Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Legasi Hampir 70 Tahun, Toyota Crown 2023 Diperkenalkan, Ini Segalanya Yang Anda Perlu Tahu

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Toyota Crown diperkenalkan buat pertama kalinya pada tahun 1955 sebagai kenderaan penumpang keluaran besar-besaran yang pertama dihasilkan syarikat menggunakan teknologi domestik Toyota sendiri.


Crown generasi pertama yang diperkenalkan pada tahun 1955


Ruang pemandu Crown Deluxe 1955


Selepas hampir 70 tahun dengan kelahiran 15 generasi, Toyota mula menyedari Crown tidak lagi mampu untuk memenuhi keperluan pelanggan yang kian pelbagai pada masa kini. 


Demi menyelamatkan legasi Crown, Toyota telah mewujudkan pasukan untuk melakukan penyelidikan dan pembangunan. Dalam usaha ini, pasukan ini telah meneliti erti sebenar “Crown” dan hasilnya, Toyota merangka rancangan untuk membangunkan “Crown era baharu” melalui penghasilan empat model berbeza. 


VARIASI BAHARU TOYOTA CROWN YANG DIPERKENALKAN




Dalam memasuki "era baharu," Toyota telah memperkenalkan empat variasi Toyota Crown. Model-model ini tampil dengan pelbagai ciri menarik untuk memenuhi gaya hidup pengguna yang pelbagai.


Model pertama yang diperkenalkan ialah Crossover, iaitu sebuah model yang menggabungkan gaya sedan dan SUV. Kedua ialah Sport, model ini menawarkan pengalaman pemanduan sporty dengan atmosfera pemanduan yang menarik serta pakej mudah pandu (easy-to-drive). Ketiga ialah Sedan, dalam reka bentuk formal baharu yang memenuhi keperluan pemandu dan akhir sekali, Estate, sebuah SUV yang praktikal dengan ruang pemanduan yang luas. 




MODEL PERTAMA YANG AKAN DILANCARKAN


Toyota bakal melancarkan Crown jenis Crossover sebagai model pertama yang akan memasuki pasaran. Bermula dengan negara Jepun sebelum pelbagai lagi variasi Crown lain mula diperkenalkan kepada 40 negara dan rantau lain. 


Luaran CROSSOVER G, Pakej "Advanced Leather" (Model Hibrid 2.4L)


Varian pertama yang ditawarkan bagi Crown 2023 ketika pelancaran nanti ialah Crossover X yang menggunakan enjin hibrid A25A-FXS aspirasi natural 2.5L pada harga  4,350,000 yen (RM139,450). Trenkuasa ini digabungkan dengan transmisi CVT.


 Kabin CROSSOVER RS, Pakej "Advanced" (Model Hibrid Turbo 2.4L)


Seterusnya ialah varian lebih tinggi, Crossover G dengan enjin dan transmisi sama yang ditawarkan dengan tiga pakej berbeza iaitu "Leather Package" pada harga 5,400,000 yen (RM173,350.17), "Advanced" pada 5,100,000 yen (RM163,719.60) dan "Advanced・Leather Package" pada harga 5,700,000 yen (RM182,980.73). Tanpa pakej tersebut, Crossover G hanyalah berharga 4,750,000 yen (RM152,483.95).


Kabin CROSSOVER RS, Pakej "Advanced" (Model Hibrid Turbo 2.4L)


Akhir sekali, varian tertinggi, Crossover RS yang menggunakan enjin hibrid turbo petrol empat sebaris 2.4L T24A-FTS serta driveline E-Four Advanced. Harga bermula daripada 6,050,000 yen (RM194,216.39) hingga 6,400,000 yen (RM205,452.05) untuk pakej “Advanced.” Varian ini digabungkan dengan transmisi automatik Direct Shift enam kelajuan.


JADUAL HARGA TOYOTA CROWN 2023


Sumber: Laman web rasmi Toyota Global




PENGELUARAN TOYOTA CROWN 2023


Kilang Toyota di Tsutsumi, Jepun


Kilang Toyota di Motomachi, Jepun


Model ini akan dihasilkan di kilang Motomachi dan Tsutsumi, Jepun.



Tag:

Toyota Crown
Toyota Crown 2023
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

Toyota Crown Estate Dilancar: Ada HEV, PHEV

Toyota melancarkan secara rasminya Toyota Crown Estate di pasaran Jepun, baru-baru ini.

17-03-2025
Global

Dengan Kit Badan, Toyota Crown Sport Tiada Beza Dengan Ferrari Purosangue?

Toyota Crown Sport hampir menyamai Ferrari Purosangue dengan kehadiran kit badan talaan Aero Over dari Jepun.

15-01-2025
Berita Auto

Bye, Bye Camry, Pengeluaran Toyota Camry Dihentikan Di Tanah Airnya Sendiri

Pengeluaran Toyota Camry di pasaran Jepun gara-gara tidak mendapat permintaan.

25-03-2023

Berita Terkini

Berita Auto

Krisis Tenaga Global, ERL Tawar Diskaun 90%

ERL Tawar Diskaun 90%! MyPutrajaya & MyKLIA Monthly Travel Card kini lebih murah.

14-04-2026
Berita Auto

Polis Hanya Ditempatkan Di Stesen Minyak Sempadan

Penempatan PDRM di stesen minyak hanya tertumpu di kawasan sempadan negara.

14-04-2026
Berita Auto

Krisis Tenaga Global, KTMB Tawar Diskaun 30%

Jimat 30%! KTMB Tawar Diskaun Besar Tiket ETS & ERT – Ini Cara Rebut Kod Promosi Anda Bermula Esok!

14-04-2026
Berita Auto

Michelin Perluas Primacy 5 Untuk SUV, Tambah 34 Saiz Baharu (16-22 Inci)

MICHELIN Primacy 5, kini diperluaskan khusus untuk menepati keperluan kenderaan SUV.

13-04-2026
Berita Auto

Proton Kereta Penumpang Pertama Di Malaysia Terima ISO 50001:2018

Proton melakar satu lagi sejarah apabila sebagai pengeluar kereta penumpang pertama di Malaysia yang menerima pensijilan berprestij ISO 50001.

13-04-2026
Berita Auto

Pemandu Perlu Tahu: Kenapa Beberapa Stesen Shell Kehabisan RON95?

Tular Notis 'RON95 habis di Shell: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Situasi Bahan Api Sekarang

10-04-2026
Berita Auto

Aplikasi CarLinko Untuk Pemilik Tiggo 7 PHEV, Tiggo 8 PHEV

Kawal Chery Tiggo 7 & 8 PHEV Di Hujung Jari – Aplikasi CarLinko Kini Rasmi Di Malaysia.

10-04-2026