Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Maut Dirempuh Warga Emas

Suhana Veru

Kongsi melalui

Tragis!

Sungguh menyedihkan apabila melihat gambar mayat seorang penghantar barang  di atas sebuah Proton Saga.


Lokasi kejadian  di Kilometer 50 Jalan Klang-Teluk Intan Kuala Selangor semalam.

Gambar-gambar mangsa yang berusia 26 tahun mula tular di internet sejurus kemalangan tragis itu.

Kejadian berlaku apabila pemandu Proton Saga yang berusia 67 tahun secara tiba-tiba memasuki simpang di lokasi kemalangan.


GAMBAR EHSAN: LOVE KUALA SELANGOR

Ekoran itu, mangsa yang menunggang motosikal dipercayai tidak sempat mengawal motosikal lalu merempuh pintu depan penumpang sebelah kereta tersebut.


Rempuhan kuat itu  menyebabkan penunggang berkenaan tercampak ke atas bumbung kereta lalu meninggal dunia di tempat kejadian.


GAMBAR EHSAN: LOVE KUALA SELANGOR

Sebaliknya, pemandu warga emas itu tidak memberhentikan kereta dan meneruskan perjalanan sejauh 400 meter.

Bagaimanapun, dia yang cedera ringan di pinggang itu sempat diberhentikan oleh saksi kejadian.

Terbaharu, Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, siasatan mendapati wanita berusia 67 tahun yang memandu Proton Saga itu menghidap penyakit darah tinggi dan kencing manis.

Wanita itu juga mengalami masalah buah pinggang.

Apapun, warga emas itu sepatutnya dikenakan hukuman setimpal kerana kecuaiannya menyebabkan kematian.


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Kantoi Guna MyKad Orang Lain Tanpa Kebenaran Untuk BUDI95, Boleh Dipenjara 3 Tahun

Penyalahgunaan MyKad Untuk Subsidi BUDI95: MoF Beri Amaran Keras.

29-05-2026
Berita Auto

Proton Sumbang 8 Enjin Untuk Pelajar Universiti, Institut Latihan

Pelajar Automotif Tak Perlu 'Bayang' Lagi, PROTON Sumbang Enjin Sebenar Untuk Dibedah.

29-05-2026
Berita Auto

Axia Terbang Atas Bumbung Rumah

Mujur semua selamat.

29-05-2026
Berita Auto

Bukan Sebab Murah, Ini Punca Sebenar Proton X50 Jadi Kegilaan Orang Malaysia

Sanggup 'Tinggal' Sedan & Hatchback, Kenapa Ramai Pakat Beralih Ke Proton X50?

28-05-2026
Berita Auto

Aidiladha: 23 Orang Terkorban Dalam Nahas Jalan Raya

Tragedi Hitam Aidiladha: 23 Nyawa Terkorban Dalam Masa 24 Jam Pertama Perayaan.

28-05-2026
Berita Auto

Tak Payah Tunggu Subsidi, Tabiat Ini Boleh Tolong Anda Jimat RM204 Sebulan!

Ingat Kereta Petrol Je? MIROS Kata Geng EV Pun Wajib Amal Eco-Driving.

28-05-2026
Berita Auto
Berita Auto

PM Jamin Bekalan Bahan Api Negara Stabil

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim memberi jaminan bekalan petrol RON95 dan diesel masih mencukupi sehingga Julai ini.

26-05-2026