunkan berdasarkan Kia Platform Beyond Vehicle (PBV) dan akan diikuti dengan PV7 yang akan dilancarkan dua tahun lagi.

Buat masa ini, butiran teknikalnya  masih belum disahkan namun PV5 telah dibangunkan sebagai e-van dan bukannya menggunakan platform enjin pembakaran dalaman.

Seperti mana yang dilihat pada van konsep ini, ia bakal hadir dengan  seni bina 400 volt dan persediaan e-motor hadapan EV3.

image.pngimage.png

Ini bermakna, PV5 juga akan menghasilkan output yang sama dengan EV3 iaitu  201 hp dan tork 283 NM yang membolehkan ia memecut dari 0-100 km/j hanya dalam 7.6 saat.

Namun prestasinya mungkin akan sedikit berbeza apabila ia sarat dengan penumpang atau muatan.

Dari segi bateri, ia bakal didatangkan dengan  pek bateri berkapasiti 58.3 kWj dan 81.4 kWh seperti mana terdapat pada EV3 .

Kedua-dua versi van ini  dikatakan bakal menjanjikan jarak gerak sehingga 435 km (penumpang) dan 604 km.

Melihat luaran PV5 penumpang dan PV5 kargo, kedua-duanya  berkongsi penampilan hadapan yang sama.

image.png

Kedua-duanya hadir dengan lampu depan jenis menegak, ada pendakap bada, namun pintu belakang kargo jenis sisi berkembar manakala van penumpang, hanya ada satu pintu belakang.

Walaupun PV5 telah didedahkan dalam versi van penumpang dan kargo, Kia dikatakan bakal mendedahkan lebih banyak butiran lagi sempena Hari EV  pada 27 Februari ini.


Gallery

Tag:

Kia
Kia PV5
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global
Kia Seltos Generasi Terbaru – Lebih Besar, Agresif, 2 Versi ICE

Kia Seltos Generasi Terbaru – Lebih Besar, Agresif, 2 Versi ICE

Kia telah mendedahkan rekaan SUV crossover subkompaknya dalam versi generasi terbaru, Kia Seltos. Model ini tampil dengan reka bentuk yang jauh lebih berani, diinspirasikan daripada model SUV Kia lain yang terbaru.

12-12-2025
Global
Kia Vision Meta Turismo Didedahkan, Adakah Ia Pengganti Stinger GT?

Kia Vision Meta Turismo Didedahkan, Adakah Ia Pengganti Stinger GT?

Kia memperkenalkan konsep GT empat pintu terbaharunya yang dikenali sebagai Vision Meta Turismo.

09-12-2025
Global
Ini Dia Kereta Konsep Kia, Mungkin Pengganti Kepada Model Stinger?

Ini Dia Kereta Konsep Kia, Mungkin Pengganti Kepada Model Stinger?

Gambar teaser itu menguatkan lagi spekulasi bahawa kereta yang ditunjukkan itu akan menjadi pengganti kepada model Kia Stinger.

05-12-2025
EV
Rekaan Kia EV4 Didedahkan – Sedan Elegan & Hatchback Sporty

Rekaan Kia EV4 Didedahkan – Sedan Elegan & Hatchback Sporty

Selepas beberapa imej acah dikongsikan minggu lalu, Kia akhirnya mendedahkan imej rasmi pertama model elektrik kompak terbarunya, Kia EV4.

17-02-2025
Pandu Uji
Sudah Diuji: EV9 GT-Line, Nampak Besar Macam Raksasa,  Harga Pun Boleh Tahan!

Sudah Diuji: EV9 GT-Line, Nampak Besar Macam Raksasa, Harga Pun Boleh Tahan!

Carz.com.my berpeluang memandu uji KIA EV9 GT-Line AWD baru-baru ini.

03-02-2025
Global
Kia Sportage Facelift 2025 Diberikan Sentuhan & Teknologi Canggih Seperti EV9 – Lambat Lagi Tiba Di M'sia?

Kia Sportage Facelift 2025 Diberikan Sentuhan & Teknologi Canggih Seperti EV9 – Lambat Lagi Tiba Di M'sia?

Syarikat automotif Korea, Kia, akhirnya memperkenalkan Kia Sportage 2025 versi facelift di pasaran domestiknya. Berdasarkan model generasi kelima (kod NQ5).

07-11-2024
Global
Teaser Kia K8 Facelift Didedahkan – Tampil Elegan Dengan Sentuhan Rekaan EV9

Teaser Kia K8 Facelift Didedahkan – Tampil Elegan Dengan Sentuhan Rekaan EV9

Kia, baru-baru ini telah mengeluarkan teaser pertama untuk Kia K8 facelift yang akan datang.

01-08-2024
Berita Auto
Belum Daftar  SKDS 2.0? Ini Kata Menteri

Belum Daftar SKDS 2.0? Ini Kata Menteri

Jika mereka tergolong dalam mana-mana kategori yang terdiri daripada SKDS 2.0, mereka haruslah mendaftarkan diri untuk mendapatkan subsidi.

25-06-2024

Berita Terkini

EV
Beli EV Pertama: Latih Staf Terang Panduan Cas EV Di Rumah

Beli EV Pertama: Latih Staf Terang Panduan Cas EV Di Rumah

Syarikat Kereta Digesa Latih Staf Beri Panduan Cas EV Di Rumah.

03-09-2026
EV
1 Aplikasi, Tapi Banyak Pengecas: Akses Stesen Pengecas  Gentari Melalui Aps ChargeSini

1 Aplikasi, Tapi Banyak Pengecas: Akses Stesen Pengecas Gentari Melalui Aps ChargeSini

Nak Cas EV Lagi Mudah, ChargeSini, Gentari Kini Roaming Bersama.

02-09-2026
EV
Kenapa Jaecoo J5 EV Malaysia Lagi Mahal Dari Thailand, Indonesia

Kenapa Jaecoo J5 EV Malaysia Lagi Mahal Dari Thailand, Indonesia

JAECOO J5 EV CKD dilancarkan pada RM118,800.

02-09-2026
EV
Pengecas EV Murah: ChargeSini Kurangkan Harga Di Seluruh Malaysia

Pengecas EV Murah: ChargeSini Kurangkan Harga Di Seluruh Malaysia

Berita baik pemilik EV, ChargeSini turunkan harga Pengecas DC. Semak kadar tarif baharu sekarang.

01-09-2026
EV
Sukar Pasang Pengecas EV: Ini Sebab Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Buat Suka Hati

Sukar Pasang Pengecas EV: Ini Sebab Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Buat Suka Hati

Niat Ada, Halangan Banyak: Kenapa Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Bebas Bina Pengecas EV?

27-08-2026
EV
Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara

Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara

Hilang Risau Pemandu e.MAS: Proton e.MAS Tambah Stesen Pengecas Suku Ketiga Tahun Ini.

26-08-2026
EV
Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV

Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV

PLUS dan LPT 2 bakal menyediakan 350 titik pengecas EV.

25-08-2026
EV
EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup

EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup

Dilema Pemandu EV: Pengecas EV Di Lebuhraya Masih Tak Cukup.

24-08-2026