Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

[FOTO] Toyota Veloz 2022: Imej Luar Dan Dalam Kereta, Harga Dianggarkan Dari RM95K

Sofea Najmi

Kongsi melalui



UMW Toyota Motor (UMWT) baru-baru ini telah mendedahkan lebih banyak imej model yang bakal dilancarkan tidak lama lagi, Toyota Veloz 2022.


Reka Bentuk Luaran Toyota Veloz 2022




Seperti yang pernah didedahkan sebelum ini, model ini ditawarkan dalam lima pilihan warna termasuklah warna dua tona (bi-tione). Foto di atas menunjukkan salah satu pilihan warna dua tona. Gaya sporty Veloz jelas terserlah dengan badan metalik biru dan bumbung hitam.


Gril depannya jika dilihat secara terperinci terdiri daripada corak berbentuk Y. Gril ini diapit oleh aksen krom berbentuk T yang menempatkan lampu kabus LED. Lampu depan kereta dengan indikator jenis berurutan (sequential) dihubungkan dengan jalur halus krom di sepanjang bahagian atas gril. Lengkungan badan kereta pada bahagian tayar juga lebih ketara, berbeza dengan Toyota Avanza.


Bahagian Dalam Toyota Veloz 2022




Jika dibandingkan dengan Alza, corong penyejuk udara Veloz direka lebih halus untuk memuatkan sistem infotainmen kereta yang bersaiz sembilan inci. Sistem ini boleh disambungkan dengan Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar. Sementara sistem infotainmen Alza pula boleh disambungkan dengan Android Auto menggunakan wayar untuk varian tertinggi, AV.


Pada konsol tengah kereta terdapat pengecas tanpa wayar Qi. Berhampiran dengannya ialah suis untuk mengawal fungsi gear, brek parkir elektronik dan brek pegun auto.

Terdapat beberapa ciri yang sama dengan Alza iaitu penggunaan stereng dengan butang kawalan pelbagai fungsi, but yang berkapasiti 498L apabila tempat duduk barisan ketiga dilipat dan 137L apabila ditegakkan, panel instrumen digital TFT tujuh inci dan dua port pengecas USB untuk penumpang belakang.

Tempahan Toyota Veloz Serba Baharu


Tempahan awal bagi model ini sudah dibuka sejak 24 Jun yang lalu. Harga rasmi model ini masih belum diumumkan namun dianggarkan berjumlah RM95,000.00, harga atas jalan, tanpa insurans, termasuk SST.


Model ini ditawarkan dengan lima pilihan warna iaitu:




i. Metalik perak (silver) dengan bumbung hitam 

ii. Metalik biru dengan bumbung hitam 

iii. Putih

iv. Metalik hitam kebiruan (bluish black)

v. Metalik merah 


Untuk maklumat lanjut, boleh layari toyota.com.my atau hubungi 1- 800-88-TOYOTA (869682).


Baca: Tempahan Toyota Veloz Serba Baharu Kini Dibuka, Lebih Baik Dari Avanza?



Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Cukai Jalan Tamat Sejak 1997, Motolori Disita JPJ Kedah

JPJ Sita Motolori Cukai Jalan Tamat 29 Tahun.

04-09-2026
Berita Auto

2 Penunggang Basikal Terkorban Dirempuh Kereta

Dua Sahabat Maut Dirempuh Ketika Latihan Berbasikal.

04-09-2026
Berita Auto

Promosi Servis Proton 2026: Diskaun Alat Ganti & Semakan Percuma

Kempen Stay Safe & Save Proton: Penjimatan Diskaun Bateri & Brek.

04-09-2026
Berita Auto

Misteri Buih Tebal di Lebuhraya KESAS Terjawab

Lebuhraya KESAS Dipenuhi Buih Tebal, Polis Sahkan Punca Tumpahan Sabun.

04-09-2026
Berita Auto

ATM Terima 263 Kenderaan Tedung & Kala

Tedung & Kala: 263 Aset Baharu ATM RM164.9 Juta.

04-09-2026
Berita Auto

GP Bahrain 2026: 10,000 Tiket MADANI Habis Dijual

10,000 Tiket MADANI Berharga RM200 Habis Dijual.

03-09-2026
Berita Auto

Tular Budak Keluar Sunroof Alphard

Kanak-Kanak Keluar Sunroof: Polis Ipoh Kesan Pemilik Alphard.

03-09-2026
Berita Auto

Tersilap Tekan Pedal, Kereta Terjunam

Kereta Terjunam Parkir Ampang: Pemandu Tersilap Tekan Pedal

03-09-2026