Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Jualan Naik, UMWT Bakal Lancar Kereta Baharu

Suhana Veru

Kongsi melalui

Jualan kereta UMW Toyota Motor (UMWT) dilihat terus meningkat apabila pada bulan lepas sahaja, ia mencatatkan jualan sebanyak 8,939 unit.

Jumlah jualan yang melibatkan 8,870 model Toyota dan 69 unit Lexus dilihat lebih tinggi berbanding  bulan Mei lalu dimana ia Cuma mencatatkan jualan sebanyak  7,442 model Toyota dan  127 unit Lexus.


Untuk itu, jualan separuh tahun UMWT menyaksikan sebanyak 45,911. Ini bermakna jualan meningkat kepada 35 peratus   berbanding tempoh enam bulan yang sama pada 2021 (34,111 unit).


Begitupun, di sebalik pengumuman pengecualian cukai dan jualan kereta (SST), ia dikatakan akan memberi impak pada tempoh jangka pendek.

Bagaimanapun, masalah itu boleh diatasi memandangkan ada desas-desus yang mengatakan bahawa masalah bekalan semikonduktor akan pulih pada suku kedua tahun ini.

Maka, UMWT akan melancarkan lebih banyak model baharu yang canggih dimana ia akan memberi lebih banyak pilihan menarik kepada pembeli.

“Di UMW Toyota Motor, kami bukan saja menawarkan pemilik kemodenan teknologi di hujung jari mereka bagi pemanduan lebih lancar dan selamat, kami juga berusaha kearah ‘the Extra Mile’ bagi menyempurnakan lagi pengalaman pemilikan mereka. 

“Menerusi pakej-pakej pembiayaan dan insurans, perkhidmatan servis cemerlang dan bantuan tepi jalan 24/7 Toyota, kami yakin dapat menjaga keperluan pelanggan secara menyeluruh dari awal hingga akhir,” kata Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K.

Di sebalik pengumuman jualan UMWT semakin meningkat dari bulan ke bulan, ada berita baik bagi yang menunggu ketibaan Veloz 2022.


Dikhabarkan, UMWT akan melancarkan model terbaharu itu tidak lama lagi. Namun anda sudah boleh membuat tempahan jentera ini di seluruh pengedar rasmi UMWT.

Berikut adalah perincian Veloz:

Transmisi dan suspensi baharu

Pecutan lebih lancar

Kecekapan bahan api cukup baik 

Ada Toyota Safety Sense

Infotainmen 9 inci

Sambungan Apple CarPlay, Android Auto

Pengecas wayarles Qi

Harga bermula RM95K

Ruang but 498 liter

Brek kecemasan autonomi

Drivetrain

Enjin 1.5 liter

Brek parkir elektrik

Untuk keterangan lanjut, layari  https://toyota.com.my/.

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto
Banjir Kilat PJ, Kenderaan Terperangkap Dalam Banjir
Berita Auto
Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto
Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto
Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026
Berita Auto
Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026
Berita Auto
Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.

16-07-2026
Berita Auto
Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026
Berita Auto
Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026