- Berita
- Berita Auto
- Kedua-Dua Lorong Itu Tutup Selama Lima Hari Bermula Isnin Depan
Perhatian!
Lorong kiri dan kecemasan antara Tapah ke Bidor di Kilometer (KM) 338.20 hingga KM 339.25 arah selatan di Lebuhraya Utara Selatan akan ditutup selama lima hari.
Penutupan kedua-dua laluan itu akan berkuatkuasa mulai 27 Jun hingga 1 Julai ini.

“Laluan itu ditutup kepada semua kenderaan berikutan pelaksanaan kerja-kerja penyelenggaraan jalan.
“Bagaimanapun, lorong kanan di 338.20 hingga KM 339.25 (arah Selatan) masih boleh dilalui oleh semua kenderaan, manakala penggunaan laluan kecemasan akan diaktifkan secara berkala bergantung kepada keperluan semasa,” kata Plus Malaysia Berhad (PLUS) dalam satu kenyataan tadi.

Bagi pengguna yang akan melalui laluan berkenaan sepanjang tarikh itu, mereka dinasihatkan supaya mematuhi semua papan tanda trafik serta arahan yang dikeluarkan oleh kakitangan PLUS.
Sehubungan itu, pelanggan lebuh raya boleh menghubungi PLUSLine di 1800-88-0000 untuk mendapatkan maklumat trafik.
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/