Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Eksport Chery Meningkat 41 Peratus, Cecah 112K Unit

Suhana Veru

Kongsi melalui


Chery mencipta rekod baharu apabila eksport syarikat itu meningkat sekurang-kurangya 41 peratus apabila sebanyak 27,434 kenderaan dijual di luar China pada Mei lalu.

Ini bermakna, ia adalah eksport bulanan tertinggi bagi Chery setakat tahun ini.

Malah,  jumlah eksportnya bagi lima bulan pertama 2022 merekodkan sebanyak 112,427 unit kenderaan sekali gus mencipta rekod baharu bagi tempoh tersebut.

Berbeza daripada versi global yang sudah berada di pelbagai pasaran dunia, Tiggo 8 Pro menjadi ahli terbaharu siri Tiggo 8 apabila ia dilancarkan di China pada 18 Mei lalu.

Setakat tahun ini, 62,439 kenderaan siri Tiggo 8 telah dijual di seluruh dunia termasuk 17,587 unit di luar China.


Untuk makluman, model-model siri Tiggo 8 kini digunakan sebagai kenderaan presiden dan penyambut tetamu rasmi di beberapa negara. 

Penggunaan kenderaan itu dalam kalangan orang kenamaan membuktikan kualiti, kekuatan serta kedudukan jenama pengeluar kenderaan dari China itu.

Maka tidak hairanlah mengapa Chery boleh menduduki tempat ke-10 dalam jenama automotif dengan penguasaan pasaran kumulatif sebanyak 2.89 peratus pada Mei lalu.

Model Arrizo 6 terus mendapat sambutan baik sekali gus menduduki tempat keempat dalam segmen sedan dengan penguasaan pasaran sebanyak 4.02 peratus.


Model tersebut juga dianugerahkan sebagai kenderaan dengan nilai jualan semula terbaik di Brazil.


Menurut Asociación Nacional Automotriz de Chile A.G. (ANAC), jualan kumulatif Chery di Chile dari Mac hingga Mei mencapai 12,992 unit.

Ia memberikan penguasaan pasaran kumulatif sebanyak 7 peratus dan meletakkannya di tempat kedua sekali gus mengatasi pelbagai jenama lain. 

Siri Tiggo 2 turut menerajui mengungguli segmen kenderaan utiliti sukan dengan catatan jualan 5,030 unit dari Januari hing

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Cukai Jalan Tamat Sejak 1997, Motolori Disita JPJ Kedah

JPJ Sita Motolori Cukai Jalan Tamat 29 Tahun.

04-09-2026
Berita Auto

2 Penunggang Basikal Terkorban Dirempuh Kereta

Dua Sahabat Maut Dirempuh Ketika Latihan Berbasikal.

04-09-2026
Berita Auto

Promosi Servis Proton 2026: Diskaun Alat Ganti & Semakan Percuma

Kempen Stay Safe & Save Proton: Penjimatan Diskaun Bateri & Brek.

04-09-2026
Berita Auto

Misteri Buih Tebal di Lebuhraya KESAS Terjawab

Lebuhraya KESAS Dipenuhi Buih Tebal, Polis Sahkan Punca Tumpahan Sabun.

04-09-2026
Berita Auto

ATM Terima 263 Kenderaan Tedung & Kala

Tedung & Kala: 263 Aset Baharu ATM RM164.9 Juta.

04-09-2026
Berita Auto

GP Bahrain 2026: 10,000 Tiket MADANI Habis Dijual

10,000 Tiket MADANI Berharga RM200 Habis Dijual.

03-09-2026
Berita Auto

Tular Budak Keluar Sunroof Alphard

Kanak-Kanak Keluar Sunroof: Polis Ipoh Kesan Pemilik Alphard.

03-09-2026
Berita Auto

Tersilap Tekan Pedal, Kereta Terjunam

Kereta Terjunam Parkir Ampang: Pemandu Tersilap Tekan Pedal

03-09-2026