Link Copiedcheck_circle
EV

Warga Kuching Dah Boleh Pandu Uji! Tesla Buka 'Experience Centre' Baharu Di The Spring Mall

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Tesla Malaysia telah memperluaskan lagit pasarannya di Malaysia Timur dengan melancarkan pusat pengalaman baharu di Lot G43, The Spring Shopping Mall, Kuching, baru-baru ini,

Tesla Malaysia dalam satu kenyataan berkata, Model 3  iaitu sedan elektrik terlaris di Malaysia, dan Model Y L, SUV enam tempat duduk terbaharu akan dipamerkan untuk memperlihatkan teknologi EV dan AI (Kecerdasan Buatan) terkini daripada Tesla.

image.png

Menurut kenyataan itu, Model 3, Model Y, dan Model Y L telah menerima penarafan keselamatan tertinggi daripada pelbagai organisasi keselamatan global terkemuka, termasuk NHTSA dan IIHS (Amerika), Euro NCAP (Eropah), ANCAP (Australia dan New Zealand), serta C-IASI (China); sekali gus menetapkan penanda aras baharu dalam aspek keselamatan, kecekapan, prestasi, dan teknologi canggih.

image.png

"Malah Grok, pembantu AI yang dibangunkan oleh xAI, bakal tersedia melalui kemas kini Over-The-Air (OTA) untuk pemilik Tesla di seluruh Malaysia," katanya.

Hanya sebut 'Hey Grok' atau tekan lama butang suara pada stereng untuk mengaktifkannya. Grok menawarkan interaksi yang lebih intuitif dengan pemandu dan penumpang, termasuk:

  • Perancangan perjalanan: Minta Grok merancang perjalanan dengan pelbagai lokasi melalui arahan suara, malah pemilik boleh membatalkan atau menukar laluan di pertengahan jalan.

  • Carian lokasi dan navigasi: Semak stesen Supercharging atau Destination Charging berhampiran, restoran, pusat beli-belah, bank, tandas awam, dan sebagainya sepanjang perjalanan anda.

  • Penjelasan amaran kenderaan: Dapatkan penjelasan rujukan dan cadangan penyelesaian daripada Grok setiap kali anda melihat sebarang notis amaran pada skrin.

  • Sembang suara pintar: Sesuaikan suara, nada, dan gaya pertuturan Grok mengikut keperluan individu. Sama ada untuk mempelajari bahasa baharu atau bercerita kepada anak-anak, Grok akan menjadi pembantu AI peribadi anda.

Setakat awal tahun 2026, lebih 80% pemilik Tesla di Malaysia Timur telah memanfaatkan fungsi Home Charging (Pengecasan di Rumah) untuk mengecas kenderaan mengikut keselesaan mereka; lebih banyak stesen pengecasan Tesla akan menyusul di Sarawak tidak lama lagi.

Pemilik Tesla di Malaysia Timur juga boleh menikmati perkhidmatan mudah alih  dan membuat  temu janji servis di Bengkel Sah Tesla (TAB).

Jika berminat untuk memandu uji, hubungi talian (bebas tol) 1-800-810-655 atau daftar sesi pandu uji anda di sini: https://www.tesla.com/en_my/drive

Gallery

Tag:

Tesla Malaysia
New Tesla Model 3
tesla Model Y
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

28-07-2026
EV

10-07-2026
EV

01-07-2026
Berita Auto

16-02-2026
Kereta Baru
Berita Auto

26-09-2025

Berita Terkini

EV
1 Aplikasi, Tapi Banyak Pengecas: Akses Stesen Pengecas  Gentari Melalui Aps ChargeSini

1 Aplikasi, Tapi Banyak Pengecas: Akses Stesen Pengecas Gentari Melalui Aps ChargeSini

Nak Cas EV Lagi Mudah, ChargeSini, Gentari Kini Roaming Bersama.

02-09-2026
EV
Kenapa Jaecoo J5 EV Malaysia Lagi Mahal Dari Thailand, Indonesia

Kenapa Jaecoo J5 EV Malaysia Lagi Mahal Dari Thailand, Indonesia

JAECOO J5 EV CKD dilancarkan pada RM118,800.

02-09-2026
EV
Pengecas EV Murah: ChargeSini Kurangkan Harga Di Seluruh Malaysia

Pengecas EV Murah: ChargeSini Kurangkan Harga Di Seluruh Malaysia

Berita baik pemilik EV, ChargeSini turunkan harga Pengecas DC. Semak kadar tarif baharu sekarang.

01-09-2026
EV
Sukar Pasang Pengecas EV: Ini Sebab Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Buat Suka Hati

Sukar Pasang Pengecas EV: Ini Sebab Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Buat Suka Hati

Niat Ada, Halangan Banyak: Kenapa Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Bebas Bina Pengecas EV?

27-08-2026
EV
Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara

Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara

Hilang Risau Pemandu e.MAS: Proton e.MAS Tambah Stesen Pengecas Suku Ketiga Tahun Ini.

26-08-2026
EV
Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV

Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV

PLUS dan LPT 2 bakal menyediakan 350 titik pengecas EV.

25-08-2026
EV
EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup

EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup

Dilema Pemandu EV: Pengecas EV Di Lebuhraya Masih Tak Cukup.

24-08-2026
EV
Had Insurans Rumah RM50k Tak Cukup Jika EV Terbakar

Had Insurans Rumah RM50k Tak Cukup Jika EV Terbakar

Ingat Insurans Cover Full? Had Liabiliti Rumah Sebenarnya Cuma RM50k.

24-08-2026