Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Nissan X-Trail 2023: Kini Dengan Kuasa Elektrik, Kabin Lebih Senyap

Sofea Najmi

Kongsi melalui



Hari ini Nissan telah mempertontonkan X-Trail terbaharu yang akan mula dipasarkan di Jepun pada 25 Julai ini. SUV ikonik Nissan ini terus melalui evolusi dari masa ke masa dan dalam kebangkitan yang terkini, model ini dilengkapi teknologi canggih, berprestasi hebat dan dihadirkan dengan pelbagai kemudahan yang ditawarkan oleh sebuah SUV sebenar. 




Ketua Pegawai Operasi Nissan, Ashwani Gupta berkata, “Seperti yang diumumkan ketika Nissan Ambition 2030, Nissan menyasarkan untuk bergerak ke arah dunia yang lebih bersih, selamat dan inklusif melalui produk dan servis kami.


“Dengan mengambil kira perkara ini, kami sedang memperkukuh model-model utama, dengan X-Trail untuk pasaran Jepun menjadi model e-POWER khusus dengan e-4ORCE sebagai pilihan. X-Trail baharu akan memainkan peranan penting dalam menerajui elektrifikasi kami” katanya.


Platform Yang Telah Direka Bentuk Semula


X-Trail serba baharu ini dihasilkan menggunakan platform yang telah direka bentuk semula sepenuhnya bagi mengurangkan berat dan dalam masa yang sama menambahkan kekukuhan kereta. Kesenyapan kabin yang tinggi daripada bunyi jalan dan trenkuasa kereta juga berjaya dicapai. 


Sistem e-POWER Generasi Kedua & VC Turbo: Lebih Berkuasa, Lancar & Senyap




X-Trail dilengkapi dengan sistem e-POWER generasi kedua yang mana fungsinya dapat meningkatkan kuasa, kelancaran dan kesenyapan kereta. Enjin petrol sistem yang digunakan ialah enjin dengan nisbah mampatan boleh ubah  yang boleh digunakan bagi menjana kuasa elektrik kereta. Ditala khas untuk sistem e-POWER, enjin VC-Turbo yang digunakan membantu meningkatkan output kereta walaupun pada rev yang rendah. Kombinasi kedua-dua teknologi ini bukan sahaja memberikan pengalaman pemanduan yang berkuasa dalam suasana yang senyap, tetapi juga mengekalkan tahap penggunaan minyak yang lebih efisien berbanding kenderaan dengan enjin pembakaran dalaman biasa.


Video pelancaran Nissan X-Trail serba baharu:




e-Pedal Step: Pemanduan Yang Lebih Relaks




Dengan teknologi e-Pedal Step, pemandu tidak perlu menekan brek untuk memperlahankan kenderaan. Fungsi ini dapat melancarkan perjalanan semasa di laluan bandar, jalan yang licin atau ketika turun bukit. 


e-4ORCE: Prestasi Lebih Mantap, Keyakinan Lebih Tinggi 




X-Trail 4WD dilengkapkan dengan teknologi e-4ORCE yang meningkatkan prestasi dan memberikan keyakinan kepada pemandu untuk menggunakan pelbagai jenis permukaan jalan, dalam masa yang sama, mengekalkan keselesaan semua penumpang. 


Reka Bentuk Luaran Nissan X-Trail 2023




X-Trail generasi keempat ini menggunakan rekaan lampu depan jenis split, dengan gril V-motion yang diselitkan dengan warna krom, plat skid aluminium dan tiang A hitam. Di Jepun SUV itu boleh didapati dalam 12 warna badan termasuk Cardinal Red, dan lima konfigurasi duo tona. Untuk reka bentuk luaran yang kelihatan lebih lasak, pembeli memilih varian X. 


Kabin Nissan X-Trail 2023




Bergerak ke bahagian dalam, SUV ini dilengkapi kluster instrumen bersaiz 12.3 inci dengan mod dua paparan, sistem infotainmen skrin sentuh bersaiz 12.3 inci dan paparan-di-kepala (HUD) 10.8 inci. SUV ditawarkan dalam versi lima tempat duduk dan juga tujuh tempat duduk. 




Kereta menggunakan sistem audio Bose Premium yang ditala khas untuk X-Trail, serta lengkap dengan outlet kuasa AC 100V dengan output maksimum 1,500 Watt. 




