Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Perhatian! Alza Baharu Sudah Boleh Ditempah Sekarang!

Suhana Veru

Kongsi melalui

Ada yang berhasrat untuk membeli kereta Perodua Alza yang baharu?

Jika ya, ada berita gembira buat anda!


Dikhabarkan, Perodua telah membuka tempahan untuk Perodua Alza baharu yang didatangkan dengan beberapa penambahbaikan terutama dari segi keselesaan pemanduan.

Mungkin ramai yang tertanya-tanya mengenai harga jentera baharu ini.

Ia ditawarkan dari harga RM62,000 hingga RM75,000 (harga di Semenanjung Malaysia tanpa insuran dan tidak termasuk cukai jualan).

Ia hadir dalam tiga varian:

Varian X

Varian H 

Varian AV

Ia didatangkan dalam lima  warna iaitu putih, perak, merah, hitam dan coklat (warna baharu).

“Kami mengambil masa untuk mereka bentuk model baharu ini kerana kami ingin memahami kehendak para pelanggan. Perodua Alza Baharu disasarkan untuk memenuhi permintaan itu

“Salah satu daripada permintaan mereka adalah pengalaman pemanduan yang lebih baik. Justeru, kami telah menambah baik jarak kelegaan tanah Perodua Alza kepada 160mm,” Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk Zainal Abidin Ahmad.


Berikut adalah perincian (bergantung kepada varian):

Kabin dipasang dengan kemasan fabrik atau separa kulit dua tona

Kawalan pendingin hawa digital untuk pemandu dan manual di belakang. 

Kluster meter LCD (varian X) dan TFT bersaiz tujuh inci bagi varian H dan AV.

Sistem audio standard akan diberikan kepada pelanggan varian X

varian H dan AV pula akan menerima  skrin infohibur bersaiz 9inci 

Ruang lebih besar. 

Ruang but 137 liter/ 498 liter jika tempat duduk baris ketiga dilipat


Ciri Keselamatan: 

Varian AV -6  beg udara, varian X dan H (4 beg udara)

Didatangkan Perodua Smart Drive Assist (PSDA) yang boleh dibahagikan kepada empat kategori

1. Bantuan Keselamatan Termaju (ASA)

2. Bantuan Pemandu

3. Bantuan Tempat Letak Kereta

4. Bantuan Lampu Hadapan.

Ada Pandangan Panoramik 360⁰,

Brek parkir elektronik dengan ciri Auto Hold

Brek cakera pada roda belakang

Mod pemanduan Normal, Eco dan Power

ABS 

EBD

Kawalan kestabilan kenderaan (VSC) dengan bantuan brek

Sensor belakang 

•      Ada Bantuan Keselamatan Canggih atau Advanced Safety Assist (ASA) 

Ia merangkumi ciri Amaran Pra-Pelanggaran

Brek Pra-pelanggaran (untuk kenderaan dan pejalan kaki)

Kawalan Kesilapan Operasi Pedal 

Amaran Keluar Lorong

Amaran Pergerakan ke Hadapan 

Sebagai bonus tambahan, semua varian juga akan dilengkapi fungsi Leaving Home Headlamp Assist dan Hill-start Assist


Alza 2022 hadir dengan jaminan selama lima tahun atau perbatuan sejauh 150,000km. 

Untuk keterangan lanjut, layari laman web Perodua.



Tag:

Perodua
Perodua Alza
2022 PERODUA ALZA
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Tuah 'Download' P-Circle, Pelajar UiTM Menang Perodua Myvi

Tuah Menggunakan Super App P-Circle, Penuntut UiTM Dipilih Pemenang Utama Myvi 1.3G.

07-07-2026
EV
Berita Auto

Mula 19 Jun: Servis Kereta Perodua Kini Lebih Murah, Diskaun 10% Termasuk Kos Buruh!

Bukan Setakat Model Biasa, Insentif Diskaun Servis Perodua Turut Merangkumi QV-E.

18-06-2026
EV

Harga Rahmah: Perodua QV-E Kini Lebih Mampu Milik Bermula RM63,499

Sebab Ini Kereta Elektrik Perodua Makin Murah, Siap Ada 'Cashback' Untuk Pembeli Lama!

15-06-2026
Berita Auto

Tawaran Terhad Jun 2026: Perodua Umum Kempen Rebat Tunai Hingga RM1,000 Untuk Model Terpilih

The King Ada Diskaun! Myvi, Bezza & Axia Kini Lebih Murah Sepanjang Jun!

09-06-2026
Berita Auto

UCar-e: Perodua Sedia 50 Kenderaan Pandu Kongsi Untuk Warga UUM, UPM Dan UTM

Perodua Jalin Kerjasama Dengan 3 Universiti Perkenal UCar-e.

03-06-2026
Kereta Baru

Siap Sedia! Ativa Hybrid Bakal Jadi Kereta Hibrid Paling Mampu Milik Di Malaysia?

Perodua Sahkan Rancangan Pengeluaran Tempatan (CKD) Bagi Model Ativa Hybrid

15-05-2026

Berita Terkini

Kereta Baru

JAECOO J5 EV Kini Dibuka Untuk Tempahan Di Malaysia, Anggaran Harga Bermula RM125,000

OMODA | JAECOO Kini Jenama Ke-5 Terlaris Di Malaysia, Tempahan Jaecoo J5 EV sudah dibuka.

18-07-2026
Kereta Baru

BMW M3 Touring Kini Di Malaysia – Wagon Paling Ganas Cetus Sejarah, Harga Bermula RM898k

Ruang But 1,510L, Pecut 3.6 Saat! BMW M3 Touring Rasmi Mendarat Di Malaysia.

16-07-2026
Kereta Baru

Raja Litar Sepang Baharu? BMW M2 CS Tiba Di Malaysia Dengan DNA Jentera Lumba GT3

Seni Pembinaan Ringan: Bagaimana BMW M2 CS Baharu Memotong 30kg Untuk Prestasi Maksimum.

16-07-2026
Kereta Baru

DENZA Z9GT Dilancarkan: EV Mewah Yang Boleh Cas 5 Minit Sahaja? Ini Faktanya

EV Paling Laju Cas Kini Di Malaysia! DENZA Z9GT Boleh Cas 10%-70% Dalam 5 Minit Sahaja.

15-07-2026
Kereta Baru

Volkswagen Tayron Dilancar – SUV 7 Tempat Duduk CKD Pekan, Harga Bermula RM189k

Gergasi Baharu Di Antara Tiguan & Touareg: Volkswagen Tayron Rasmi Tiba Di Malaysia.

13-07-2026
Kereta Baru

Tempahan DENZA Z9GT Kini Dibuka Di Malaysia, Cas 5 Minit Sahaja

DENZA Z9GT Masuk Malaysia: GT Elektrik 1,156 PS, Sedia 'Tapau' 0-100 Km/J Dalam 2.7 Saat.

09-07-2026
Kereta Baru

Jaecoo J5 EV Didedah, 211 Hp, Jarak Gerak 402km

Orang ramai boleh melihat Jaecoo J5 EV di Mid Valley, KL.

09-07-2026
Kereta Baru

Suzuki eVITARA Rasmi Dilancarkan – SUV BEV Pertama Suzuki, Bermula RM188k

Bermula RM188k, Adakah Suzuki e VITARA eAxle Ini Bakal Jadi SUV Elektrik Pilihan Anda?

26-06-2026