Link Copiedcheck_circle
EV

Nyobolt Hasilkan Bateri Cas Penuh Sepantas 5 Minit, Terima Pelaburan RM266 Juta!

Sofea Najmi

Kongsi melalui



Syarikat baharu yang berpangkalan di United Kingdom, Nyobolt, mengumumkan kejayaan syarikat mengumpulkan sebanyak 50 juta pound (RM266,250,037.50) melalui pembiayaan Siri B untuk pembinaan kilang pengeluaran UK pada tahun 2023 bagi menghasilkan jutaan sel bateri. 


Pusingan pembiayaan tersebut diketuai oleh H.C. Starck Tungsten Powders, sebuah unit syarikat perlombongan Vietnam Masan High-Tech Materials (MSR.HNO) yang merupakan salah satu pembekal tungsten terbesar di dunia. 




Pelaburan tersebut akan digunakan bagi memacu kemasukan pasaran Nyobolt dengan memperkukuh kedudukan jenama dan melancarkan pengeluaran jutaan unit sel bateri bermula tahun depan. Selain itu, pembiayaan yang diterima juga dapat membantu syarikat memperkembang fasiliti kejuruteraan di AS serta pertumbuhan pasukan di seluruh dunia. 




Teknologi bateri yang dikeluarkan Nyobolt merupakan hasil kajian selama sedekad yang diketuai oleh ahli sains bateri, Profesor Clare Grey daripada University of Cambridge. Telegraph melaporkan, melalui kajian ini, mereka telah membangunkan anod bateri menggunakan niobium dan tungsten yang membolehkan bateri kenderaan elektrik (EV) dicas sehingga mencapai kapasiti 90 peratus dalam masa kurang daripada lima minit. Bukan itu sahaja, teknologi yang dibangunkan juga meningkatkan kuasa dan ketahanan bateri sehingga 10 kali ganda. 




Ketua Ahli Sains dan Pengasas Bersama Nyobolt, Profesor Dame Clare Gray berkata, ““Kami teruja untuk memindahkan teknologi kami daripada pembangunan kepada penggunaan dalam pasaran. Kami mengasaskan Nyobolt setelah membuat penemuan teknologi anod baharu yang mengandungi tungsten dengan keupayaan pengecasan pantas yang luar biasa.


“Pembiayaan daripada H.C. Starck akan membantu Nyobolt memperkembang operasi kami di UK dan Amerika Syarikat serta membawa penyelesaian yang lebih mampan ke dalam industri penyimpanan tenaga.”


Tambahnya lagi, teknologi yang dihasilkan ini dapat merealisasikan matlamat pelepasan karbon sifar bersih dalam elektrifikasi pengangkutan. 


Dalam persaingan untuk menghasilkan kenderaan elektrik, pengeluar kereta turut memberi tumpuan kepada kemampuan jarak yang mampu dicapai kereta untuk mengurangkan kebimbangan orang ramai terhadap ketersediaan stesen pengecasan dalam perjalanan dan jangka masa yang diambil untuk mengisi ‘jus’ bateri. 


Namun kini, dengan perkembangan teknologi, kita bakal menyaksikan bateri yang lebih tahan lama, mampu mencapai jarak lebih jauh dengan waktu pengecasan singkat yang pastinya akan membuat lebih ramai orang tidak teragak-agak menggunakan EV.

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Terkini

EV
Kalkulator Cukai Jalan EV Malaysia (2026) – Kira Cukai Jalan EV Mengikut Model/ kW

Kalkulator Cukai Jalan EV Malaysia (2026) – Kira Cukai Jalan EV Mengikut Model/ kW

Kami Mudahkan Kerja Anda, Ini Dia Kalkulator Cukai Jalan EV Malaysia 2026 – Semak Kadar Mengikut Model/kW.

17-07-2026
EV
Jualan Model Y Long Range AWD Dihentikan

Jualan Model Y Long Range AWD Dihentikan

Tesla Malaysia Hentikan Jualan Model Y Long Range AWD 5 Tempat Duduk.

10-07-2026
EV
Berita Baik, AutoCharge Mudahkan Cas EV

Berita Baik, AutoCharge Mudahkan Cas EV

Gentari memperkenalkan ciri AutoCharge.

03-07-2026
EV
Kenapa Anda Perlu Bertindak Pantas Jika Mahukan EV 'Bajet' di Malaysia

Kenapa Anda Perlu Bertindak Pantas Jika Mahukan EV 'Bajet' di Malaysia

Anda masih boleh membeli EV CBU jika masih ada stok.

02-07-2026
EV
Harga Porsche Taycan Naik Ketara Daripada RM575k Kepada RM775K?

Harga Porsche Taycan Naik Ketara Daripada RM575k Kepada RM775K?

Misteri RM200k: Kenapa Model Asas Porsche Taycan Tiba-Tiba Melonjak Harga Daripada RM575k-RM775k.

01-07-2026
EV
Daripada C2 ke Perodua Situ, Ini Dia Lakaran 'Perodua Situ' Muncul Sempurnakan Impian EV Generasi Alpha
EV
Harga EV CBU RM300,000 Mulai 1 Julai 2026

Harga EV CBU RM300,000 Mulai 1 Julai 2026

Hanya EV Berkuasa 180kW Ke Atas Layak Masuk Malaysia, Jenama China Paling Terkesan.

29-06-2026