Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

ALZA 2022 Akan Dilancar Rabu Ini

Suhana Veru

Kongsi melalui

Selepas penantian berbulan-bulan lalu, Perodua mengesahkan bahawa Alza 2022 akan dilancarkan secara dalam talian di laman Facebook Perodua pada pukul 12 tengah hari pada Rabu ini. 

Perkara itu disahkan menerusi halaman rasmi Facebook Perodua, pagi tadi.


Alza 2022 antara hot model yang ditunggu-tunggu peminat jenama itu, dengan harga pengenalan cukup menarik M62,000 (varian X), diikuti varian pertengahan H (RM68,000) manakala, varian tertinggi AV dengan harga anggaran RM75,000.

Untuk makluman anda, harga anggaran ini bagaimanapun adalah harga atas jalan tanpa insurans.

Mungkin ramai yang tertanya-tanya mengapa harga Alza 2022 ini agak “keras” berbanding model generasi pertama. 


Jika anda mengikuti perkembangan mengenai Alza baharu ini menerusi Facebook rasmi Perodua, anda sudah tahu jentera ini agak moden, segak selain dilengkapi dengan ciri-ciri teknologi canggih sekali gus menyebabkan syarikat pengeluar kereta tempatan itu meletakkan harga sedemikian.

Menyingkap sedikit latar belakang Alza baharu ini, ia yang merupakan kembar kepada  Daihatsu Xenia dan Toyota Avanza/Veloz sebenarnya diasaskan dari platform terkini Daihatsu New Global Architecture (DNGA).


Jentera yang dikuasakan dengan 2NR-VE 1.5 liter empat silinder NA serta digandingkan dengan kotak gear D-CVT sebenarnya sarat dengan ciri-ciri cangggih.

Antaranya, kamera pandangan panaromik 360-darjah, brek parkir elektronik dan dikhabarkan kesemua varian menerima enam-beg udara.

Ia juga akan didatangkan dengan sistem bantuan pemanduan keselamatan Advanced Safety Assist (ASA) terkini.

Apapun tahniah kepada Perodua kerana menghasilkan sebuah jentera yang cukup moden, canggih dan sarat dengan ciri-ciri keselamatan dan apa paling penting harganya juga dilihat berbaloi!

Teruskan bersama Caricarz untuk mendapatkan info lanjut mengenai Alza 2022!


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Cukai Jalan Tamat Sejak 1997, Motolori Disita JPJ Kedah

JPJ Sita Motolori Cukai Jalan Tamat 29 Tahun.

04-09-2026
Berita Auto

2 Penunggang Basikal Terkorban Dirempuh Kereta

Dua Sahabat Maut Dirempuh Ketika Latihan Berbasikal.

04-09-2026
Berita Auto

Promosi Servis Proton 2026: Diskaun Alat Ganti & Semakan Percuma

Kempen Stay Safe & Save Proton: Penjimatan Diskaun Bateri & Brek.

04-09-2026
Berita Auto

Misteri Buih Tebal di Lebuhraya KESAS Terjawab

Lebuhraya KESAS Dipenuhi Buih Tebal, Polis Sahkan Punca Tumpahan Sabun.

04-09-2026
Berita Auto

ATM Terima 263 Kenderaan Tedung & Kala

Tedung & Kala: 263 Aset Baharu ATM RM164.9 Juta.

04-09-2026
Berita Auto

GP Bahrain 2026: 10,000 Tiket MADANI Habis Dijual

10,000 Tiket MADANI Berharga RM200 Habis Dijual.

03-09-2026
Berita Auto

Tular Budak Keluar Sunroof Alphard

Kanak-Kanak Keluar Sunroof: Polis Ipoh Kesan Pemilik Alphard.

03-09-2026
Berita Auto

Tersilap Tekan Pedal, Kereta Terjunam

Kereta Terjunam Parkir Ampang: Pemandu Tersilap Tekan Pedal

03-09-2026