Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Perodua Alza 2022 Telah Dilancarkan, Harga Dari RM62K, Ini Spesifikasinya

Sofea Najmi

Kongsi melalui


Perusahaan Otomobil Kedua Sendirian Berhad (Perodua) telah melancarkan Perodua Alza 2022 serba baharu sebentar tadi dalam sebuah majlis yang diadakan di KLCC. Sebanyak tiga varian ditawarkan iaitu X, H dan AV. Model ini ditawarkan pada harga yang bermula daripada RM 62,500.00, harga bagi Semenanjung Malaysia dengan SST, di atas jalan, tanpa insurans.

Untuk pengetahuan pembaca, tempahan telah pun dibuka sejak bulan lepas (23 Jun) dan hingga kini, lebih daripada 30,000 tempahan diterima, tertinggi dalam sejarah Perodua.


Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato' Zainal Abidin Ahmad berkata, "Pencapaian ini adalah disebabkan beberapa faktor, antaranya adalah kerana pelanggan ingin mendapatkan manfaat daripada inisiatif pengecualian cukai jualan yang berakhir pada 30 Jun 2022, 15 peratus daripada lebih 200,000 tempahan yang diterima merupakan model serba baharu ini."

Baca: Ini 12 Sebab Kenapa Perodua Alza 2022 AV Adalah Varian Terbaik

PRESTASI PERODUA ALZA 2022

Kesemua varian Perodua Alza 2022 serba baharu dikuasakan oleh enjin empat sebaris aspirasi natural Dual VVT-i 1.5L dengan output 105hp/138Nm. Kuasa disalurkan kepada roda depan kereta dengan transmisi pemboleh ubah berterusan dwi-mod (D-CVT). Kadar penggunaan bahan apinya ialah 22.0KM/L dengan sistem Eco idle.

Varian lebih tinggi iaitu H dan AV dilengkapkan dengan pilihan mod pemanduan Eco, Normal dan Power. Varian AV juga lengkap dengan sistem Auto Brake Hold untuk pemanduan yang lebih relaks ketika tersekat di dalam kesesakan. 

BAHAGIAN LUAR PERODUA ALZA 2022


Dari segi dimensi, MPV segmen-B tujuh tempat duduk ini tampil lebih luas berbanding keluaran sebelum ini dengan kepanjangan 4,425 mm (lebih 205 mm daripada Alza lama), kelebaran 1,730 mm (lebih 35 mm), ketinggian 1,670 mm bagi varian AV, H / 1,660 bagi varian X (lebih 40-50 mm). Dari segi kelengkapan, Alza 2022 dilengkapi dengan roda aloi bersaiz 15 inci serta tayar bersaiz 185/65 R15. Varian lebih tinggi pula menggunakan roda aloi bersaiz 16 inci dengan tayar 195/60 R16. 

Baca: Alza 2022 Lebih Luas, Lebih Canggih, Harga Pun Boleh Tahan!

Secara standard, kereta dilengkapkan dengan spoiler bumbung dan menggunakan lampu depan LED dengan fungsi Follow-me-home dan Leaving Home.Varian H dan AV ditambah dengan lampu kabus depan LED dan juga fungsi lampu depan yang boleh dibuka dan ditutup automatik serta isyarat pusingan berjujukan yang membuatkan kereta kelihatan lebih eksklusif. 

Terdapat lima pilihan warna ditawarkan iaitu Glittering Silver, Ivory White (Solid), yang termasuk tiga warna baharu, Vintage Brown*, Elegant Black dan Garnet Red*. 

*Hanya untuk varian H dan AV sahaja.

BAHAGIAN DALAM PERODUA ALZA 2022


Bergerak ke bahagian dalam kereta, varian X dan H menggunakan tempat duduk dalam balutan fabrik, manakala AV pula balutan separa kulit (dua warna)

Buat pertama kalinya, barisan kedua kereta terdapat tempat rehat lengan untuk keselesaan terutamanya bagi perjalanan jauh. Selain itu, Alza kali ini dilengkapi dengan penyejuk udara belakang dan juga ciri penghidup enjin dan kemasukan tanpa kunci. 


Dari segi teknologi, varian X menggunakan kluster instrumen paparan pelbagai info bersaiz 4.2 inci. Varian lebih tinggi, H dan AV dilengkapi kluster instrumen lebih besar bersaiz 7 inci dengan sistem infotainmen bersaiz 9 inci. 


