Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Pemandu Kereta Kini Mula Beralih Kepada Motosikal, Tapi Kenapa?

Suhana Veru

Kongsi melalui


Percaya atau tidak, jualan terhadap motosikal mendapat sambutan yang cukup menggalakkan dan laku ibarat 'pisang goreng panas'.

Ada juga yang mengaitkan jualan motosikal semakin meningkat gara-gara warga kota mahu mengelak daripada kesesakan yang semakin teruk di Lembah Klang sejak kebelakangan ini.


Tidak kurang juga, ada yang menganggap gara-gara kenaikan kos sara hidup, ramai pengguna kereta kini beralih kepada penggunaan motosikal.

Selain mudah ulang-alik ke tempat kerja, ia juga sebenarnya menjimatkan wang. Apa tidaknya, dengan kenaikan kadar minyak yang semakin mencanak sekali gus menyebabkan motosikal menjadi rebutan orang ramai.


Namun, rakyat Malaysia perlu bersedia untuk menghadapi kenaikan harga motosikal.

Harga motosikal  dijangka akan meningkat dalam tiga ke enam bulan akan datang gara-gara situasi ekonomi global serta keadaan pasaran semasa. 

Seorang penjual motosikal di Subang Jaya yang enggan dikenali berkata,   harga jualan dijangka akan meningkat  antara RM300 sehingga RM500.

“Ketika ini, semua harga barang naik jadi, barang motosikal pun dijangka akan meningkat dalam tempoh terdekat ini,” katanya.

Bagi Zul, 30, pula, dia terpaksa mendapatkan motosikal jenis Y16 sehingga ke Jeram, Kuala Selangor.

“Kalau di Kuala Lumpur, semua penjual  kata kena tunggu enam bulan. Buat masa ini, banyak motosikal tiada stok," ujarnya.

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

RTS Link, TMJ Bimbang Kesesakan Sebaik RTS Mula Operasi

Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail, bimbang terhadap masalah kesesakan lalu lintas yang dijangka berlaku apabila Projek Rapid Transit System (RTS) Link, siap nanti.

14-11-2025
Berita Auto

Kunjungi Pameran Teknologi EV, BYD Tech Discovery Day Di Plaza Arkadia, Bermula Hari Ini

BYD Malaysia, DENZA jenama kenderaan elektrik pintar mewah di bawah BYD bersama BYD Sime Motors, pengedar kenderaan rasmi BYD di Malaysia,melancarkan secara rasminya pameran teknologi EV pertama di Malaysia, semalam.

14-11-2025
Berita Auto

Tiada Lagi Healing Percuma, Lepas Ini Bayar Tol Sebelum Naik Genting Highlands

Genting Highlands akan mengenakan tol bagi menampung kos penyelenggaraan sepanjang 24 kilometer jalan dan cerun yang ditanggung sepenuhnya oleh syarikat itu sejak tahun 1960-an.

14-11-2025
Berita Auto

Monsun Timur Laut, Laluan Dari Gerik, Jeli, Blue Valley Terdedah Tanah Runtuh

Laluan dari Gerik menuju ke Jeli, Kelantan dan jalan Simpang Pulai ke Blue Valley, Cameron Highlands, Pahang dikatakan berisiko berlakunya kejadian tanah runtuh.

13-11-2025
Berita Auto

Projek ECRL: Bakal Lonjakkan Hasil KDNK Terengganu

Nampaknya, negeri Terengganu mampu tingkatkan hasil KDNK sebanyak RM48.2 bilion pada 2040 disebabkan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

13-11-2025
Berita Auto

Proton, PRO-NET Sertai GATE 2025: Pamerkan Teknologi EV Terkini di GATE 2025

PRO-NET mempamerkan teknologi terkini kenderaan elektriknya sepanjang pameran Global Automotive and Technology Expo (GATE) 2025 yang sedang berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre.

13-11-2025
Berita Auto

Harga RON97, RON95, Diesel Naik 5 Sen

Harga runcit petrol RON97, RON95 dan diesel naik sebanyak lima sen, bermula hari ini.

13-11-2025
Berita Auto

BYD Shark PHEV Bakal Didedah Hari Ini, Tunggu Pengumuman Rasmi BYD

BYD bawa masuk trak pikap bernama Shark pula ke pasaran tempatan?

13-11-2025