Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Porsche Macan Langgar Dua Kereta Sebelum Terbabas

Suhana Veru

Kongsi melalui

Jika kereta mewah seperti Porsche pun boleh hancur berkecai apatah lagi nasib kereta-kereta yang berharga murah.

Pokok pangkalnya, jika anda memandu jangan sesekali mengikut hawa nafsu untuk memecut laju di jalan raya. Hanya kerana kesilapan kecil, nyawa anda boleh melayang!

Itulah nasib malang yang berlaku ke atas seorang pemandu berusia 22 tahun apabila kereta Porsche Macan yang dipandunya terbabas di Kilometer 55.6 Lebuh Raya Karak menghala ke Bentong sehingga meragut nyawnya.

Mangsa disahkan meninggal dunia ditempat kejadian.


Kejadian berlaku apabila pemandu Porsche itu dikatakan cuba memotong Proton Waja sebelum melanggar bahagian lampu belakang sebelah kanan kereta terbabit.

Ekoran rempuhan kuat itu, Proton Waja berkenaan melanggar besi pembahagi jalan, manakala Porsche Macan pula melanggar bahagian belakang sebuah lagi kereta Proton Saga FLX dan terus terjunam ke lorong jalan keluar sebuah stesen minyak.


Mujur, pemandu Proton Waja dan Proton Saga terselamat dan tidak mengalami kecederaan teruk.

Difahamkan,  lokasi kejadian merupakan jalan selekoh dua hala dan keadaan jalan pula kering dan cuaca baik. 


Ingat, apabila kita pegang stereng kereta, jangan ikutkan nafsu ketika berada di jalan raya.

Sebelum memandu laju,  fikir-fikirkanlah natijah yang bakal dihadapi nanti!


Tag:

Porsche Macan
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

Macan Capai Pengeluaran 1 Juta Dalam 12 Tahun! – Terpantas Dalam Sejarah Porsche

Kini di usia yang ke-12, Porsche mengumumkan detik bersejarah model ini yang telah mencapai jumlah penghasilan satu juta unit!

17-07-2025
Global

Macan Elektrik Dominasi Jualan Porsche Dalam 6 Bulan Pertama 2025

Jenama kereta sport mewah dari Jerman, Porsche, telah mengumumkan angka jualan bagi separuh pertama tahun 2025. Model terlaris? Macan generasi kedua versi elektrik.

11-07-2025

Berita Terkini

Berita Auto

'Test Speed' Solo Di Jalan Awam, Bakal Jadi Kesalahan Jenayah: Denda Hingga RM10,000, Penjara 2 Tahun

Tak Berlumba Pun Kena Saman RM10,000? Ini Maksud Baharu 'Menduga Kelajuan' Yang Wajib Anda Tahu.

21-07-2026
Berita Auto

Susulan Tragedi Pokok Tumbang: DBKL Pergiat Kerja Mitigasi di 6 Lokasi Utama

Isu Pokok Tumbang di KL: Ini 6 Lokasi Fokus Kerja Mitigasi DBKL Minggu Ini.

21-07-2026
Berita Auto

Raymond Tan Anak Tempatan Pertama Terajui BMW Group Malaysia

Raymond Tan Chor Ann dilantik sebagai Pengarah Urusan Baharu BMW Group Malaysia.

21-07-2026
Berita Auto

Suspek Ceroboh Landasan LRT3 Ditahan, Perkhidmatan Tergendala 30 Minit

LRT3 Tergendala 30 Minit Anggara Lelaki Cerohoh Landasan di Stesen Jalan Meru

21-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026