Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Segera Tempah Proton Sebelum Terlambat!

Suhana Veru

Kongsi melalui

Proton Holdings Bhd (PROTON)  dikhabarkan akan berhenti menerima tempahan sekiranya model tertentu  mencapai had keupayaan pengeluarannya sehingga 31 Mac 2023.

Perkara itu diakui oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON Roslan Abdullah kepada akhbar Berita Harian.

“Langkah itu diambil bagi membolehkan pelanggan menerima model yang dimahukan seterusnya menikmati insentif pengecualian cukai jualan,” katanya.

Untuk info, tempoh menunggu bagi model Proton adalah sekitar dua bulan manakala  Proton X70, Persona, Iriz, Exora dan Saga bergantung kepada pilihan warna dan varian.


Tempoh menunggu  Proton X50 pula, ia akan mengambil masa lebih kurang 6 bulan dan bergantung kepada pilihan warna dan varian.

Bagi sesiapa yang berminat membeli produk Proton, anda boleh  membayar yuran tempahan dan akan terus layak memasuki 'queue' bagi membeli kereta baharu. 

Bagaimanapun, transaksi membeli kereta adalah tertakluk kepada terma dan syarat, terutama sekali kelulusan pinjaman bank dan oleh itu, bukan semua tempahan bakal menjadi jualan.


"Bagi Proton, yuran tempahan untuk setiap model adalah antara RM500 hingga RM1,000," jelasnya.

Sehubungan itu, bagi pembeli yang ingin menikmati insentif pengecualian cukai, tempahan perlu dibuat sebelum 1 Julai 2022 manakala pendaftaran kenderaan perlulah dilakukan sebelum 1 April 2023.

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Cukai Jalan Tamat Sejak 1997, Motolori Disita JPJ Kedah

JPJ Sita Motolori Cukai Jalan Tamat 29 Tahun.

04-09-2026
Berita Auto

2 Penunggang Basikal Terkorban Dirempuh Kereta

Dua Sahabat Maut Dirempuh Ketika Latihan Berbasikal.

04-09-2026
Berita Auto

Promosi Servis Proton 2026: Diskaun Alat Ganti & Semakan Percuma

Kempen Stay Safe & Save Proton: Penjimatan Diskaun Bateri & Brek.

04-09-2026
Berita Auto

Misteri Buih Tebal di Lebuhraya KESAS Terjawab

Lebuhraya KESAS Dipenuhi Buih Tebal, Polis Sahkan Punca Tumpahan Sabun.

04-09-2026
Berita Auto

ATM Terima 263 Kenderaan Tedung & Kala

Tedung & Kala: 263 Aset Baharu ATM RM164.9 Juta.

04-09-2026
Berita Auto

GP Bahrain 2026: 10,000 Tiket MADANI Habis Dijual

10,000 Tiket MADANI Berharga RM200 Habis Dijual.

03-09-2026
Berita Auto

Tular Budak Keluar Sunroof Alphard

Kanak-Kanak Keluar Sunroof: Polis Ipoh Kesan Pemilik Alphard.

03-09-2026
Berita Auto

Tersilap Tekan Pedal, Kereta Terjunam

Kereta Terjunam Parkir Ampang: Pemandu Tersilap Tekan Pedal

03-09-2026