Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Naikkan Harga RON95 Sebab T20 Banyak Guna Subsidi Kerajaan, Benar Juga!

Suhana Veru

Kongsi melalui

Jangan marah dengan kenyataan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ini!

Dikhabarkan, beliau mencadangkan kerajaan menaikkan harga minyak RON95 sekurang-kurangnya RM0.10 atau RM0.20.

Sudahlah, kerajaan sudah memutuskan untuk tidak lagi meneruskan kawalan harga siling ayam mentah dan telur ayam bermula 1 Julai ini.

Sekarang, mohon pula naikkan harga RON95!

Tetapi kenapa pelik sangat permintaan Ahli Parlimen Pekan, Pahang kali ini?

Ini jawapannya!


“Subsidi minyak petrol secara pukal telah memanfaatkan golongan B40,  M40 dan T40.

Penurunan 65 peratus jualan RON97 juga merupakan bukti bahawa sebahagian besar orang kaya dan orang yang berkemampuan telah bertukar minyak ke RON95 untuk menikmati subsidi kerajaan.

"Ibarat orang kaya ambil makanan dari food bank. Hari ini, kerajaan memberi subsidi sekitar RM2.50 bagi setiap satu liter RON95 yang dijual pada harga RM2.05. Sebab itu, harga minyak RON95 Malaysia adalah antara 10 paling murah di dunia,” ujarnya.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, beliau berkata, ika seorang dari golongan T20 mengisi 50 liter minyak RON95 bagi kereta mewahnya, kerajaan dikatakan memberi subsidi sebanyak RM125 setiap kali orang kaya isi minyak.

"Sekiranya orang kaya ini isi minyak tiga kali sebulan bermaksud kerajaan memberi bantuan RM4,500 setahun bagi orang kaya, lagi tinggi berbanding BR1M kepada B40 dan M40," katanya dalam satu kenyataan, di Facebook, tadi.


Beliau berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) pernah menyelesaikan masalah dan ketidakadilan dengan mengapungkan harga minyak.

"Penjimatan daripada ini pula disalurkan kepada pemberian BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia) yang dinaikkan dan diperluaskan jumlah penerima dari RM500 ke RM1,200 dan akhirnya ke RM2,000 setahun pada masa Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Apapun, kita sebagai rakyat hanya mampu bersabar. Tunggu pengumuman harga minyak seketika nanti.

Kali ini, entah berapa sen RON97 naik. 

Apa pula pandangan anda mengenai saranan Ahli Parlimen Pekan ini?


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Promosi Servis Proton 2026: Diskaun Alat Ganti & Semakan Percuma

Kempen Stay Safe & Save Proton: Penjimatan Diskaun Bateri & Brek.

04-09-2026
Berita Auto

Misteri Buih Tebal di Lebuhraya KESAS Terjawab

Lebuhraya KESAS Dipenuhi Buih Tebal, Polis Sahkan Punca Tumpahan Sabun.

04-09-2026
Berita Auto

ATM Terima 263 Kenderaan Tedung & Kala

Tedung & Kala: 263 Aset Baharu ATM RM164.9 Juta.

04-09-2026
Berita Auto

GP Bahrain 2026: 10,000 Tiket MADANI Habis Dijual

10,000 Tiket MADANI Berharga RM200 Habis Dijual.

03-09-2026
Berita Auto

Tular Budak Keluar Sunroof Alphard

Kanak-Kanak Keluar Sunroof: Polis Ipoh Kesan Pemilik Alphard.

03-09-2026
Berita Auto

Tersilap Tekan Pedal, Kereta Terjunam

Kereta Terjunam Parkir Ampang: Pemandu Tersilap Tekan Pedal

03-09-2026
Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026