Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Lanjut SST Atau Tidak, Tunggu Keputusan MOF

Suhana Veru

Kongsi melalui

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri We Ka Siong menyifatkan keputusan  untuk melanjutkan pengecualian cukai jualan dan perkhidmatan (SST) adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Kewangan (MOF).

Bagaimanapun, beliau berpendapat pengecualian SST sebenarnya membawa banyak manfaat kepada sektor automotif namun kini sama ada SST akan lanjut atau tidak, semuanya bergantung kepada keputusan MOF.


“Ketika negara berhadapan dengan pandemik Covid-19, kerajaan memutuskan untuk melaksanakan pengecualian SST.

"Susulan itu, pasaran automotif terutamanya perniagaan kereta terpakai dilihat dapat terus berdaya maju. Jika tidak melanjutkan SST, adalah sukar bagi peniaga untuk bertahan ketika berhadapan dengan wabak itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai status SST pada sidang akhbar majlis pelancaran sistem operasi automotif Atlas di ibu negara petang tadi.


Mengulas lanjut mengenai perkara itu, beliau berkata, insentif itu telah  meningkatkan sektor ekonomi dan pemulihan.

“Kementerian Pengangkutan juga dapat melihat perkembangan positif itu menerusi melalui urus niaga di Jabatan Pengangkutan Jalan.

“Bagaimanapun, kita perlu mempertimbangkan keupayaan kewangan negara dan untuk itu, saya serahkan kepada budi bicara MOF,” katanya.

Beliau  akan bertemu dengan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz bagi membincangkan isu berkenaan.


"Sebagai Menteri Pengangkutan, saya melihat skim pengecualian itu memberi manfaat kepada perniagaan dan peniaga kereta. 

"Mereka dapat mengekalkan perniagaan mereka dan tidak perlu sehingga buang pekerja. Apa sahaja keputusan yang dibuat oleh MOF, ia akan disokong oleh Kementerian Pengangkutan. Ia adalah keputusan dan tanggungjawab kolektif," ujarnya.

Untuk makluman, SST sebenarnya dijadualkan berakhir pada 31 Dis 2020, namun telah dilanjutkan sehingag tiga kali. 

Ia akan berakhir pada 30 Jun 2022.


Tag:

MOF
sst
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto
Ringan Sedikit Beban: Harga RON97, RON95, Diesel Tanpa Subsidi Turun Bermula 6 Ogos

Ringan Sedikit Beban: Harga RON97, RON95, Diesel Tanpa Subsidi Turun Bermula 6 Ogos

Khabar Gembira Pengguna Kenderaan: MOF Umum Penurunan Harga RON97, RON95 & Diesel Minggu Ini.

05-08-2026
Berita Auto
Ini Dia Harga Minyak, Naik Beberapa Sen Je..

Ini Dia Harga Minyak, Naik Beberapa Sen Je..

Harga minyak tanpa subsidi naik.

23-07-2026
Berita Auto
Harga Diesel Turun 30 Sen, RON97 & RON95 Turut Junam Mulai Tengah Malam Ini

Harga Diesel Turun 30 Sen, RON97 & RON95 Turut Junam Mulai Tengah Malam Ini

Berita Melegakan: Harga Minyak Turun Beramai-ramai, Masa Terbaik Untuk 'Full Tank'!

13-05-2026
Berita Auto
Harga RON95, Diesel Tanpa Subsidi Naik 5 Sen

Harga RON95, Diesel Tanpa Subsidi Naik 5 Sen

Harga runcit RON95 tanpa subsidi dan diesel di Semenanjung Malaysia masing-masing naik lima sen.

06-05-2026
Berita Auto
Harga Minyak "Terjun", Diesel Tanpa Subsidi Turun 75 Sen

Harga Minyak "Terjun", Diesel Tanpa Subsidi Turun 75 Sen

Petanda Baik! Harga Diesel & Petrol Malaysia Turun, Rakyat Boleh Tarik Nafas Lega.

15-04-2026
Berita Auto
Ini Sebab Harga Minyak Tak Turun

Ini Sebab Harga Minyak Tak Turun

MOF tampil memberi penjelasan.

09-04-2026
Berita Auto
Dakwaan Tambah Kuota BUDI95 Tidak Benar

Dakwaan Tambah Kuota BUDI95 Tidak Benar

MoF Tampil Perbetul Salah Faham Tular Isu Tambah Kuota BUDI95.

08-04-2026
Berita Auto
Terbeliak Mata Tengok Harga Diesel - Naik 50 Sen

Terbeliak Mata Tengok Harga Diesel - Naik 50 Sen

Satu kejutan besar buat pengguna kenderaan diesel di Semenanjung Malaysia apabila harga runcit bahan api tersebut dilaporkan melonjak sebanyak 50 sen.

01-04-2026

Berita Terkini

Berita Auto
Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto
730 Orang Terkorban Di LPT1

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto
981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto
Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto
Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto
Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto
Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto
Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026