Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Perincian Dan Harga Terkini Audi Q5 Sportback S Line 2.0 TFSO Quattro Di Malaysia

Sofea Najmi

Kongsi melalui



Perincian untuk barisan kereta keluaran Audi bagi negara Malaysia telah didedahkan Malaysia PHS Automotive, pengedar Audi baharu. Dalam artikel kali ini, spesifikasi mengenai Audi Q5 Sportback S Line 2.0 TFSO quattro dikongsikan secara terperinci. 


PRESTASI AUDI Q5 SPORTBACK S LINE 2.0 TFSO QUATTRO




Audi Q5 Sportback S Line 2.0 TFSO quattro dikuasakan oleh enjin petrol 4 silinder sebaris berpengecas turbo 2.0L dengan output 246 hp daripada 5,000-6,000 rpm dan tork 370 Nm daripada 1,600-4,500 rpm. Kuasa disalurkan kepada keempat-empat roda dengan transmisi automatik dwi-klac S-tronic 7 kelajuan. 


BAHAGIAN LUAR AUDI Q5 SPORTBACK S LINE 2.0 TFSO QUATTRO




Audi Q5 Sportback S Line 2.0 TFSO quattro hadir dengan ciri-ciri yang disenaraikan dalam pakej Premium kereta. Varian Q5 Sportback menerima sentuhan S Line seperti lampu depan LED dengan fungsi pencuci, roda aloi 5 jejari berlian bersaiz 20 inci dengan tayar 255/45 serta pakej kemasan berwarna hitam. 


BAHAGIAN DALAM AUDI Q5 SPORTBACK S LINE 2.0 TFSO QUATTRO




Bergerak ke bahagian dalam, sama seperti bahagian luar kereta, Audi Q5 Sportback S Line 2.0 TFSO quattro turut diberikan sentuhan mewah dan sporty S Line. Untuk keselesaan pemandu, tempat duduk boleh dilaraskan kepada 12 arah, lengkap dengan sokongan lumbar. Ia juga hadir dengan dengan sistem kawalan iklim 3 zon. Ciri lain ialah kemasukan tanpa kunci dan pakej pencahayaan ambien, pelbagai warna untuk ‘menaikkan’ mood semasa memandu. 


Sistem infotainmen kereta boleh disambungkan dengan Apple CarPlay dan Android Auto melalui antara muka telefon pintar Audi. Untuk audio, kereta dilengkapkan dengan sistem audio premium Bang & Olufsen dengan 19 speaker, 755 wat dan amplifier 16 saluran. 


CIRI KESELAMATAN AUDI Q5 SPORTBACK S LINE 2.0 TFSO QUATTRO


Dari segi keselamatan, Audi Q5 Sportback S Line 2.0 TFSO quattro dilengkapi dengan pelbagai teknologi seperti kawalan jelajah adaptif Audi, pra deria Audi (belakang dan asas), amaran keluar lorong, bantuan tukar lorong, kamera 360 darjah, bantuan parkir dengan parking aid plus.


HARGA AUDI Q5 SPORTBACK S LINE 2.0 TFSO QUATTRO


Dari segi harga, sebagai sebuah model diberikan wajah baharu, Q5 Sportback ditawarkan pada harga RM487,223, di atas jalan tanpa insurans dengan cukai jualan 10 peratus bermula bulan ini. Pembelian termasuk jaminan selama lima tahun, tanpa had perbatuan dengan bantuan tepi jalan serta pakej penyelenggaraan percuma selama tiga tahun.


BERIKUT MERUPAKAN RISALAH RASMI AUDI Q5 SPORTBACK S LINE 2.0 TFSO QUATTRO



Baca: Audi Saman Nio, Pengeluar EV China, Ini Puncanya…

Tag:

Audi
Audi Q5
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

20-02-2026
Global

13-11-2025
Global

04-09-2025
Global

26-08-2025
Global

17-06-2025
Global

11-06-2025
Gaya Hidup

27-05-2025
EV

14-05-2025

Berita Terkini

Berita Auto
Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026
Berita Auto

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026
Berita Auto

Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.

16-07-2026
Berita Auto

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026
Berita Auto

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026