Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Calon Ujian Memandu Terlalu Ramai! MOT Akan Umum Solusi

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Lawatan mengejut ke institut memandu (Foto: FB Datuk Seri Wee Ka Siong)


Kementerian Pengangkutan (MOT) merancang untuk merangka satu formula bagi menyelesaikan masalah lambakan calon ujian memandu di seluruh negara. 


Lawatan mengejut ke institut memandu (Foto: FB Datuk Seri Wee Ka Siong)


Menterinya, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, ini merupakan satu isu yang serius terutamanya di sekitar Lembah Klang yang memerlukan penyelesaian dengan kadar segera. 


Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) turut digesa agar dapat menangani isu ini secepat mungkin.


Perbincangan dengan JPJ (Foto: FB Datuk Seri Wee Ka Siong)


“Saya sendiri dan rakan-rakan pimpinan Kementerian Pengangkutan serta agensi di bawahnya, JPJ akan membuat pemantauan di lapangan bagi mendengar pandangan pemegang taruh dan orang awam demi menyelesaikan masalah ini,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook susulan lawatan mengejut ke Pusat Latihan Memandu Berjaya Berhad di Taman Perling, Johor Baharu pada Khamis.


Lawatan mengejut ke institut memandu (Foto: FB Datuk Seri Wee Ka Siong)


Jelasnya, berdasarkan data, terdapat seramai 1,518 pemegang Sijil Pengajar Institut Memandu (SPIM) di bawah 32 institut memandu di negeri itu berbanding 3,639 jumlah calon yang ingin menjalani ujian memandu setakat ini.


Kekurangan tenaga pengajar melambatkan lagi proses (Foto: FB Datuk Seri Wee Ka Siong)


Perbezaan yang tinggi antara jumlah pengajar dan calon ujian memandu menyebabkan orang ramai yang ingin mengambil lesen memandu terpaksa menunggu lama sehingga tiga bulan.  



Bercakap dengan orang ramai di institut memandu (Foto: FB Datuk Seri Wee Ka Siong)


"Tempoh yang sedikit panjang ini pastinya memberi kesan kepada orang ramai khususnya calon-calon yang mahu menjalani ujian memandu dengan segera," katanya.


Lawatan mengejut ke institut memandu (Foto: FB Datuk Seri Wee Ka Siong)


Mengulas mengenai hasil lawatan beliau ke institut memandu berkenaan, didapati institut terbabit mencatatkan peningkatan pelajar sebanyak 42 peratus berbanding pada tahun 2018.


Lawatan mengejut ke institut memandu (Foto: FB Datuk Seri Wee Ka Siong)


"Bilangan tenaga pengajar di Institut Memandu Berjaya turut berkurangan dari 215 pada tahun 2020 kini hanya 185 pada tahun 2022,” katanya.



Sumber: Sinar Harian

Tag:

MOT
lesen memandu kereta
Ujian Memandu
Wee Ka Siong
Kementerian Pengangkutan
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Tukar Hak Milik Kereta Persendirian: 8 Pusat Pemeriksaan Carro Mula Beroperasi Bulan Depan

Carro dilantik laksana pemeriksaan tukar hak milik kenderaan persendirian. - MOT.

26-05-2026
Berita Auto

VIP, Ahli Politik Antara Tak Bayar Cukai Jalan

Golongan kenamaan, termasuk ahli politik, antara pemilik kenderaan mewah yang gagal memperbaharui cukai jalan, dengan jumlah tunggakan mencecah hampir RM35.7 juta.

25-09-2025
Berita Auto

MOT Cadang Wujudkan Pelan Induk Kereta Api Malaysia

Kementerian Pengangkutan kini sedang merancang untuk menghasilkan Pelan Induk Kereta Api Malaysia yang menyeluruh untuk memperkukuh industri pengangkutan rel di negara ini.

21-08-2025
Berita Auto

MOT, JPJ Akan Bincang Aplikasi Jual Beli Motosikal Terpakai

Aplikasi itu dapat mengelakkan sebarang kejadian melibatkan urusan pertukaran hak milik dan saman yang tertunggak.

21-01-2025
Berita Auto

Plat MADANI: JPJ,MOT Kena Saman, Diarah Bayar Ganti Rugi RM1.3 Juta

Pengarah syarikat tuntut JPJ, MOT bayar ganti rugi RM1.3 juta.

05-11-2024
EV

BELANJAWAN 2025: Harap Ada Peruntukan Untuk Industri EV

Kementerian Pengangkutan (MOT) berharap menerima peruntukan untuk pembiayaan latihan kemahiran kenderaan elektrik (EV) bagi menarik minat dan menangani kekurangan tenaga kerja semasa dalam sektor automotif,

18-10-2024
Berita Auto

MyCINTA: Sistem Kesan Kanak-Kanak Tertinggal Dalam Kereta Dibangunkan MIROS

Kerajaan sedang membangunkan MyCINTA, sistem untuk menangani insiden kanak-kanak tertinggal dalam kereta.

02-07-2024
Berita Auto

Permohonan VEP Melonjak Lebih 20,000, Pembatalan Dalam Talian Dibolehkan

Penambahbaikan sistem Permit Kemasukan Kenderaan Motor Asing (VEP).

02-07-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Proton X70 Terbabas, Wanita Putus Kaki

Lagi kemalangan di LPT2.

06-06-2026
Berita Auto

KLIMS 2026 Bermula 12-21 Jun Ini

Tiket Serendah RM11.40 Sehari: Lubuk EV Terbesar Malaysia Kini di KLIMS 2026!

03-06-2026
Berita Auto

XPENG Malaysia Lancar Program 'MEGA X9 REWARDS', Tawaran Istimewa Berbaloi Hingga RM45,000

XPENG X9 2025: MPV Mewah Dengan Ganjaran Hebat MEGA X9 REWARDS.

03-06-2026
Berita Auto

Cuti Dah Habis? PLUS Jangka 2.2 Juta Kenderaan 'Serbu' Lembah Klang Mulai Esok

Trafik PLUS Dijangka Cecah 2.2 Juta: Ini 5 Tip Elak Sangkut 'Jam' Mulai 4 Jun.

03-06-2026
Berita Auto

Siri e.MAS Laku Keras! PROTON Labur RM37 Juta Gara-Gara Kilang Tak Menang Tangan

Ini Sebab Kenapa PROTON Sanggup Labur RM37 Juta Lagi Di Tanjung Malim...

03-06-2026
Berita Auto

JPJ Buru Pasangan Bermanja Dalam Kenderaan

Aksi wanita dan lelaki ini tular di media sosial.

03-06-2026
Berita Auto

UCar-e: Perodua Sedia 50 Kenderaan Pandu Kongsi Untuk Warga UUM, UPM Dan UTM

Perodua Jalin Kerjasama Dengan 3 Universiti Perkenal UCar-e.

03-06-2026
Berita Auto

Kuota BUDI95 Kekal 200 Liter, Paparan 150 Liter Akibat Ralat Sistem

Kecoh Kuota Subsidi Turun 150 Liter Semalam? Ini Penjelasan Sebenar MOF.

01-06-2026