Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Gagal Perbaharui Lesen, Perlu Duduki Ujian Memandu Semula

Suhana Veru

Kongsi melalui

Lesen memandu anda sudah mati?

Jika ya, perbaharui Lesen Memandu Malaysia (LMM) sebelum 30 Jun ini. Jika anda gagal berbuat demikian, percaya atau tidak anda perlu menduduki ujian memandu semula untuk memperbaharui lesen tersebut.


Perkara itu disahkan oleh Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Zailani Hashim.

“Perbaharui lesen memandu sebelum 30 Jun ini bagi mengelakkan pemegang LLM tersebut mengambil ujian semula untuk memperbaharui lesen," katanya dalam satu kenyataan.


Untuk info, pada tahun lepas, kerajaan memberikan moratorium lesen memandu bagi meringankan beban rakyat sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan. 


Ia telah dilanjutkan sebanyak tiga kali sehingga 31 Disember 2021. 

Bagaimanapun, bagi individu yang telah tamat tempoh lesen bermula 13 Januari 2021, anda kini diingatkan untuk untuk memperbaharuinya sebelum 30 Jun ini.


Antara pemegang lesen yang diberikan Pelanjutan Tamat Tempoh (Keesahan):

Lesen Belajar Memandu (LDL)

Lesen Memandu Percubaan (PDL)

Lesen Memandu Kompeten (CDL)

Lesen Vokasional (PSV/GDL)

Pelanjutan itu diberikan melalui pengecualian di bawah Kaedah 19 Kaedah-kaedah Kenderaan Motor (Lesen Memandu) 1992.

Mengikut rekod di pangkalan JPJ, sehingga Rabu lepas jumlah pemegang lesen LDL yang belum memperbaharui lesen mereka adalah sebanyak 904,081, pemegang lesen PDL pula sebanyak 14,216 dan masing-masing bagi pemegang lesen CDL dan PSV/GDL yang belum memperbaharui lesen mereka adalah 197,030 dan 89,809.

Sehingga 30 Jun 2022, katanya jumlah LKM yang belum diperbaharui bagi tempoh tiga tahun adalah sebanyak 4.4 juta.


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Kantoi Guna MyKad Orang Lain Tanpa Kebenaran Untuk BUDI95, Boleh Dipenjara 3 Tahun

Penyalahgunaan MyKad Untuk Subsidi BUDI95: MoF Beri Amaran Keras.

29-05-2026
Berita Auto

Proton Sumbang 8 Enjin Untuk Pelajar Universiti, Institut Latihan

Pelajar Automotif Tak Perlu 'Bayang' Lagi, PROTON Sumbang Enjin Sebenar Untuk Dibedah.

29-05-2026
Berita Auto

Axia Terbang Atas Bumbung Rumah

Mujur semua selamat.

29-05-2026
Berita Auto

Bukan Sebab Murah, Ini Punca Sebenar Proton X50 Jadi Kegilaan Orang Malaysia

Sanggup 'Tinggal' Sedan & Hatchback, Kenapa Ramai Pakat Beralih Ke Proton X50?

28-05-2026
Berita Auto

Aidiladha: 23 Orang Terkorban Dalam Nahas Jalan Raya

Tragedi Hitam Aidiladha: 23 Nyawa Terkorban Dalam Masa 24 Jam Pertama Perayaan.

28-05-2026
Berita Auto

Tak Payah Tunggu Subsidi, Tabiat Ini Boleh Tolong Anda Jimat RM204 Sebulan!

Ingat Kereta Petrol Je? MIROS Kata Geng EV Pun Wajib Amal Eco-Driving.

28-05-2026
Berita Auto
Berita Auto

PM Jamin Bekalan Bahan Api Negara Stabil

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim memberi jaminan bekalan petrol RON95 dan diesel masih mencukupi sehingga Julai ini.

26-05-2026