Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Sarawak Bakal Buka Kilang Pemasangan Kereta Hidrogen, Kenapa Bukan Kilang Kereta Bateri?

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Dr Hazland sewaktu melawat pameran yang diadakan sempena ICCE di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (Sumber foto: Utusan Borneo)

Sebuah kilang pemasangan kereta hidrogen akan dibina di negeri Sarawak yang membabitkan kerjasama daripada syarikat luar negara.

Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Dr Hazland Abang Hipni berkata, perancangan untuk mewujudkan kilang di sini adalah selaras dengan dasar ekonomi hijau Sarawak.

"Kita akan ada kilang pemasangan kereta hidrogen di sini, dalam masa terdekat, supaya harga kenderaan berkenaan lebih mampu milik berbanding dibeli dari luar.

"Memorandum persefahaman (MoU) telah diadakan dan tanah (tapak) juga sudah dikenal pasti di sekitar sini," ujarnya pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Antarabangsa Mengenai Tenaga Bersih Ke-18 (ICCE) di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di Kuching, Sarawak semalam. 

Negara yang terlibat dalam projek tersebut masih belum dikongsikan dengan butiran lebih lanjut bakal diumumkan Premier Sarawak yang juga Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Menurut Dr Hazland, negeri Sarawak perlu mengambil inisiatif untuk menyediakan dasar ekonomi hijau sendiri dan beralih kepada penggunaan kenderaan elektrik (EV) yang berasaskan sel bahan api hidrogen atau FCEV.



Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Dr Hazland Abang Hipni (Sumber foto: Suara Sarawak)


"Walaupun kereta atau motosikal tidak begitu banyak di Sarawak seperti di tempat lain, tetapi kita perlu bertindak dan Sarawak akan memulakan peralihan ke arah EV.


Tambahnya, penyumbang utama kepada pencemaran udara dunia ialah industri penerbangan dan industri minyak dan gas, selain industri berat.


"Terdapat dua jenis EV iaitu Battery Electric Vehicles (BEV), menggunakan bateri yang kita rasakan juga mungkin tidak begitu hijau kerana pengeluaran baterinya yang masih menjadi persoalan.


"Oleh itu untuk Sarawak, kita menumpukan FCEV di mana bahan apinya adalah menggunakan hidrogen. Sebab itu, kita mempunyai bas hidrogen yang sudah tiga tahun," katanya.


Perbezaan antara EV yang dikuasakan oleh bateri dan hidrogen (Sumber foto: Elements)


Dr Hazland berkata, baru-baru ini beliau telah menyertai mesyuarat bersama Perdana Menteri dan wakil dari negeri lain mengenai penggunaan EV di Malaysia. 


Ujarnya, negara ini perlu mewujudkan alternatif demi membantu menangani isu perubahan iklim melalui penggunaan teknologi hijau seperti EV.


"Kami telah tampil dengan kesimpulan di mana kerajaan perlu melakukan sesuatu untuk menggalakkan penggunaan EV, pertamanya adalah duti import untuk EV dan kedua mungkin kereta tempatan kita perlu berubah ke arah pengeluaran EV," jelasnya.


Negara Norway misalnya, hampir berjaya beralih ke arah penggunaan EV sepenuhnya dalam tempoh hanya empat tahun. Kini, 75 peratus daripada kereta yang digunakan negara tersebut ialah EV selepas kerajaannya memansuhkan cukai import EV dan perkenalkan diskaun cukai pendapatan kepada pengguna EV.


Baca: TNB Dan Perodua Disarankan Kerjasama Hasil Kereta Elektrik Mampu Milik – PM


Baca: SEV Sion: Kereta Solar Yang Bakal Dijual Kepada Orang Ramai, Pengeluaran Bermula Tahun 2023


Sumber: Utusan Borneo, Astro Awani

Tag:

ev
Sarawak
FCEV
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Tips

Pertama Kali Balik Kampung Guna EV: Realiti Sebenar Yang Ramai Tak Tahu!

Pertama Kali Balik Kampung Guna EV? Jangan Takut, Ini Sebab Kenapa Jem Raya Takkan Habiskan Bateri Anda!"

21-05-2026
EV

4 'Pembunuh Senyap' Jarak Gerak Yang Gagal Diramal Dashboard Anda

Jangan jadi mangsa tunda! Ketahui kenapa baki 100km di dashboard EV boleh hilang sekelip mata.

26-03-2026
EV

PERODUA Bakal Terajui EV Murah

PERODUA dilantik untuk menerajui pengeluaran kenderaan elektrik mampu milik di bawah NIMP 2030.

18-01-2024
Video

Lotus Eletre 2023 | SUV Hiper Mampu Milik T20

Lotus Eletre 2023 | SUV Hiper Mampu Milik T20

27-06-2023
Video

Ulasan: GWM Ora Good Cat – EV 'Kucing' Kompak!

Ulasan: GWM Ora Good Cat – EV 'Kucing' Kompak!

20-06-2023
EV

Cuba Pelbagai EV Baharu Dari Hanya RM120/Hari Dengan GoCar

GoCar Malaysia telah mengumumkan penambahan model-model terkini kenderaan elektrik (EV).

22-05-2023
EV

Gentari Dah Mula Pasang Pengecas EV Ke Luar Negara?

Gentari pasang pengecas kereta elektrik di Thailand

19-05-2023
Berita Auto

Puluhan Ribu Pengunjung Hari Pertama Malaysia Autoshow

Orang ramai mula menyerbu Malaysia Autoshow 2023 berikutan cuti umum sempena Hari Wesak.

04-05-2023

Berita Terkini

Berita Auto

Kantoi Guna MyKad Orang Lain Tanpa Kebenaran Untuk BUDI95, Boleh Dipenjara 3 Tahun

Penyalahgunaan MyKad Untuk Subsidi BUDI95: MoF Beri Amaran Keras.

29-05-2026
Berita Auto

Proton Sumbang 8 Enjin Untuk Pelajar Universiti, Institut Latihan

Pelajar Automotif Tak Perlu 'Bayang' Lagi, PROTON Sumbang Enjin Sebenar Untuk Dibedah.

29-05-2026
Berita Auto

Axia Terbang Atas Bumbung Rumah

Mujur semua selamat.

29-05-2026
Berita Auto

Bukan Sebab Murah, Ini Punca Sebenar Proton X50 Jadi Kegilaan Orang Malaysia

Sanggup 'Tinggal' Sedan & Hatchback, Kenapa Ramai Pakat Beralih Ke Proton X50?

28-05-2026
Berita Auto

Aidiladha: 23 Orang Terkorban Dalam Nahas Jalan Raya

Tragedi Hitam Aidiladha: 23 Nyawa Terkorban Dalam Masa 24 Jam Pertama Perayaan.

28-05-2026
Berita Auto

Tak Payah Tunggu Subsidi, Tabiat Ini Boleh Tolong Anda Jimat RM204 Sebulan!

Ingat Kereta Petrol Je? MIROS Kata Geng EV Pun Wajib Amal Eco-Driving.

28-05-2026
Berita Auto
Berita Auto

PM Jamin Bekalan Bahan Api Negara Stabil

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim memberi jaminan bekalan petrol RON95 dan diesel masih mencukupi sehingga Julai ini.

26-05-2026