Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Harga Kereta Akan Naik Berperingkat? Ini Puncanya...

Sofea Najmi

Kongsi melalui



Ekoran lonjakan kos pengeluaran dan pengakhiran Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST)  pada 30 Jun lalu, harga kenderaan dijangka naik secara berperingkat. 


Lapor Berita Harian, penganalisis RHB Investment Bank Bhd, Jim Lim Khai Xhiang, berkata, industri automotif sedang berdepan dengan isu kenaikan harga komponen kereta. 




Kenaikan yang berlaku menyebabkan prinsipal dan pengedar berkemungkinan bakal mengetengahkan model baharu dan juga versi kereta yang dipertingkat supaya dapat menaikkan harga kereta. 


"Selain itu, pelanggan kini perlu menampung SST untuk kedua-dua model pemasangan tempatan (CKD) dan model import sepenuhnya (CBU).


"Tambahan lagi, reformasi duti eksais mungkin menambah harga kereta sebanyak lapan hingga 20 peratus pada 2023," katanya dalam satu nota penyelidikannya.




Proton Holdings Bhd (PROTON) sebelum ini pernah memaklumkan bahawa syarikat masih dapat bertahan tanpa menaikkan harga walau berdepan dengan kenaikan kos pengeluaran. Untuk mengekalkan harga, PROTON terpaksa menampung kenaikan tersebut agar tidak membebankan pembeli. 




Penganalisis MIDF Amanah Investment Bank Bhd, Hafriz Hezry, berkata harga kereta CKD boleh naik antara lapan hingga 20 peratus kerana perubahan nilai pasaran terbuka (OMV) kenderaan. 


Beliau menjelaskan, definisi OMV baharu difahamkan merangkumi kos jualan seperti promosi dan pengiklanan, pemasaran, waranti dan komisen melebihi kos pembuatan sebelum ini.


"Pangkalan OMV yang lebih tinggi di mana duti eksais dikenakan. Oleh itu dijangka menyebabkan kenaikan duti eksais yang dikenakan.


"Ini adalah potensi risiko kepada kos duti sektor auto dan akhirnya jumlah jualan jika diteruskan.


"Namun kami percaya bahawa kerajaan harus mempertimbangkan mekanisme rebat untuk asas OMV tambahan yang datang daripada kos berkaitan jualan, yang kebanyakannya ditanggung pemain tempatan dan akhirnya memberikan nilai tambah kepada ekonomi domestik," katanya dalam satu nota penyelidikan.


Tambahnya lagi, kenaikan harga akan berlaku secara berperingkat supaya pemain industri dan pasaran dapat menyesuaikan diri dengan perubahan yang berlaku. 


Sumber: Berita Harian


Tag:

Harga kereta
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Harga Kereta Naik, Kerajaan Cari Kaedah Kurangkan Kesan Kenaikan Harga Kereta

Kerajaan sedang mengenal pasti kaedah terbaik bagi mengurangkan implikasi kenaikan harga kenderaan tempatan selaras penguatkuasaan peraturan cukai eksais P.U.(A) 402/2019.

07-11-2025

Berita Terkini

Berita Auto

'Test Speed' Solo Di Jalan Awam, Bakal Jadi Kesalahan Jenayah: Denda Hingga RM10,000, Penjara 2 Tahun

Tak Berlumba Pun Kena Saman RM10,000? Ini Maksud Baharu 'Menduga Kelajuan' Yang Wajib Anda Tahu.

21-07-2026
Berita Auto

Susulan Tragedi Pokok Tumbang: DBKL Pergiat Kerja Mitigasi di 6 Lokasi Utama

Isu Pokok Tumbang di KL: Ini 6 Lokasi Fokus Kerja Mitigasi DBKL Minggu Ini.

21-07-2026
Berita Auto

Raymond Tan Anak Tempatan Pertama Terajui BMW Group Malaysia

Raymond Tan Chor Ann dilantik sebagai Pengarah Urusan Baharu BMW Group Malaysia.

21-07-2026
Berita Auto

Suspek Ceroboh Landasan LRT3 Ditahan, Perkhidmatan Tergendala 30 Minit

LRT3 Tergendala 30 Minit Anggara Lelaki Cerohoh Landasan di Stesen Jalan Meru

21-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026