Link Copiedcheck_circle
EV

Johor Bakal Memiliki Lebih Banyak Pengecas EV, Ini Rancangan Kerajaan Negeri...

Sofea Najmi

Kongsi melalui



Lebih banyak stesen pengecasan kenderaan elektrik (EV) akan disediakan di seluruh negeri Johor terutamanya di lokasi-lokasi pelancongan besar negeri ini, lapor The Star. 


Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Warisan dan Budaya negeri Johor,  K. Raven Kumar berkata, untuk memastikan sektor pelancongan Johor kekal utuh, kerajaan negeri telah melantik Price Waterhouse Malaysia (PwC) bagi menjalankan kajian mengenai stesen pengecasan EV  dalam 18 bulan akan datang.



“Singapura telah memperkenalkan dasar menggunakan EV  sepenuhnya menjelang tahun 2040 di republik pulau itu dan Johor perlu mengambil langkah awal dengan membuat persediaan.




“Jika kita tidak mempunyai stesen pengecasan yang mencukupi di negeri ini, kita akan rugi dan tidak dapat menarik rakyat Singapura untuk memandu ke sini memandangkan ramai antara mereka yang akan menggunakan EV.


“Sekiranya kawasan tumpuan pelancong memiliki kemudahan stesen pengecas EV, sudah pasti ia menjadi nilai tambah yang boleh menarik pengunjung ke lokasi itu,” katanya selepas menyaksikan pertukaran perjanjian antara EduCity Iskandar Malaysia Sdn Bhd dan Skye Renewables Sdn Bhd di hab EduCity di sini, hari ini. 


Raven Kumar berkata, bilangan stesen pengecas yang tersedia di negeri ini agak rendah dan kebanyakannya hanya terdapat di bandar besar seperti Johor Bahru. 


“Kerajaan negeri mahu melihat stesen pengecasan tersedia di semua daerah terutamanya di destinasi pelancongan utama di Johor.


“Usaha sebegini juga memerlukan penglibatan pelbagai pihak termasuk pihak swasta khususnya pemain industri yang berkepentingan.


“Untuk menjayakannya, kita tidak boleh hanya bergantung kepada kerajaan sahaja, sebaliknya pemain industri dan pelbagai sektor lain juga boleh terlibat,” ujarnya. 


Sumber: The Star 



Tag:

ev
johor
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Tips

Pertama Kali Balik Kampung Guna EV: Realiti Sebenar Yang Ramai Tak Tahu!

Pertama Kali Balik Kampung Guna EV? Jangan Takut, Ini Sebab Kenapa Jem Raya Takkan Habiskan Bateri Anda!"

21-05-2026
EV

4 'Pembunuh Senyap' Jarak Gerak Yang Gagal Diramal Dashboard Anda

Jangan jadi mangsa tunda! Ketahui kenapa baki 100km di dashboard EV boleh hilang sekelip mata.

26-03-2026
EV

PERODUA Bakal Terajui EV Murah

PERODUA dilantik untuk menerajui pengeluaran kenderaan elektrik mampu milik di bawah NIMP 2030.

18-01-2024
Video

Lotus Eletre 2023 | SUV Hiper Mampu Milik T20

Lotus Eletre 2023 | SUV Hiper Mampu Milik T20

27-06-2023
Video

Ulasan: GWM Ora Good Cat – EV 'Kucing' Kompak!

Ulasan: GWM Ora Good Cat – EV 'Kucing' Kompak!

20-06-2023
EV

Cuba Pelbagai EV Baharu Dari Hanya RM120/Hari Dengan GoCar

GoCar Malaysia telah mengumumkan penambahan model-model terkini kenderaan elektrik (EV).

22-05-2023
EV

Gentari Dah Mula Pasang Pengecas EV Ke Luar Negara?

Gentari pasang pengecas kereta elektrik di Thailand

19-05-2023
Berita Auto

Puluhan Ribu Pengunjung Hari Pertama Malaysia Autoshow

Orang ramai mula menyerbu Malaysia Autoshow 2023 berikutan cuti umum sempena Hari Wesak.

04-05-2023

Berita Terkini

EV

Rekod Baharu Sepang! Lotus Emeya R Catat Masa 2:20.317, EV Terpantas dalam Sejarah

Lotus Emeya R Catat Rekod Pusingan EV Terpantas di Litar Sepang.

20-07-2026
EV

Kalkulator Cukai Jalan EV Malaysia (2026) – Kira Cukai Jalan EV Mengikut Model/ kW

Kami Mudahkan Kerja Anda, Ini Dia Kalkulator Cukai Jalan EV Malaysia 2026 – Semak Kadar Mengikut Model/kW.

17-07-2026
EV

Jualan Model Y Long Range AWD Dihentikan

Tesla Malaysia Hentikan Jualan Model Y Long Range AWD 5 Tempat Duduk.

10-07-2026
EV

Berita Baik, AutoCharge Mudahkan Cas EV

Gentari memperkenalkan ciri AutoCharge.

03-07-2026
EV

Kenapa Anda Perlu Bertindak Pantas Jika Mahukan EV 'Bajet' di Malaysia

Anda masih boleh membeli EV CBU jika masih ada stok.

02-07-2026
EV

Harga Porsche Taycan Naik Ketara Daripada RM575k Kepada RM775K?

Misteri RM200k: Kenapa Model Asas Porsche Taycan Tiba-Tiba Melonjak Harga Daripada RM575k-RM775k.

01-07-2026
EV