Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Semua Mangsa Ghaib, Rupa-Rupanya..

Suhana Veru

Kongsi melalui

Sebuah Perodua Axia berwarna merah yang ditemui terjunam ke dalam sungai di di Batu 12, Jalan Tapah - Cameron Highlands, Perak tular di Facebook.

Apa tidaknya, tiada seorang mangsa dijumpai termasuk pemandu kenderaan. 


Bagaimanapun, teka-teki itu terjawab apabila pasukan penyelamat berjaya menghubungi keluarga mangsa melalui pencarian nombor pendaftaran kenderaan.

Rupa-rupanya semuanya selamat!


Kejadian berlaku gara-gara pemandunya keliru arah laluan di kawasan itu. 

Besi penghadang di jambatan itu dikatakan seolah-olah seperti pagar menyebabkan pemandunya terus memandu menyebabkan mereka terjunam ke dalam sungai.


“Selain mangsa tidak biasa dengan jalan berkenaan, cat garisan putih di jalan dan cat di jambatan juga sudah lusuh.

“Selepas kenderaan terjunam ke dalam sungai, pemandu telah berjaya menyelamatkan diri sementara dua mangsa berjaya dikeluarkan dengan bantuan orang awam dan rakan-rakan daripada dua kenderaan lain,” kata Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail.


Mujur, nasib tiga sekawan itu baik kerana kenderaan yang dinaiki mereka tersangkut pada batu dan celahan kayu balak.

Ketika kejadian, air sungai deras yang berada pada paras kira-kira 1 meter itu namun mereka bernasib baik kerana tidak dihanyutkan air sungai itu.

Kepada pihak berkuasa tolong baiki keadaan laluan berkenaan sebelum ia meragut nyawa orang lain.

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Analisis: Trend 'Lampu Albino': Kosmetik Kereta Hipster atau Tempah Sumpah Seranah di Jalan Raya?

'Lampu Albino': Kenapa Pemilik Kereta Rasa Stylo, Tapi Pemandu Lain Rasa Nak Marah?

12-06-2026
Berita Auto

KLIMS 2026: X-Trail e-POWER Buat Kemunculan Di KLIMS 2026

Nissan Sahkan SUV Premium Baharunya Masuk Malaysia Suku Keempat Tahun Ini.

11-06-2026
Berita Auto

Tiada Kejutan Minggu Ini! Harga Diesel & RON97 Kekal

Naik atau Turun? Ini Jawapan Kementerian Kewangan Mengenai Harga Minyak.

10-06-2026
Berita Auto

KLIMS 2026: Honda Prelude 2026 Hadir Di KLIMS 2026

Bukan Hibrid Biasa! Honda Prelude 2026 Guna Elemen Type R, Bakal Mengamuk Di KLIMS 2026/

10-06-2026
Berita Auto

Tragedi Bas Genting: Menteri Gesa Pasang Bonggol, Penenang Lalu Lintas

Kemalangan di Genting Highlands, menteri cadang pasang bonggol di laluan menurun.

10-06-2026
Berita Auto

CERMAT MADANI: Diskaun Insurans 10% Untuk Pemandu "Baik", Anda Layak?

Berita Gembira Buat Pemandu Berhemah: Kerajaan Bagi Rebat Insurans 10% Di MyJPJ

10-06-2026
Berita Auto

Tawaran Terhad Jun 2026: Perodua Umum Kempen Rebat Tunai Hingga RM1,000 Untuk Model Terpilih

The King Ada Diskaun! Myvi, Bezza & Axia Kini Lebih Murah Sepanjang Jun!

09-06-2026