Link Copiedcheck_circle
Global

Pelantikan Emma Begley Sebagai Pengarah Komunikasi Global Baharu Rolls-Royce Motor Cars

Sofea Najmi

Kongsi melalui


Pengarah Komunikasi Global Rolls-Royce Motor Cars, Emma Begley


Rolls-Royce Motor Cars telah melantik Emma Begley sebagai Pengarah Komunikasi Global syarikat bagi menggantikan Richard Carter yang telah memegang jawatan sebagai Pengarah Lembaga paling lama berkhidmat di syarikat itu. Lantikan Emma berkuat kuasa hari ini, 1 Julai 2022.


Sebelum ini, Emma telah berkhidmat dengan BMW UK sebagai Pengurus Besar, Komunikasi Produk dan Dalaman sejak tahun 2019. Beliau memainkan peranan penting dalam komunikasi luaran BMW Group dan produk syarikat, serta dalam menyelaras dan menyampaikan komunikasi dalaman National Sales Company. Beliau mula menyertai BMW Group pada tahun 2014 sebagai jurucakap kepada ahli lembaga pengurusan BMW AG untuk Pelanggan, Jenama dan Jualan.


Ketua Pegawai Operasi Rolls-Royce Motor Cars, Torsten Müller-Ötvös


Ketua Pegawai Operasi Rolls-Royce Motor Cars, Torsten Müller-Ötvös berkata, “Saya mengalu-alukan Emma Begley ke Lembaga Pengarah Rolls-Royce Motor Cars. Beliau sesuai dengan peranan baharunya di Rolls-Royce. Pengalaman dan juga rekod prestasinya yang cemerlang cukup bernilai."


The Home of Rolls-Royce, Goodwood, England


Emma memulakan kerjaya di BBC sebelum berpindah ke Jerman pada tahun 2022 dan bekerja secara bebas sebagai wartawan dan penterjemah. Beliau memegang Ijazah Kepujian dalam Bahasa Inggeris dan Perancis dan Diploma Pascasiswazah dalam Kewartawanan Penyiaran. Beliau akan berkhidmat di The Home of Rolls-Royce, Goodwood, England.


Baca: Satu Daripada 35 Unit Wraith Black Badge Global Kini Di Malaysia! Ini Perincian Rekaan Kereta Mewah Dengan Headliner ‘Kerdipan Bintang’

Tag:

Rolls-Royce Motor Cars
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

Rolls-Royce Buat Pengumuman Bersejarah!

Rolls-Royce Motor Cars baru sahaja mengumumkan bahawa pihaknya akan menjalankan ujian kenderaan elektrik penuh pertama miliknya tidak lama lagi.

30-09-2021

Berita Terkini

Global

Ini Dia Trak PHEV Pertama Chery, Rely P3X

Chery Automobile akan melancarkan trak pikap PHEV diesel pertamanya, Chery Rely P3X di Australia pada suku keempat tahun ini.

26-02-2026
Global

Kabin Leapmotor A10 Didedahkan – Model Global Ini Jelas Canggih & Sarat Ciri Praktikal

Leapmotor A10 kini sudah boleh ditempah di China sebelum pelancaran rasminya bulan depan. Apa yang menarik sangat dengan SUV ini?

26-02-2026
Global

Nio ES9 Bakal Dilancar, Harga Belum Didedahkan!

SUV Nio ES9 Flagship bakal dilancarkan secara rasminya pada Mei nanti.

26-02-2026
Global

Lotus Emira Turbo Bathurst Edition Paling Berkuasa, Hanya Untuk Pasaran Australia, Ada 15 Unit

Pengedar Lotus di Australia, Simply Sports Cars telah membangunkan Lotus Emira edisi terhad, Emira Turbo Bathurst Edition yang dikatakan antara Lotus Emira paling berkuasa.

25-02-2026
Global

Nissan Kicks 2026 Versi Facelift ‘Make-Up Tebal’ Bakal Tiba Di Thailand

Nissan Kicks e-Power facelift (P15) dilaporkan bakal dilancarkan secara rasmi di Thailand pada Mac ini.

25-02-2026
Global

MG Cipta Rekod, Jual Lebih 1 Juta Kereta Di Pasaran Eropah, UK

enama MG milik SAIC telah menjadi jenama kereta pertama China yang mencapai jualan terkumpul melebihi satu juta kenderaan di Eropah dan UK.

24-02-2026
Global

Tata Punch EV Facelift 2026 Dilancar, Harga Marhaen, Tapi Bateri Dijual Asing

Tata Motors melancarkan secara rasminya, Punch EV Facelift 2026, ke pasaran tempatan, baru-baru ini.

24-02-2026
Global

Peminat G-Class Kena Bersabar! Pelancaran Versi 'Baby' Ditunda Ke 2027 – Sedang Diuji

Imej intipan terbaru mendedahkan bahawa Mercedes-Benz kini sedang giat menguji model yang digelar sebagai ‘baby G-Class’.

23-02-2026