Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Ferrari 296 GTS, Harga Bermula..

Suhana Veru

Kongsi melalui

Naza Italia yang merupakan pengimport dan pengedar jenama Ferrari di Malaysia memperkenalkan model hibrid plug-in (PHEV) 296 GTS  untuk pasaran tempatan.

Ia dilancarkan di Litar Antarabangsa Sepang sebentar tadi.

Sport car terbaharu enjin mid-rear dengan dua tempat duduk ini ditawarkan pada harga RM1.45 juta tidak termasuk insurans dan duti eksais.


Model ini menjadi pelengkap dan versi Spider kepada GTB.

Untuk info anda 296 GTS (2022)  merujuk kepada 'Grand Turismo Spider'. 


Berikut adalah perincian 296 GTS (2022):

Bumbung jenis keras boleh retrak (retractable hard top, RHT) dengan rekabentuk mirip 296 GTB.

Ambil masa 14 saat untuk buka dan tutup bumbung pada halaju 45kmj.

Bumbung terpisah kepada dua bahagian yang boleh dilipat dan disimpan depan enjin.

Cermin belakang boleh laras ketinggian, memisahkan kabin dan dek belakang ketika bumbung dibuka.

Dek belakang berbeza, tetapi kekal dengan cermin lut sinar untuk melihat enjin.

Pilar-A, -B dan sil diubah suai untuk meningkatkan ketegaran casis.

Dijana enjin hibrid 2.9L V6 Turbo 

830hp@740Nm

Transmisi dual klac (DCT) 8-kelajuan, sama seperti SF90 Stradale, Ferrari Roma, Portofino M, SF90 Spider dan 296 GTB.

Boleh dipandu sejauh 25km dalam mod elektrik eDrive.

Pek bateri 7.45kWh

Jika dibandingkan dengan model 296 GTB, 296 GTS hanya 70kg lebih berat

Kelajuan hingga 135kmj dalam mod eDrive.

Pecutan 0-100kmj sepantas 2.9 saat, jika 0-200km/j hanya 7.6 saat

Ada empat mod kuasa eManettino boleh pilih pada stereng: eDrive, Hybrid (H), Performance dan Qualify.


eDrive - Enjin pembakaran dalaman dimatikan (ICE) dan kereta dipacu tenaga elektrik melalui roda belakang.

Hybrid - Tetapan standard, tenaga dilaras untuk kecekapan maksimum.

Performance - Enjin sentiasa hidup dan membantu mengekalkan kecekapan bateri untuk memastikan kuasa penuh pada setiap masa.

Qualify - Memberikan prestasi maksimum, pengecasan semula bateri pada tahap rendah.

Jentera ini hadir dengan program penyelenggaraan lanjutan selama tujuh tahun. Program tersebut merangkumi semua penyelenggaraan berkala untuk tempoh tujuh tahun pertama atau perbatuan sejaun 120,000km.  

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Kereta Baru

Kia Carnival Facelift Bakal Tiba Di Malaysia – Ada Versi Hibrid?

Tidak sampai sebulan selepas syarikat jualan nasional (NSC) baharu ditubuhkan, Kia Sales Malaysia (KSM) nampaknya sudah bersedia untuk ‘menggegarkan’ pasaran tempatan.

09-01-2026
Kereta Baru

Proton X70 2026 Kini Rasmi: Kabin & Enjin Lebih Senyap, Jimat Minyak, Dari RM99.8K!

Proton secara rasmi melancarkan Proton X70 2026. Tampil dengan pelbagai penambahbaikan mekanikal dan teknologi, model ini memperkukuh kedudukannya sebagai SUV premium mampu milik paling berbaloi di pasaran.

08-01-2026
Kereta Baru

Kelibat Mitsubishi XForce Dikesan Di Shah Alam, Maknanya Bakal Dilancarkan Tak Lama Lagi!

Mitsubishi XForce akhirnya telah selamat mendarat di Malaysia apabila beberapa imej menunjukkan SUV kompak segmen B itu diturunkan dari sebuah lori pengangkut di Shah Alam, Selangor.

05-01-2026
Kereta Baru

Volvo ES90 Bakal Dilancar Bulan Ini Tetapi ROI Sudah Dibuka!

Volvo Car Malaysia mengumumkan pihaknya sudah membuka pendaftaran minat (ROI) untuk model terbaharunya, Volvo ES90.

02-01-2026
Kereta Baru

Ini Dia Satu Lagi Pencabar Sengit Proton X50, HR-V, Lepas L4, Bakal Dilancarkan Tak Lama Lagi

Lepas L4 yang bakal dilancarkan pada suku pertama tahun ini adalah salah satu pencabar sengit buat Proton X50 dan Honda HR-V.

01-01-2026
Kereta Baru

Pendaftaran Minat Jaecoo J5 Kini Dibuka – Lancar Jan 2026 Nanti?

OMODA | JAECOO Malaysia secara rasmi telah membuka laman pendaftaran minat (ROI) bagi model terbarunya, Jaecoo J5.

17-12-2025
Kereta Baru

Perodua Traz Dilancarkan, Ada 2 Varian, Harga Bermula Serendah RM76,100

Perodua melancarkan secara rasminya, Perodua Traz yang dinantikan sejak sekian lama di pasaran tempatan, sebentar tadi.

17-12-2025
Kereta Baru

EV TQ Wuling Bingo Dilancarkan Di Malaysia – Kecil Tapi Praktikal, Dari RM62,800 Dengan Rebat

Selepas beberapa kali dipertontonkan di Malaysia, kenderaan elektrik (EV) bersaiz kompak, TQ Wuling Bingo akhirnya dilancarkan secara rasmi di pasaran tempatan.

17-12-2025