Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Harga Kereta Dijangka Naik Jika GST Diperkenalkan Semula

Suhana Veru

Kongsi melalui

Adakah anda masih 50/50 untuk membeli kereta baharu! 

Jika anda bercadang membeli kereta, lebih baik anda membuat keputusan dengan cepat. Ini kerana harga kereta dijangka naik satu hingga tiga peratus.

Kenaikan harga kereta akan berlaku sekiranya cukai barang dan perkhidmatan (GST) dilaksanakan semula.


Memetik kenyataan Penganalisis AmInvestment Alex Goh di akhbar Berita Harian sebagai berkata, amanah pelaburan hartanah (REIT) dilihat akan menerima impak.

Sementara itu, sektor hartanah pula berhadapan dengan permintaan lemah gara-gara harga produk yang mahal.


Bagaimanapun, beliau mendakwa bahawa sektor seperti bank, minyak dan gas, telekomunikasi, kuasa, penjagaan kesihatan, sarung tangan, pembuatan, perjudian dan teknologi dijangka tidak terkesan daripada pelaksanaan GST.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang berkata bahawa kerajaan sedang menimbang untuk memperkenalkan semula GST bagi meningkatkan asas hasilnya dan menampung subsidi awam.

Sementara itu, Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA), Datuk Aishah Ahmad, pula meramalkan harga kereta dijangka meningkat sehingga 10 peratus.


Harga kereta akan naik jika kerajaan memutuskan untuk tidak melanjutkan pengecualian cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang akan berakhir hujung bulan ini.

“Pasaran automotif (dijangka) akan menyaksikan kenaikan harga kereta 10 peratus bagi model CKD, manakala model import sepenuhnya (CBU) pula sekitar lima peratus jika pengecualian cukai yang masih berlangsung ketika ini tidak lagi dilanjutkan.

Pada 29 Disember 2020, kerajaan mengumumkan lanjutan pengecualian cukai terbabit untuk tempoh enam bulan sehingga 30 Jun 2021.

Pada 31 Mei 2021, kerajaan sekali lagi bersetuju melanjutkan pengecualian cukai sama sehingga 31 Disember 2021.

Apa pula pandangan anda? Wajarkah GST diperkenalkan semula?


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Cukai Jalan Tamat Sejak 1997, Motolori Disita JPJ Kedah

JPJ Sita Motolori Cukai Jalan Tamat 29 Tahun.

04-09-2026
Berita Auto

2 Penunggang Basikal Terkorban Dirempuh Kereta

Dua Sahabat Maut Dirempuh Ketika Latihan Berbasikal.

04-09-2026
Berita Auto

Promosi Servis Proton 2026: Diskaun Alat Ganti & Semakan Percuma

Kempen Stay Safe & Save Proton: Penjimatan Diskaun Bateri & Brek.

04-09-2026
Berita Auto

Misteri Buih Tebal di Lebuhraya KESAS Terjawab

Lebuhraya KESAS Dipenuhi Buih Tebal, Polis Sahkan Punca Tumpahan Sabun.

04-09-2026
Berita Auto

ATM Terima 263 Kenderaan Tedung & Kala

Tedung & Kala: 263 Aset Baharu ATM RM164.9 Juta.

04-09-2026
Berita Auto

GP Bahrain 2026: 10,000 Tiket MADANI Habis Dijual

10,000 Tiket MADANI Berharga RM200 Habis Dijual.

03-09-2026
Berita Auto

Tular Budak Keluar Sunroof Alphard

Kanak-Kanak Keluar Sunroof: Polis Ipoh Kesan Pemilik Alphard.

03-09-2026
Berita Auto

Tersilap Tekan Pedal, Kereta Terjunam

Kereta Terjunam Parkir Ampang: Pemandu Tersilap Tekan Pedal

03-09-2026