Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

KL Sesak Gara-Gara Banjir Kilat, Apapun Jangan Redah Banjir!

Suhana Veru

Kongsi melalui

Hujan lebat berterusan sejak pagi tadi menyebabkan beberapa jalan di sekitar ibu negara dinaiki air sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas yang agak teruk.


Antara laluan yang sesak dan dinaiki air adalah:

Kampung Pandan

Sunway Velocity

Terowong Semarak berhampiran Pusat Latihan Polis (Pulapol)

Bulatan Kampung Pandan menghala ke Jalan Sultan Ismail Jalan Imbi

Jalan Cheras Petronas berhampiran pasar raya Billion

Plaza Tol Kemuning arah barat dan timur


Keadaan itu mengakibatkan berlaku kesesakan teruk berikutan berlaku pada waktu puncak ketika orang ramai pulang ke tempat kerja.

“Banjir kilat yang berlaku di Jalan Cheras Petronas berhampiran pasar raya Billion telah menyebabkan air naik setinggi paras lutut pada pukul 6.30 pagi tadi,” kata Polis Kuala Lumpur dalam satu kenyataan.


Bagaimanapun, anggota Jabatan Penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan polis sudah berada di lapangan untuk melancarkan aliran lalu lintas di kawasan yang terbabit.

Di sebalik cuaca hari ini, Caricarz berkongsi beberapa tips redah banjir:

1. Jangan cuba redah banjir jika tidak pasti kedalaman air. 

2. Jika mahu meredah banjir, pastikan melalui bahagian jalan paling tinggi.

3. Pandu secara tetap, kekalkan kelajuan yang sangat perlahan supaya tidak menyebabkan air bergelombang  di hadapan. 

4. Pastikan dapat lihat laluan daratan yang jelas di hadapan

5. Memandu laju sangat bahaya untuk kenderaan lain, terutama motosikal dan pejalan kaki, serta boleh menyebabkan hilang kawalan akibat masalah akuasatah (aquaplaning)

6. Pandu dalam jarak selamat dari kenderaan depan.

7. Jangan cuba memandu melepasi air atau banjir yang sedang mengalir laju. 

8. Uji brek selepas melepasi banjir.

9. Jika enjin mati, jangan cuba menghidupkan semula enjin kerana kerosakan teruk boleh berlaku. 

Jangan sesekali redah banjir kerana kerana kekuatan arus dan kedalaman air semasa banjir sekarang sukar dijangka dan boleh membahayakan keselamatan diri sendiri.


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

'Test Speed' Solo Di Jalan Awam, Bakal Jadi Kesalahan Jenayah: Denda Hingga RM10,000, Penjara 2 Tahun

Tak Berlumba Pun Kena Saman RM10,000? Ini Maksud Baharu 'Menduga Kelajuan' Yang Wajib Anda Tahu.

21-07-2026
Berita Auto

Susulan Tragedi Pokok Tumbang: DBKL Pergiat Kerja Mitigasi di 6 Lokasi Utama

Isu Pokok Tumbang di KL: Ini 6 Lokasi Fokus Kerja Mitigasi DBKL Minggu Ini.

21-07-2026
Berita Auto

Raymond Tan Anak Tempatan Pertama Terajui BMW Group Malaysia

Raymond Tan Chor Ann dilantik sebagai Pengarah Urusan Baharu BMW Group Malaysia.

21-07-2026
Berita Auto

Suspek Ceroboh Landasan LRT3 Ditahan, Perkhidmatan Tergendala 30 Minit

LRT3 Tergendala 30 Minit Anggara Lelaki Cerohoh Landasan di Stesen Jalan Meru

21-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026