Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Calon Ujian Memandu Cecah 2,000 Sebulan, Tunggu Minimum 6 Bulan Untuk Jalani Ujian

Sofea Najmi

Kongsi melalui



Penutupan kelas memandu ekoran pandemik Covid-19 yang lalu telah menyebabkan lambakan pelajar memandu sehingga ramai yang terpaksa menunggu giliran ujian sekurang-kurangnya enam bulan. 


Merujuk kepada laporan yang didedahkan oleh Utusan Malaysia, daripada 236 buah pusat latihan memandu, hampir separuh daripadanya berhadapan dengan isu ini kerana terletak di kawasan dengan kepadatan penduduk yang tinggi. 


Presiden Persatuan Institut Memandu Malaysia (Pima), Mat Aris Bakar berkata, situasi ini terjadi kerana institut memandu tidak dapat beroperasi semasa pandemik dan juga ekoran kekurangan penguji JPJ. 


Pasti ramai yang ada pengalaman tidak boleh dilupakan dengan JPJ. Jom kongsi pengalaman di ruangan komen.


“Banyak pihak bertanggungjawab tentang isu ini, bermula daripada MyEG Services Bhd (MyEG) yang menjadi tempat pusat ujian komputer yang tidak mampu menampung jumlah pelajar yang banyak.


Ujian berkomputer untuk mendapatkan lesen


“JPJ menghantar 13 orang ke pusat latihan memandu untuk menguji pelajar, setiap orang boleh menguji maksimum 15 pelajar, kira-kira sehari 195 orang mereka dapat uji, dalam masa sebulan pula ha­nya kira- kira 780 orang berjaya diuji.


“JPJ ada membuka peluang untuk menambahkan hari ujian dilaksanakan, ia tidak memberi untung kepada kami kerana penggunaan litar adalah punca pendapatan pengajar, saya ya­kin JPJ akan bertindak pantas juga dalam isu ini.”


Baca: JPJ Umum Waktu Operasi Baharu UTC, Dibuka Sehingga Malam Pada Hari Bekerja


Tambahnya lagi, jumlah calon ini berlaku mengikut musim, terutamanya selepas keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dikeluarkan. Ketika ini, ramai yang akan memohon lesen secara serentak


Baca: “Tak Payah Ke Kelas Memandu Atau Ujian JPJ, Bayar Dan Terus Dapat Lesen!” – Sindiket Lesen Memandu


Pengarah institut memandu Sur­fine Hitech Sdn Bhd, Hanafi Mat Zin berkata, ini merupakan kali pertama terlalu ramai pelajar yang memohon lesen sehingga perlu menunggu sekurang-kurangnya enam bulan. 


“Untuk dapat lesen PDL, jumlah pemohon agak tinggi, pelajar sudah habis SPM, dalam tempoh ini digunakan buat le­sen memandu, anggaran satu bulan 2,000 orang mendaftar ujian memandu.”


Sumber: Utusan Malaysia


Baca: Ramai Pemandu Trak Pikap Tiada Lesen Memandu, Tiada GDL, Insurans

Tag:

lesen memandu kereta
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Perhatian, Jangan Terpedaya Iklan Lesen Memandu Percuma, Tanpa Ujian, - JPJ

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak terpedaya dengan iklan lesen memandu percuma dan tanpa ujian yang menggunakan nama dan gambar rasmi JPJ.

04-11-2025
Berita Auto

Dah Tak Perlu Pergi Kaunter JPJ

Orang ramai boleh memperbaharui cukai jalan kenderaan atau Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu Malaysia (LMM), menerusi aplikasi MyJPJ.

02-01-2024
Berita Auto

Calon Ujian Memandu Terlalu Ramai! MOT Akan Umum Solusi

Kementerian Pengangkutan (MOT) merancang untuk merangka satu formula bagi menyelesaikan masalah lambakan calon ujian memandu di seluruh negara.

19-08-2022
Berita Auto

“Dapat Lesen Kereta Tanpa Ujian, 3 Hari Je!” – Awas! Jangan Mudah Terpedaya

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah menerima laporan mengenai perkara tersebut.

11-08-2022
Berita Auto

“Tak Payah Ke Kelas Memandu Atau Ujian JPJ, Bayar Dan Terus Dapat Lesen!” – Sindiket Lesen Memandu

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perlis telah mengesan sindiket yang menawarkan lesen memandu haram.

14-06-2022
Berita Auto

Ujian Memandu Lama Tertangguh? Calon Sudah Boleh Bersiap Sedia!

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tampil dengan jalan penyelesaian supaya semua ujian yang telah tertangguh dapat diselesaikan.

27-09-2021
Berita Auto

Isu Rasuah Semasa Ujian Memandu, MOT Kaji Penggunaan Sensor Dan Kamera

MOT sedang menjalankan kajian untuk menguji kebolehlaksanaan penggunaan teknologi

24-09-2021

Berita Terkini

Berita Auto

Cukai Jalan Tamat Sejak 1997, Motolori Disita JPJ Kedah

JPJ Sita Motolori Cukai Jalan Tamat 29 Tahun.

04-09-2026
Berita Auto

2 Penunggang Basikal Terkorban Dirempuh Kereta

Dua Sahabat Maut Dirempuh Ketika Latihan Berbasikal.

04-09-2026
Berita Auto

Promosi Servis Proton 2026: Diskaun Alat Ganti & Semakan Percuma

Kempen Stay Safe & Save Proton: Penjimatan Diskaun Bateri & Brek.

04-09-2026
Berita Auto

Misteri Buih Tebal di Lebuhraya KESAS Terjawab

Lebuhraya KESAS Dipenuhi Buih Tebal, Polis Sahkan Punca Tumpahan Sabun.

04-09-2026
Berita Auto

ATM Terima 263 Kenderaan Tedung & Kala

Tedung & Kala: 263 Aset Baharu ATM RM164.9 Juta.

04-09-2026
Berita Auto

GP Bahrain 2026: 10,000 Tiket MADANI Habis Dijual

10,000 Tiket MADANI Berharga RM200 Habis Dijual.

03-09-2026
Berita Auto

Tular Budak Keluar Sunroof Alphard

Kanak-Kanak Keluar Sunroof: Polis Ipoh Kesan Pemilik Alphard.

03-09-2026
Berita Auto

Tersilap Tekan Pedal, Kereta Terjunam

Kereta Terjunam Parkir Ampang: Pemandu Tersilap Tekan Pedal

03-09-2026