Mengenai ruang simpanannya, ruang kargo Alza kali ini lebih luas (apabila tempat duduk barisan ketiga dilipat) dengan kapasiti 498L berbanding 348L, lebih 150L. Tanpa dilipat, kapasiti simpanan ialah 137L berbanding 83L sebelum ini. 

CIRI KESELAMATAN PERODUA ALZA 2022

Perodua Alza 2022 didatangkan secara standard dengan ciri-ciri yang terdapat pada Varian X:

-Pengelak keluar lorong (LDP)

-Amaran keluar lorong (LDW)

-Lampu suluh tinggi automatik (AHB)

-ASA 3.0

-6 beg udara

-ABS dengan EBD dan BA

-HHA, VSC

-Cangkuk tempat duduk kanak-kanak ISOFIX


Varian H ditambah dengan ciri berikut:

-Lampu suluh pemanduan adaptif (ADB)

-Sensor parkir depan dan belakang



Pemantau pandangan panoramik 360 Darjah dalam varian AV


Varian AV ditambah dengan ciri berikut:

-Pemantau pandangan panoramik 360 Darjah

-Kawalan jelajah adaptif (ACC) dengan fungsi henti, pegun/mula 

-Kawalan kekal lorong (LKC)

-Pemantau titik buta (BSM)

-Amaran lintasan trafik belakang (RCTA) + DVR depan


DVR depan varian AV

Baca: Senarai Aksesori GearUp Perodua Alza 2022: Lagi Sporty, Lagi Lengkap, Lagi Syok! (Bonus: Cadangan Aksesori Penting)

HARGA PERODUA ALZA 2022


Seperti yang dikatakan pada awal artikel, tiga varian ditawarkan iaitu  X pada harga RM62,500, H pada harga RM68,000 dan AV pada harga RM75,500. Harga yang dinyatakan adalah untuk Semenanjung Malaysia dengan SST, di atas jalan, tanpa insurans.

Baca: Perodua Alza 2022 vs Perodua Aruz: Kos Penyelenggaraan Mana Lebih Murah?

Baca: Perhatian! Alza Baharu Sudah Boleh Ditempah Sekarang!

Baca: Alza 2022 Lebih Luas, Lebih Canggih, Harga Pun Boleh Tahan!



Tag:

2022 PERODUA ALZA
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Video
Perodua Alza AV 2022, Review Pandu Uji | MPV serba moden yang mesra pengguna dengan hanya RM75,500.

Perodua Alza AV 2022, Review Pandu Uji | MPV serba moden yang mesra pengguna dengan hanya RM75,500.

Perodua Alza 2022 telah dilancarkan di Malaysia! Sebanyak tiga varian ditawarkan iaitu X, H dan AV. So... MPV segmen-B tujuh tempat duduk ni Alza 2022 Lebih Luas, Lebih Canggih, Harga Pun Boleh Tahan!

02-02-2023
Berita Auto
[DIKEMASKINI] Ini 20 Perbezaan Toyota Veloz vs Perodua Alza AV: Beza Harga 20K, Mana Lagi Berbaloi?

[DIKEMASKINI] Ini 20 Perbezaan Toyota Veloz vs Perodua Alza AV: Beza Harga 20K, Mana Lagi Berbaloi?

Versi telah dikemaskini: 18 perbandingan antara Toyota Veloz dan Perodua Alza.

19-10-2022
Kereta Baru
Toyota Veloz Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia, Harga RM95K

Toyota Veloz Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia, Harga RM95K

UMW Toyota Motor telah mempertontonkan crossover Toyota Veloz serba baharu untuk tatapan media tempatan sebentar tadi.

18-10-2022
Berita Auto
Toyota Dan Perodua Miliki Tunggakan Tempahan Tinggi

Toyota Dan Perodua Miliki Tunggakan Tempahan Tinggi

UMWT dan PERODUA miliki jumlah tempahan tertunggak yang tinggi.

16-08-2022
Berita Auto
Pemilik Pertama Perodua Alza 2022 Tular Di Sosial Media

Pemilik Pertama Perodua Alza 2022 Tular Di Sosial Media

Pemilik pertama Perodua Alza 2022 curi perhatian netizen.

