Link Copiedcheck_circle
EV

Ayla Dikatakan Kembar Axia Tapi Di Pasaran Indonesia

Suhana Veru

Kongsi melalui


Astra Daihatsu Motor (ADM) menampilkan model konsep Daihatsu Ayla EV pada pameran Gaikindo Indonesia International Auto Show (GIIAS) 2022 yang sedang berlangsung di Indonesia ketika ini. 

Untuk makluman anda, kembar kepada Perodua Axia di Malaysia ini  telah diberikan beberapa pengubahsuaian bagi menjadikannya sebagai sebuah kenderaan elektrik (EV).


Jika nama pun EV maka, Ayla ini dikatakan mnerima enjin 1.2 liter berbanding Axia di Malaysia yang hanya dijana enjin 1KR-VE 1.0 liter) kepada motor elektrik.

Malah, tangki minyaknya digantikan dengan bateri, manakala casis dan suspensi dipadankan dengan bateri yang lebih berat.

Apa yang anda perlu tahu mengenai Ayla? Berikut adalah perinciannya:

Motor elektrik berkuasa 60 kW atau 80.4 hp

Bateri EV berkapasiti 32 kWj

Boleh bergerak sejauh 232 km

Kelihatan futuristik 

Lampu depan ada jalur LED

Jalur LED sambung dengan Logo Ayla 

Lampu nyalaan siang menegak

Cermin sisi ala Honda e

Set rim aero dengan kemasan dua tona

Panel instrument digital


Di sebalik Ayla ini, adakah Perodua bakal melancarkan Axia EV tidak lama lagi? 

Biarpun tiada dalam senarai, mungkin mulai hari ini Perodua sudah boleh mempertimbangkan untuk memulakan pengeluaran model Axia EV.

Apa pula pandangan anda?

Kongsikan pendapat anda di bawah ruangan ini!



Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

EV

Rekod Baharu Sepang! Lotus Emeya R Catat Masa 2:20.317, EV Terpantas dalam Sejarah

Lotus Emeya R Catat Rekod Pusingan EV Terpantas di Litar Sepang.

20-07-2026
EV

Kalkulator Cukai Jalan EV Malaysia (2026) – Kira Cukai Jalan EV Mengikut Model/ kW

Kami Mudahkan Kerja Anda, Ini Dia Kalkulator Cukai Jalan EV Malaysia 2026 – Semak Kadar Mengikut Model/kW.

17-07-2026
EV

Jualan Model Y Long Range AWD Dihentikan

Tesla Malaysia Hentikan Jualan Model Y Long Range AWD 5 Tempat Duduk.

10-07-2026
EV

Berita Baik, AutoCharge Mudahkan Cas EV

Gentari memperkenalkan ciri AutoCharge.

03-07-2026
EV

Kenapa Anda Perlu Bertindak Pantas Jika Mahukan EV 'Bajet' di Malaysia

Anda masih boleh membeli EV CBU jika masih ada stok.

02-07-2026
EV

Harga Porsche Taycan Naik Ketara Daripada RM575k Kepada RM775K?

Misteri RM200k: Kenapa Model Asas Porsche Taycan Tiba-Tiba Melonjak Harga Daripada RM575k-RM775k.

01-07-2026
EV