Link Copiedcheck_circle
EV

Kodak Guna Mesin Penghasilan Filem 35MM Untuk Bateri EV? Ini Perancangan Syarikat

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Wildcat Discovery Technologies


Kodak mengumumkan bahawa ia akan menggunakan beberapa mesin berteknologi tinggi yang sebelum ini digunakan dalam pengeluaran filem fotografi untuk tujuan penghasilan bateri kenderaan elektrik (EV).




Tindakan ini diambil selepas jurutera Kodak mendapati bateri “sel super” yang dikeluarkan Wildcat memerlukan salutan dan servis kejuruteraan yang sama dengan penghasilan filem 35mm. Oleh itu, melalui sedikit penambahbaikan, mesin berharga kira-kira USD 70 juta ini akan diberikan nafas baharu bagi kegunaan penghasilan bateri. 


Filem 35mm yang digunakan oleh kamera analog


Pada 13 Julai lalu, Eastman Kodak mengumumkan bahawa syarikat telah melabur dalam Wildcat Discovery Technologies (Wildcat), sebuah syarikat teknologi yang menggunakan kaedah pemprosesan tinggi proprietari untuk membangunkan bahan bateri baharu dengan pantas.


Wildcat sedang membangunkan "sel super" EV canggih yang direka untuk memberikan peningkatan ketumpatan tenaga sehingga lebih daripada 90 peratus berbanding bateri terbaik yang wujud pada hari ini.


Destin Sandlin, pemilik YouTube “Smarter Everyday,” berkongsi video lawatannya ke kilang Kodak. Di dalam video tersebut dapat dilihat penerangan bagaimana kilang memerlukan polimer bagi menghasilkan filem.


 


Polimer ini digunakan bagi menggantikan cara lama untuk menghasilkan filem 35mm (kecuali bagi filem gambar bergerak) dan memerlukan salutan kimia khas yang menurut Kodak adalah sama dengan bahan yang diperlukan oleh bateri EV Supercell oleh Wildcat.  




Ketua Pegawai Operasi Kodak, Jim Continenza berkata kepada Rome Sentinel bahawa melihat daripada kepentiangan mesin pemprosesan ini, harganya boleh mencecah antara USD 70 ke 80 juta, dan pada ketika itu syarikat menjual  mesin tersebut pada harga kurang daripada USD 2 juta. 


“Tidak, kita mesti gunakan mesin ini semula. Ini adalah sebuah alat yang luar biasa,” jelasnya. 


Untuk memastikan syarikat terus berkembang maju, Jim dan pasukannya meneroka pelbagai cara untuk memanfaatkan dan mendapatkan keuntungan daripada kemampuan pengeluaran syarikat. Kodak pada masa ini turut terbabit dalam penghasilan komponen bagi industri farmaseutikal, kesihatan dan kimia untuk pelbagai operasi makmal. 



Kilang Eastman Business Park, Kodak di New York


Kini, aktiviti Kodak tidak terhenti di situ sahaja, kemampuan pemprosesan kilang Kodak dapat dimanfaatkan oleh pelbagai lagi industri lain yang memerlukan bateri, dan ini tidak terhad kepada EV tetapi juga pelbagai lagi bahan elektronik lain. 


Nampaknya, masa depan Kodak yang sebelum ini dilihat agak gelap memandangkan penggunaan kamera digital semakin menguasai dunia fotografi, kini semakin cerah. Syarikat yang sebelum ini terpaksa mengecilkan operasi dan membuang pekerja kini membuka hampir 100 peluang pekerjaan baharu. Satu pencapaian yang membanggakan.


Sumber: Roma Sentinel, Kodak, Business Insider

Tag:

Kodak
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Terkini

EV
1 Aplikasi, Tapi Banyak Pengecas: Akses Stesen Pengecas  Gentari Melalui Aps ChargeSini

1 Aplikasi, Tapi Banyak Pengecas: Akses Stesen Pengecas Gentari Melalui Aps ChargeSini

Nak Cas EV Lagi Mudah, ChargeSini, Gentari Kini Roaming Bersama.

02-09-2026
EV
Kenapa Jaecoo J5 EV Malaysia Lagi Mahal Dari Thailand, Indonesia

Kenapa Jaecoo J5 EV Malaysia Lagi Mahal Dari Thailand, Indonesia

JAECOO J5 EV CKD dilancarkan pada RM118,800.

02-09-2026
EV
Pengecas EV Murah: ChargeSini Kurangkan Harga Di Seluruh Malaysia

Pengecas EV Murah: ChargeSini Kurangkan Harga Di Seluruh Malaysia

Berita baik pemilik EV, ChargeSini turunkan harga Pengecas DC. Semak kadar tarif baharu sekarang.

01-09-2026
EV
Sukar Pasang Pengecas EV: Ini Sebab Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Buat Suka Hati

Sukar Pasang Pengecas EV: Ini Sebab Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Buat Suka Hati

Niat Ada, Halangan Banyak: Kenapa Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Bebas Bina Pengecas EV?

27-08-2026
EV
Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara

Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara

Hilang Risau Pemandu e.MAS: Proton e.MAS Tambah Stesen Pengecas Suku Ketiga Tahun Ini.

26-08-2026
EV
Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV

Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV

PLUS dan LPT 2 bakal menyediakan 350 titik pengecas EV.

25-08-2026
EV
EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup

EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup

Dilema Pemandu EV: Pengecas EV Di Lebuhraya Masih Tak Cukup.

24-08-2026
EV
Had Insurans Rumah RM50k Tak Cukup Jika EV Terbakar

Had Insurans Rumah RM50k Tak Cukup Jika EV Terbakar

Ingat Insurans Cover Full? Had Liabiliti Rumah Sebenarnya Cuma RM50k.

24-08-2026