25-07-2022
Kereta Baru
Perhatian! Alza Baharu Sudah Boleh Ditempah Sekarang!

Perhatian! Alza Baharu Sudah Boleh Ditempah Sekarang!

Perodua secara rasmi membuka tempahan untuk Perodua Alza baharu.

23-06-2022
Berita Auto
Perodua Dedah Teaser Alza D27A, Bakal Muncul Tidak Lama Lagi!

Perodua Dedah Teaser Alza D27A, Bakal Muncul Tidak Lama Lagi!

Gambar teaser sebahagian kereta yang sengaja digelapkan, terpampang di Facebook rasmi, Perodua.

16-06-2022

Berita Terkini

Kereta Baru
Tempahan Proton Saga Serba Baharu (MC3) Sudah Dibuka-Harga Sekitar RM40,000-RM50,000

Tempahan Proton Saga Serba Baharu (MC3) Sudah Dibuka-Harga Sekitar RM40,000-RM50,000

PROTON mengumumkan bahawa tempahan untuk Saga serba baharu (MC3) sudah dibuka di semua wakil pengedar sah PROTON di seluruh negara.

11-11-2025
Kereta Baru
Jetour T2 Versi Pasaran Malaysia Dipertontonkan – Anggaran Dari RM178,888

Jetour T2 Versi Pasaran Malaysia Dipertontonkan – Anggaran Dari RM178,888

Jetour Malaysia telah mendedahkan kepada umum model SUV ranggi terbaru, Jetour T2, dalam versi pemanduan sebelah kanan (RHD) di Pusat Konvensyen Setia City (SCCC).

09-11-2025
Kereta Baru
Mercedes-Benz GLC 200 4Matic Bakal Tiba Di Malaysia

Mercedes-Benz GLC 200 4Matic Bakal Tiba Di Malaysia

Seperti yang dijangkakan, Malaysia bakal menjadi antara pasaran penting yang bakal menerima kemasukan varian baharu peringkat asas bagi model SUV crossover premium, Mercedes-Benz GLC 200 4Matic.

07-11-2025
Kereta Baru
Imej Acah Didedahkan, EV Leapmotor B10 Bakal Muncul Dalam Masa Terdekat, Mungkin CKD

Imej Acah Didedahkan, EV Leapmotor B10 Bakal Muncul Dalam Masa Terdekat, Mungkin CKD

Setelah dikesan meluncur di jalan raya negara kita dalam keadaan berpelekat samaran, pengeluar kenderaan elektrik (EV) dari China di bawah Stellantis, Leapmotor Malaysia, akhirnya mendedahkan teaser rasmi model terbarunya, Leapmotor B10.

06-11-2025
Kereta Baru
GWM Malaysia Lancar 2 Model Baharu, Ora Good Cat Ultra, Versi GT 2025, Harga Mampu Milik

GWM Malaysia Lancar 2 Model Baharu, Ora Good Cat Ultra, Versi GT 2025, Harga Mampu Milik

GWM Malaysia melancarkan secara rasminya, Ora Good Cat GT dan Ora Good Cat Ultra ke pasaran tempatan, sebentar tadi.

06-11-2025
Kereta Baru
Dilancar: Volkswagen Golf GTI Mk 8.5, Versi CKD - Harga Bermula Daripada RM255,990

Dilancar: Volkswagen Golf GTI Mk 8.5, Versi CKD - Harga Bermula Daripada RM255,990

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) melancarkan secara rasminya Golf GTI Mk 8.5 pada harga RM255,990, sebentar tadi.

05-11-2025
Kereta Baru
Pratonton: Volkswagen Golf R-Line Ditunjuk

Pratonton: Volkswagen Golf R-Line Ditunjuk

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) mendedahkan Golf R-Line, sebentar tadi.

05-11-2025
Kereta Baru
Alfa Romeo Malaysia Kembali Gegarkan Pasaran, ROI Giulia & Stelvio Dibuka

Alfa Romeo Malaysia Kembali Gegarkan Pasaran, ROI Giulia & Stelvio Dibuka

Selepas sekian lama menyepi, jenama legenda dari Milan, Alfa Romeo, akhirnya kembali ke pasaran Malaysia setelah sebuah laman web yang tertulis 'Alfa Romeo Malaysia' dan media sosial rasminya muncul di dunia maya.

05-11-2025