Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Awas! Anda Dipantau Dari "Atas"

Suhana Veru

Kongsi melalui

Rata-rata netizen memuji tindakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menggunakan dron untuk mengesan pemandu yang melakukan pelbagai kesalahan di atas  jalan raya baru-baru ini.


Ia digunakan untuk mengesan pemandu yang memotong barisan, menggunakan lorong kecemasan dan melanggar lampu isyarat.


Gambar: JSPT

Percaya atau tidak, ramai pesalah yang terperanjat apabila mereka ditahan di tengah-tengah lebuh raya.

Tengok video ini:  https://www.facebook.com/JSPTPDRM/videos/764857364504347/

Pihak polis menggunakan dron di tiga lokasi seperti berikut:

Plaza Tol Gombak

Slim River, Perak

Pagoh, Johor


Gambar: JSPT

Jadi, bagi sesiapa yang menggunakan yang menggunakan lebuh raya di lokasi terbabit, berhati-hatilah kerana anda dipantau dari “atas”.

Untuk makluman anda, ia diterbangkan pada ketinggian 1,500  kaki dengan kelajuan 70 kilometer sejam

Gambar kenderaan yang melakukan tiga kesalahan itu akan dirakam menggunakan kamera berkapasiti tinggi dimana ia boleh mencerap imej 360 darjah.

Ia kemudian akan diproses untuk semakan sistem di Bukit Aman sebelum notis pemberitahuan kesalahan dihantar kepada pemilik kenderaan.

Lebih menarik, dron ini juga mempunyai pembesar suara untuk membuat pengumuman serta dan ia mampu terbang selama tiga jam bagi setiap sesi penerbangan.

Syabas PDRM!


Tag:

drones
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026
Berita Auto

iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

EV Top 3 Malaysia Kini CKD! iCAUR V23 iWD Mula Masuk Showroom Akhir Bulan Ini, Harga Kekal RM132,780.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026