Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Hanya 13 Saman Dikeluarkan Atas Pelbagai Kesalahan

Suhana Veru

Kongsi melalui


Sebelum ini, Caricarz ada menyiarkan berita bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menggunakan dron untuk mengesan pemandu yang menggunakan lorong kecemasan sepanjang orang ramai balik kampung pada minggu lepas.

Apa yang cukup menggembirakan ialah sikap pemandu Malaysia wajar dipuji ketika berada di atas jalan raya sepanjang musim Hari Raya Aidiladha.


Ini kerana mereka dilihat cukup bersabar sewaktu menempuh kesesakan aliran trafik untuk pulang ke ibu kota, semalam.

Apa tidaknya, PDRM cuma mengeluarkan 13 saman yang membabitkan kesalahan menggunakan lorong kecemasan dan beberapa kesalahan lain.


Mungkin 13 pemandu yang berani memasuki lorong kecemasan di lebuh raya dan menganggap kesalahannya tidak dilihat sesiapa namun akhirnya makan diri apabila mereka disaman serta-merta.

Kesalahan itu dikesan oleh pasukan Gerakan Udara (PGU) Bukit Aman yang mengadakan tinjauan dari udara bagi memantau aliran trafik di Plaza Tol Ipoh Selatan semalam.


Pemantauan semasa musim perayaan ini dilakukan bagi memantau kesesakan lebuh raya agar tindakan penyuraian aliran trafik serta mengesan kenderaan yang melakukan kesalahan peraturan jalan raya dalam Op Lancar Hari Raya Aidiladha.

Dron PDRM ini boleh dikatakan agak canggih kerana  gambar yang dirakam menggunakan kamera berkapasiti tinggi mampu mencerap imej 360 darjah dengan kelajuan 70 kilometer sejam.


Selain mempunyai kamera, dron ini juga mempunyai pembesar suara untuk membuat pengumuman serta  ia mampu terbang selama tiga jam bagi setiap sesi penerbangan.



Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

'Test Speed' Solo Di Jalan Awam, Bakal Jadi Kesalahan Jenayah: Denda Hingga RM10,000, Penjara 2 Tahun

Tak Berlumba Pun Kena Saman RM10,000? Ini Maksud Baharu 'Menduga Kelajuan' Yang Wajib Anda Tahu.

21-07-2026
Berita Auto

Susulan Tragedi Pokok Tumbang: DBKL Pergiat Kerja Mitigasi di 6 Lokasi Utama

Isu Pokok Tumbang di KL: Ini 6 Lokasi Fokus Kerja Mitigasi DBKL Minggu Ini.

21-07-2026
Berita Auto

Raymond Tan Anak Tempatan Pertama Terajui BMW Group Malaysia

Raymond Tan Chor Ann dilantik sebagai Pengarah Urusan Baharu BMW Group Malaysia.

21-07-2026
Berita Auto

Suspek Ceroboh Landasan LRT3 Ditahan, Perkhidmatan Tergendala 30 Minit

LRT3 Tergendala 30 Minit Anggara Lelaki Cerohoh Landasan di Stesen Jalan Meru

21-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026