- Berita
- EV
- BEV 94,165 Unit: Ini Bukti Rakyat Malaysia Makin Serius Beralih Ke EV

Penggunaan kenderaan elektrik (EV) di negara kita menunjukkan lonjakan luar biasa apabila sebanyak 94,165 unit kenderaan elektrik bateri (BEV) telah didaftarkan sejak tahun 2018 sehingga kini.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof menegaskan bahawa EV bukan lagi sekadar gaya hidup atau trend global, tetapi telah bertukar menjadi keperluan strategik yang melibatkan pelaburan besar dan keselamatan tenaga.

"Malaysia telah menunjukkan perkembangan memberangsangkan dalam penggunaan EV, khususnya bagi kategori BEV," katamya menerusi hantaran Facebook.
Terdahulu, beliau mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu EV Kebangsaan (NEVSC) Bilangan 1/2026 di Menara MITI.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

