Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Sumbangan Diserahkan Kepada Hospital Umum Sarawak

Suhana Veru

Kongsi melalui

Untuk makluman anda, ini bukan kali pertama Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) menghulurkan sumbangan peralatan kepada hospital-hospital awam sekolah dan golongan yang memerlukan bantuan.

Terbaharu, syarikat itu menyampaikan sumbangan berbentuk diagnostik perubatan kepada para pesakit dan kakitangan Hospital Umum Sarawak baru-baru ini.


Selain itu, Perodua turut menyumbang tujuh unit Vital Sign Monitor (peralatan diagnostik untuk memantau suhu badan, nadi, tahap pernafasan dan tekanan darah).


Bagi menceriakan pesakit kanak-kanak, Perodua turut menghulurkan hamper di wad kanak-kanak di hospital berkenaan.

Kali ini, sumbangan keseluruhan adalah bernilai RM84,450.



Hasil sumbangan itu disampaikan sendiri oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk Zainal Abidin Ahmad kepada wakil hospital itu.

“Sumbangan ini adalah sebahagian daripada insiatif tanggungjawab korporat. Oleh itu, kami sentiasa mencari peluang untuk memberikan bantuan yang terbaik bagi mengukuhkan sistem kesihatan negara,” kata Datuk Zainal Abidin.

Sedikit info mengenai hasil sumbangan Perodua setakat ini. Pengeluar kereta tempatan ini sentiasa menghulurkan sumbangan peralatan perubatan dan kesihatan kepada hospital awam seperti Hospital Sungai Buloh, Hospital Selayang, Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah di Likas, Hospital Shah Alam, Hospital Kuala Kubu Bharu, Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Hospital Ampang, Hospital Putrajaya dan beberapa klinik komuniti dalam daerah Hulu Selangor.

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto
Berita Auto

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026
Berita Auto

iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

EV Top 3 Malaysia Kini CKD! iCAUR V23 iWD Mula Masuk Showroom Akhir Bulan Ini, Harga Kekal RM132,780.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026
Berita Auto

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026