Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Hanya 13 Saman Dikeluarkan Atas Pelbagai Kesalahan

Suhana Veru

Kongsi melalui


Sebelum ini, Caricarz ada menyiarkan berita bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menggunakan dron untuk mengesan pemandu yang menggunakan lorong kecemasan sepanjang orang ramai balik kampung pada minggu lepas.

Apa yang cukup menggembirakan ialah sikap pemandu Malaysia wajar dipuji ketika berada di atas jalan raya sepanjang musim Hari Raya Aidiladha.


Ini kerana mereka dilihat cukup bersabar sewaktu menempuh kesesakan aliran trafik untuk pulang ke ibu kota, semalam.

Apa tidaknya, PDRM cuma mengeluarkan 13 saman yang membabitkan kesalahan menggunakan lorong kecemasan dan beberapa kesalahan lain.


Mungkin 13 pemandu yang berani memasuki lorong kecemasan di lebuh raya dan menganggap kesalahannya tidak dilihat sesiapa namun akhirnya makan diri apabila mereka disaman serta-merta.

Kesalahan itu dikesan oleh pasukan Gerakan Udara (PGU) Bukit Aman yang mengadakan tinjauan dari udara bagi memantau aliran trafik di Plaza Tol Ipoh Selatan semalam.


Pemantauan semasa musim perayaan ini dilakukan bagi memantau kesesakan lebuh raya agar tindakan penyuraian aliran trafik serta mengesan kenderaan yang melakukan kesalahan peraturan jalan raya dalam Op Lancar Hari Raya Aidiladha.

Dron PDRM ini boleh dikatakan agak canggih kerana  gambar yang dirakam menggunakan kamera berkapasiti tinggi mampu mencerap imej 360 darjah dengan kelajuan 70 kilometer sejam.


Selain mempunyai kamera, dron ini juga mempunyai pembesar suara untuk membuat pengumuman serta  ia mampu terbang selama tiga jam bagi setiap sesi penerbangan.



Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto
UPSI Lakar Sejarah, Perkenal Bas Kaunseling Bergerak Pertama Di Malaysia

UPSI Lakar Sejarah, Perkenal Bas Kaunseling Bergerak Pertama Di Malaysia

Bas pendidikan UPSI diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai platform First Mobile Mental Health Counseling Program di negara ini.

09-04-2026
Berita Auto
Tak Perlu Bayar Mahal, MOT Perincikan Dasar 'Carpool' E-Hailing Untuk Kurangkan Kos Rakyat

Tak Perlu Bayar Mahal, MOT Perincikan Dasar 'Carpool' E-Hailing Untuk Kurangkan Kos Rakyat

Syarikat e-hailing digalakkan mengamalkan dasar lebih fleksibel dengan memperluaskan pelaksanaan konsep “carpool”.

09-04-2026
Berita Auto
Ini Sebab Harga Minyak Tak Turun

Ini Sebab Harga Minyak Tak Turun

MOF tampil memberi penjelasan.

09-04-2026
Berita Auto
Sana Sudah Gencatan Senjata, Sini Harga Minyak Makin 'Membara'. Ini Penjelasannya
Berita Auto
Proton X50 vs Mitsubishi XForce: Dua SUV Kompak, Satu Pilihan Sukar

Proton X50 vs Mitsubishi XForce: Dua SUV Kompak, Satu Pilihan Sukar

Nak beli SUV kompak baru? Jangan tengok X50 atau Xforce sebelum baca Ini!

08-04-2026
Berita Auto
Dakwaan Tambah Kuota BUDI95 Tidak Benar

Dakwaan Tambah Kuota BUDI95 Tidak Benar

MoF Tampil Perbetul Salah Faham Tular Isu Tambah Kuota BUDI95.

08-04-2026
Berita Auto
Kuota BUDI95 200 Liter: Masa Untuk Tukar EV

Kuota BUDI95 200 Liter: Masa Untuk Tukar EV

Adakah sekarang masa untuk beralih ke kenderaan elektrik (EV) kerana EV bukan lagi sekadar gaya hidup, tetapi strategi survival.

07-04-2026
Berita Auto
Boleh Ke Guna MyKad Mak Ayah Beli RON95? JPN Akhirnya Tampil Perbetul Salah Faham

Boleh Ke Guna MyKad Mak Ayah Beli RON95? JPN Akhirnya Tampil Perbetul Salah Faham

JPN menegaskan tiada sekatan untuk rakyat menggunakan kad pengenalan bagi memanfaatkan subsidi di bawah inisiatif BUDI95, selagi ia dibuat mengikut peraturan.

07-04-2026