Link Copiedcheck_circle
EV

Setel Tambah Lokasi Pengecas EV Baharu, Kini Lapan Lokasi

Sofea Najmi

Kongsi melalui



Pada bulan Mei lalu, Setel mula memperkenalkan ciri terbaharu melalui aplikasinya iaitu pengecas kenderaan elektrik (EV) dengan lima lokasi pengecasan ketika ia mula dilancarkan. Terkini, Setel mendedahkan tiga lagi lokasi baharu, menjadikan jumlah lokasi pengecas EV terkini yang disokong oleh Setel kepada lapan buah. 


Berikut merupakan senarai kesemua lapan lokasi pengecasan Setel yang terkini:


  1. Nizra Building, Kampung Sungai Penchala, Kuala Lumpur: CHAdeMO, CCS, Type 2 (50kW)
  2. Hospital Pantai Kuala Lumpur: Type 2 (22kW)
  3. Sembayu Villa, Seremban: Type 2 (22kW)
  4. EV Connection Workshop, Petaling Jaya: Type 2 (22kW)
  5. ACO Group HQ, Johor Bharu: CCS (180kW)
  6. Carsome PJ Automall: CHAdeMO, CCS, Type 2 (50kW)
  7. Shangri-La’s Rasa Sayang Resort Penang: CHAdeMO, CCS, Type 2 (50kW)
  8. Lotus’s Kepong: Type 2 (7.4kW)


Caj Yang Dikenakan Untuk Pengecasan

Berdasarkan senarai harga yang dikongsikan melalui laman web Setel, harga untuk mengecas EV di Lotus’s Tesco Kepong, Hospital Pantai Kuala Lumpur dan Sembayu Villa Negeri Sembilan ialah RM 0.50/15 min. Sementara itu, Carsome PJ Automall dan Shangri-La's Rasa Sayang Resort Penang ialah RM 1.20/min. The Nizra Building mengenakan caj serendah RM 1.40/min.

Apa yang menarik, pengguna Setel juga boleh mengecas EV secara percuma di EV Connection Workshop dan ACQ HQ. 



Cara Menggunakan Sistem Pengecasan 


Penggunaan aplikasi Setel dan pengecas EV ini sama sahaja seperti cara untuk mengisi minyak yang mana pengguna perlu berada di lokasi pengecasan bagi mengaktifkan pengecas. Sebaik proses pengaktifan bermula, anda hanya perlu mengikut arahan aplikasi dan memilih sambungan yang sesuai untuk dipasangkan pada EV. 


Sebaik EV anda sudah menerima tenaga bateri yang diperlukan, anda boleh menghentikan pengecasan secara manual menggunakan teknik yang ditetapkan oleh pengeluar EV yang anda gunakan. Bayaran akan ditolak secara automatik melalui aplikasi Setel.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan sekiranya masih ada persoalan tentang penggunaan aplikasi Setel dan pengecas EV, boleh klik di sini dan lihat bahagian soalan lazim. 


Tag:

Setel
ev
Pengecas EV
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Kempen ‘Semua Boleh Setel' Dengan Aplikasi Setel – Pulangan Tunai Hingga RM800!

Setel memperkenalkan kempen 'Semua Boleh Setel,' apa yang menarik?

30-11-2023
EV

Kolaborasi Gentari, EV Connection, Yinson GreenTech Mudahkan Akses 70% Pengecas EV Di Malaysia

Gentari Sdn Bhd (Gentari), EV Connection Sdn Bhd (EVC) dan Yinson GreenTech (YGT) melaksanakan kerjasama tiga hala menerusi anak syarikat, Green EV Charge Sdn Bhd.

17-03-2023
Berita Auto

Setel Kini Tawar Perkhidmatan Baharu Untuk Pemilik EV

Pengguna EV kini boleh menggunakan Setel untuk mengecas kenderaan mereka.

26-05-2022
Berita Auto
EV

PERODUA Bakal Terajui EV Murah

PERODUA dilantik untuk menerajui pengeluaran kenderaan elektrik mampu milik di bawah NIMP 2030.

18-01-2024
Video

Lotus Eletre 2023 | SUV Hiper Mampu Milik T20

Lotus Eletre 2023 | SUV Hiper Mampu Milik T20

27-06-2023
Video

Ulasan: GWM Ora Good Cat – EV 'Kucing' Kompak!

Ulasan: GWM Ora Good Cat – EV 'Kucing' Kompak!

20-06-2023
EV

Cuba Pelbagai EV Baharu Dari Hanya RM120/Hari Dengan GoCar

GoCar Malaysia telah mengumumkan penambahan model-model terkini kenderaan elektrik (EV).

22-05-2023

Berita Terkini

EV

Hanya 27 Kes Kebakaran Kereta EV, Hibrid Sejak Tahun 2023-2025

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) merekodkan sebanyak 27 kes kebakaran membabitkan kenderaan elektrik (EV) dan hibrid direkodkan dari 2023 hingga Julai lepas.

10-09-2025
EV

Menteri Dedah Malaysia Kini Ada 4,100 Pusat Pengecas EV

Malaysia kini memiliki sekurang-kurangnya 4,100 pusat pengecasan kenderaan elektrik (EV) di seluruh negara.

10-09-2025
EV

Mazda Bangunkan Kilang Bateri EV Di Jepun – Mula Operasi Tahun 2027

Mazda mengumumkan pembinaan kilang terbarunya di Iwakuni, Jepun, hasil kerjasama dengan wilayah Yamaguchi dan bandar Iwakuni.

08-09-2025
EV

BMW iX3 Generasi Kedua Diperkenalkan – Model Neue Klasse Pertama BMW, Sarat Ciri Futuristik

BMW akhirnya mendedahkan model pertamanya yang dibangunkan berasaskan platform kenderaan elektrik (EV) baharu, Neue Klasse, dengan pengenalan model BMW iX3 generasi kedua.

08-09-2025
EV

Bilik Pameran iCaur Kedua Dibuka Di Petaling Jaya

iCaur Malaysia secara rasmi membuka bilik pameran keduanya, iCaur Playground, yang bertempat di lokasi strategik di Petaling Jaya, Selangor.

06-09-2025
EV

Proton Lancar Kilang EV Pertama Malaysia Di Tanjung Malim

Dalam tempoh kurang setahun selepas majlis pecah tanah, Proton telah merasmikan kilang pengeluaran kenderaan elektrik (EV) pertamanya di Tanjung Malim, Perak.

05-09-2025
EV

Chery QQ3: Kereta Mini, QQ, Dihidupkan Kembali, Kini Dalam Versi Elektrik

Hampir dua dekad telah berlalu sejak model Chery QQ ditawarkan di Malaysia sebagai pesaing kepada Perodua Myvi dan Proton Savvy pada harga sekitar RM39,000, model ini kembali dihidupkan setelah Chery memperkenalkan model Chery QQ3.

04-09-2025
EV

Imej Teaser smart #2 Didedahkan – EV Mini Dua Pintu Ini Pengganti smart Fortwo

smart Automobile sedang bersiap sedia untuk menghidupkan kembali model elektrik kecil dua pintu, Fortwo, yang pernah ditawarkan di pasaran sebelum ini dengan model baharu, smart #2.

03-09-2025