Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Misi Emisi Sifar Beam: “Drive Something New Today” Alternatif Pengangkutan Baharu

Suhana Veru

Kongsi melalui

Beam Mobility melancarkan kempen Drive Something New Today untuk menggalakkan para pengguna menggunakan pengangkutan alternatif seperti e-skuter.

Penggunaaan e-skuter ini dapat melahirkan ekosistem pengangkutan bebas emisi sejajar dengan matlamat Emisi Sifar 2025.

Kempen ini bertujuan untuk  menaik taraf kaedah perjalanan pendek serta melancarkan pergerakan dalam kawasan bandar demi manfaat semua.

E-skuter ditawarkan mereka dapat menghubungkan orang kepada titik-titik transit, destinasi-destinasi popular, serta kawasan tumpuan dengan lancar dan mudah.

Ia dapat meningkatkan kadar penggunaan pengangkutan awam sambil mengurangkan kebergantungan orang ramai terhadap kenderaan persendirian. 

Bagi seseorang pengguna yang ingin bergerak dari lokasi ke lokasi di kawasan bandar menerusi e-skuter, Beam melengkapi ekosistem pengangkutan awam yang sedia ada menggunakan pendekatan yang lebih menyenangkan serta lebih lestari. 

Jika dibandingkan dengan kereta, setiap 10km dengan penggunaan e-skuter Beam, ia sebenarnta mampu mengurangkan emisi karbon dioksida sebanyak 2.65kg.


Berdasarkan satu tinjauan, 50% daripada 1,800 orang penunggang e-skuter menyatakan bahawa akses ke atas e-skuter bagi perjalanan singkat menjadikan mereka lebih cenderung untuk menggunakan pengangkutan awam sebagai pilihan bagi perjalanan panjang berbanding penggunaan kereta atau perkhidmatan tempahan kereta.

Untuk faktor keselamatan, e-skuter Beam dihadkan kelajuannya pada 25km/j. Ia juga didatangkan dengan teknologi geobatas untuk memastikan penunggang berada di dalam sempadan yang diluluskan oleh pihak berkuasa.

“Jika sesuatu tempat yang ingin dituju terlalu jauh untuk pejalan kaki namun terlalu singkat jika kereta digunakan, maka e-skuter kami boleh dimanfaatkan sebagai solusi kepada masalah ini,” kata Ketua Hal Ehwal Awam Beam Mobility Malaysia, Taty Azman,.

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Susulan Tragedi Pokok Tumbang: DBKL Pergiat Kerja Mitigasi di 6 Lokasi Utama

Isu Pokok Tumbang di KL: Ini 6 Lokasi Fokus Kerja Mitigasi DBKL Minggu Ini.

21-07-2026
Berita Auto

Raymond Tan Anak Tempatan Pertama Terajui BMW Group Malaysia

Raymond Tan Chor Ann dilantik sebagai Pengarah Urusan Baharu BMW Group Malaysia.

21-07-2026
Berita Auto

Suspek Ceroboh Landasan LRT3 Ditahan, Perkhidmatan Tergendala 30 Minit

LRT3 Tergendala 30 Minit Anggara Lelaki Cerohoh Landasan di Stesen Jalan Meru

21-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026
Berita Auto

iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

EV Top 3 Malaysia Kini CKD! iCAUR V23 iWD Mula Masuk Showroom Akhir Bulan Ini, Harga Kekal RM132,780.

20-07-2026