Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Jasad Tiga Beranak Ditemui Dalam Keadaan Berpelukan

Suhana Veru

Kongsi melalui

Seorang guru bersama  dua anak lelakinya yang dikhuatiri lemas selepas kenderaan dinaiki mereka  terjunam ke dalam sungai, akhirnya ditemui awal pagi tadi.

Lokasi kejadian di Jambatan Pantai Cicar, Kuala Ketil, Kedah.

Lebih memilukan hatinya jasad ketiga-tiga anak beranak itu ditemui dalam keadaan berpelukan di bahagian tempat duduk belakang kereta Persona.


Kejadian berlaku sekitar 6.42 petang semalam namun pihak bomba dikatakan terpaksa mengambil masa yang agak lama memandangkan kereta berkenaan terbenam dalam kedalaman lebih lima meter.

Bagaimanapun, pasukan bomba akhirnya mengesan mangsa selepas menggunakan teknik grappling iron.

Kesemua jasad ditemui sekitar 3.30 pagi tadi dan telah dihantar ke Hospital Kulim.


Mangsa dikenali Masyitoh Ibrahim, 37, yang bertugas sebagai guru agama di Sekolah Kebangsaan Kampung Selarong, bersama dua anaknya, Mohd Ziyad Zikri, 7, dan Mohd Ziyad Haziq Sharudin, 5.


“Kita dapati cermin pecah dan berlaku kerosakan di bahagian hadapan kereta. Jadi, saya percaya, mengikut SAR yang kita buat, mangsa iaitu ibu dan anak-anak ini, mungkin telah berada di belakang.


"Tetapi, pada keadaan itu, kita memang tidak dapat pastikan sama ada mereka bertiga masih bernyawa atau pun tidak,” kata Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penolong Pesuruhjaya Bomba Syufaat Kamaron berkata, 


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Cukai Jalan Tamat Sejak 1997, Motolori Disita JPJ Kedah

JPJ Sita Motolori Cukai Jalan Tamat 29 Tahun.

04-09-2026
Berita Auto

2 Penunggang Basikal Terkorban Dirempuh Kereta

Dua Sahabat Maut Dirempuh Ketika Latihan Berbasikal.

04-09-2026
Berita Auto

Promosi Servis Proton 2026: Diskaun Alat Ganti & Semakan Percuma

Kempen Stay Safe & Save Proton: Penjimatan Diskaun Bateri & Brek.

04-09-2026
Berita Auto

Misteri Buih Tebal di Lebuhraya KESAS Terjawab

Lebuhraya KESAS Dipenuhi Buih Tebal, Polis Sahkan Punca Tumpahan Sabun.

04-09-2026
Berita Auto

ATM Terima 263 Kenderaan Tedung & Kala

Tedung & Kala: 263 Aset Baharu ATM RM164.9 Juta.

04-09-2026
Berita Auto

GP Bahrain 2026: 10,000 Tiket MADANI Habis Dijual

10,000 Tiket MADANI Berharga RM200 Habis Dijual.

03-09-2026
Berita Auto

Tular Budak Keluar Sunroof Alphard

Kanak-Kanak Keluar Sunroof: Polis Ipoh Kesan Pemilik Alphard.

03-09-2026
Berita Auto

Tersilap Tekan Pedal, Kereta Terjunam

Kereta Terjunam Parkir Ampang: Pemandu Tersilap Tekan Pedal

03-09-2026