- Berita
- Global
- Indonesia 'Goda' Tesla Dengan Kemampuan Tenaga Hijau

Pertemuan antara Perdana Menteri Indonesia, Jokowi, dan CEO Tesla, Elon Musk pada 14 Mei, 2022 lalu.
Baru-baru ini didedahkan bahawa Indonesia telah mencadangkan agar syarikat pengeluar kenderaan elektrik (EV), Tesla, mendirikan kilang di sebuah lokasi di negara ini yang menggunakan tenaga boleh diperbaharui.

Lawatan Jokowi ke Kabupaten Batang, Jawa Tengah
Menteri Penyelaras Hal Ehwal Maritim dan Pelaburan Indonesia, Luhut Binsar Pandjaitan di Anji, berkata pada Khamis lalu, kilang tersebut dicadangkan untuk dibina di Kabupaten Batang, Jawa Tengah, yang dikatakan mampu mencapai kapasiti pengeluaran sehingga 500,000 unit kenderaan elektrik (EV) setahun.
Lokasi tersebut dipilih kerana kedudukannya yang strategik, tidak jauh dari sumber kuasa geoterma yang dianggarkan dapat membekalkan kapasiti penjanaan tenaga sehingga 400 megawatt (MW).
Kerajaan Indonesia komited mempromosikan estet perindustrian tenaga bersih dari sumber yang boleh diperbaharui yang dimiliki negara kepada syarikat-syarikat luar negara yang memiliki kesedaran tentang kesan peninggalan karbon (jejak karbon).

"Thailand baru sahaja menjadi ejen (kereta Tesla EV), kami tidak mahu perkara yang sama," kata Luhut. "Kami mahu menjadi pengeluar."
Luhut mendedahkan, Tesla telah menunjukkan minat terhadap taman Industri Hijau Kalimantan Utara yang menggunakan kuasa hidro dan solar. Maklumat terperinci mengenai rundingan ini tidak didedahkan kerana telah menandatangani perjanjian kerahsiaan dengan Tesla.
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv