- Berita
- Kereta Baru
- Mercedes-Benz GLC 300e Coupe 2022 Dilancarkan Di Malaysia, Harga RM374K
Mercedes-Benz GLC 300e Coupe 2022 Dilancarkan Di Malaysia, Harga RM374K

Mercedes-Benz GLC 300e Coupe
Mercedes-Benz Malaysia baru sahaja melancarkan Mercedes-Benz GLC 300e Coupe pada harga atas jalan, tanpa insurans RM 374,074 (dengan pengecualian SST) atau RM 398,888 (sebaik pengecualian SST tamat 30 Jun ini).
Model hibrid plug-in ini telah diperkenalkan pada tahun 2019 untuk pasaran antarabangsa dan telah pun dijual di Thailand pada tahun 2020. Baru kini ia dibawa masuk ke Malaysia.
Menurut Naib Presiden, Jualan dan Pemasaran Mercedes-Benz, Michael Jopp, “Mercedes-Benz memiliki imej yang sangat kukuh dalam segmen SUV ketika ini di Malaysia. Sebagai hibrid plug-in, GLC 300 e 4MATIC Coupé menawarkan pelanggan yang terbaik dalam segala aspek di kala kita menuju ke arah masa depan mampan. Kami berbangga untuk memperkenalkan varian yang dipasang tempatan (CKD) ini.
Model ini kini lebih efisien, kerana ia memiliki kemampuan untuk mengembalikan tenaga semasa sedang dibrek, membolehkan enjin pembakaran untuk bergerak pada jarak operasi yang diinginkan.”
ENJIN MERCEDES-BENZ GLC 300E COUPE

Mercedes-Benz GLC 300e Coupe dikuasakan oleh enjin petrol 4 silinder berpengecas turbo 2L dengan output 211 hp/350 Nm, bersama-sama dengan motor elektrik 122 hp/440 Nm. Gabungan kedua-duanya memberikan kereta output 320 hp/700 Nm. Kuasa disalurkan kepada sistem pacuan empat roda 4MATIC dengan transmisi automatik sembilan kelajuan. Ia boleh memecut daripada 0-100 km/j dalam masa hanya 5.7 saat dan mencapai kelajuan tertinggi 230 km/j. Walau bagaimanapun, mod EV mengehadkan kereta pada kelajuan tertinggi 140 km/j.
Rujuk jadual di bawah untuk maklumat terperinci mengenai ciri teknikal kereta:


REKAAN LUARAN MERCEDES-BENZ GLC 300E COUPE

-AMG-wheels-full.jpg)
Dari segi rekaan, Mercedes-Benz GLC 300e Coupe menerima sentuhan AMG Line serta Night Package. Varian ini menggunakan cakera brek yang lebih besar pada gandar hadapan, roda aloi ringan 5 jejari kembar AMG yang bersaiz 50.8 cm, lampu depan multibeam LED adaptif dan bampar sporty.
KABIN MERCEDES-BENZ GLC 300E COUPE



Bergerak ke bahagian dalam, Mercedes-Benz GLC 300e Coupe diberikan sentuhan AMG Line dengan upholsteri kulit serta konsol tengah berwarna hitam abu kayu. Stereng sport kereta dikemaskan dengan balutan kulit nappa. Ciri dalaman lain ialah, karpet AMG, kluster instrumen digital sepenuhnya bersaiz 12.3 inci, tempat duduk balutan kulit Artico, penyejuk udara dwi-zon Thermatic dan pencahayaan ambien.


Untuk hiburan pula, varian ini dilengkapkan dengan unit infotainmen bersaiz 10.25 inci yang menggunakan sistem operasi MBUX dan sistem audio keliling Burmester.
CIRI KESELAMATAN MERCEDES-BENZ GLC 300E COUPE
Untuk keselamatan, Mercedes-Benz GLC 300e Coupe dilengkapi pakej pengesanan laluan, bantuan titik buta, bantuan kekal lorong aktif, bantuan brek aktif, pakej parkir dengan kamera 360 darjah, bantuan parkir aktif dengan PARKTRONIC, pelindungan kenderaan URBAN GUARD, sistem penggera anti-kecurian, sistem pemantauan dalaman, beg lutut, sistem PRE-SAFE® dan sistem pemantauan tekanan tayar.
HARGA
Seperti yang dikatakan tadi, Mercedes-Benz GLC 300e Coupe ditawarkan pada harga atas jalan tanpa insurans, RM374,074 (dengan pengecualian SST) atau RM 398,888 (dengan SST).

VIDEO DI BAWAH MEMAPARKAN LUARAN MERCEDES GLC 300E COUPE
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