Model ini ditawarkan dengan pelbagai pilihan upholsteri seperti fabrik hitam, balutan kulit Nappa premium, Tailor Fit, dan material Cell-Cloth yang kalis air. Kemudahan lain yang disediakan ialah Nissan Safety Assist 360 dengan kamera, radar, pemantau sonar keliling, serta pelbagai lagi ciri keselamatan ADAS. 


Harga Nissan X-Trail 2023


X-Trail serba baharu ini ditawarkan dalam 12 pilihan warna termasuk lima pilihan dua tona dan juga warna Cardinal Red yang diinspirasikan daripada warna merah mawar yang pekat. Harga bagi setiap varian yang ditawarkan disenaraikan dalam jadual di bawah:


Trenkuasa

Sistem enjin e-POWER

Barisan Tempat Duduk

Varian

Harga* (yen)

Harga** (RM)

2WD

KR15DDT-BM46

2

S

3,198,800

103,198.54

X

3,499,100

112,862.56

G

4,298,800

138,656.68

4WD (e-4ORCE)

KR15DDT-

BM46-MM48

2

S e-4ORCE

3,479,300

112,223.92

X e-4ORCE

3,799,400

122,548.66

G e-4ORCE

4,499,000

145,114.08

3

X e-4ORCE

3,930,300

126,741.06


*Harga jualan yang disarankan bagi pasaran Jepun (termasuk cukai penggunaan)


**Anggaran harga di Malaysia


Tag:

Nissan X-Trail 2023
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Terkini

Kereta Baru

Honda CR-V Dual-Tone Edition Kini Di Pasaran – Terhad 300 Unit, Dari RM169,900

Sempena ulang tahun penubuhannya yang ke-25, Honda Malaysia (HM) mengumumkan syarikatnya itu kini menawarkan versi khas, CR-V Dual-Tone Edition, eksklusif untuk CR-V generasi keenam varian E dan V.

13-11-2025
Kereta Baru

Jenama Forthing Sedia Tembusi Pasaran Malaysia – SKD, Rasmi Disember 2025

Ekspo Teknologi & Automotif Global (GATE) 2025 yang berlangsung di Pusat Konvensyen KL (KLCC) dari 12 hingga 14 November telah membawa satu kejutan besar yang mana sebuah jenama automotif baharu dari China, Forthing, membuat kemunculan pertama di negara ini.

13-11-2025
Kereta Baru

Ini Dia BYD Shark 6 Versi PHEV-Bakal Dilancar Tahun Depan

Pengedar rasmi kenderaan BYD di Malaysia, Sime Motors buat julung kalinya mendedahkan model trak pikap plug-in hybrid pertama mereka, BYD Shark PHEV , di Plaza Arkadia, Desa Parkcity, Kuala Lumpur sebentar tadi.

13-11-2025
Kereta Baru

Tempahan Proton Saga Serba Baharu (MC3) Sudah Dibuka-Harga Sekitar RM40,000-RM50,000

PROTON mengumumkan bahawa tempahan untuk Saga serba baharu (MC3) sudah dibuka di semua wakil pengedar sah PROTON di seluruh negara.

11-11-2025
Kereta Baru

Jetour T2 Versi Pasaran Malaysia Dipertontonkan – Anggaran Dari RM178,888

Jetour Malaysia telah mendedahkan kepada umum model SUV ranggi terbaru, Jetour T2, dalam versi pemanduan sebelah kanan (RHD) di Pusat Konvensyen Setia City (SCCC).

09-11-2025
Kereta Baru

Mercedes-Benz GLC 200 4Matic Bakal Tiba Di Malaysia

Seperti yang dijangkakan, Malaysia bakal menjadi antara pasaran penting yang bakal menerima kemasukan varian baharu peringkat asas bagi model SUV crossover premium, Mercedes-Benz GLC 200 4Matic.

07-11-2025
Kereta Baru

Imej Acah Didedahkan, EV Leapmotor B10 Bakal Muncul Dalam Masa Terdekat, Mungkin CKD

Setelah dikesan meluncur di jalan raya negara kita dalam keadaan berpelekat samaran, pengeluar kenderaan elektrik (EV) dari China di bawah Stellantis, Leapmotor Malaysia, akhirnya mendedahkan teaser rasmi model terbarunya, Leapmotor B10.

06-11-2025
Kereta Baru

GWM Malaysia Lancar 2 Model Baharu, Ora Good Cat Ultra, Versi GT 2025, Harga Mampu Milik

GWM Malaysia melancarkan secara rasminya, Ora Good Cat GT dan Ora Good Cat Ultra ke pasaran tempatan, sebentar tadi.

06-11-2025