Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Kenderaan Berat Tak Boleh Masuk Pusat Bandar, Larangan Sudah Berkuatkuasa Serta-Merta

Suhana Veru

Kongsi melalui

Kenderaan berat melebihi 7.5 tan tidak boleh masuk bandar terutama ketika waktu puncak!

Itu kata Timbalan Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Jalaluddin Alias.

Langkah itu diambil bagi menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas di ibu negara.

Jadi, jika anda salah seorang pemandu kenderaan berat. Ingat, jangan sesekali berani masuk ke kota raya ketika waktu puncak.


Ini kerana mana-mana kenderaan berat yang dikesan masuk ke ibu kota, mereka akan dikenakan tindakan mengikut Seksyen 79 Akta Pengangkutan Jalan 1987 oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Dikhabarkan, pesalah akan dikenakan tindakan kompaun secara mandatori manakala, pihak berkuasa tidak akan akan melayan sebarang rayuan yang dikemukakan kelak.

Bagaimanapun, larangan ini sudah pun dikuatkuasa.


Untuk makluman, kesesakan lalu lintas di ibu negara berlaku gara-gara peningkatan berganda jumlah kenderaan selepas Perintah Kawalan Pergerakan dilonggarkan melalui pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara pada Ogos tahun lalu.

Apapun, ada baiknya kerajaan tidak membenarkan kenderaan berat masuk ke kota raya ketika orang ramai sibuk ke tempat kerja.

Tetapi apa pula pandangan anda?

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

'Test Speed' Solo Di Jalan Awam, Bakal Jadi Kesalahan Jenayah: Denda Hingga RM10,000, Penjara 2 Tahun

Tak Berlumba Pun Kena Saman RM10,000? Ini Maksud Baharu 'Menduga Kelajuan' Yang Wajib Anda Tahu.

21-07-2026
Berita Auto

Susulan Tragedi Pokok Tumbang: DBKL Pergiat Kerja Mitigasi di 6 Lokasi Utama

Isu Pokok Tumbang di KL: Ini 6 Lokasi Fokus Kerja Mitigasi DBKL Minggu Ini.

21-07-2026
Berita Auto

Raymond Tan Anak Tempatan Pertama Terajui BMW Group Malaysia

Raymond Tan Chor Ann dilantik sebagai Pengarah Urusan Baharu BMW Group Malaysia.

21-07-2026
Berita Auto

Suspek Ceroboh Landasan LRT3 Ditahan, Perkhidmatan Tergendala 30 Minit

LRT3 Tergendala 30 Minit Anggara Lelaki Cerohoh Landasan di Stesen Jalan Meru

21-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026