Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

D-Max X-Terrain Akan Dipamerkan Sepanjang Acara KLFW

Suhana Veru

Kongsi melalui


Sejak pengenalannya, Isuzu D-Max telah mencuri perhatian gara-gara gabungan kemewahan dan kemampuannya untuk tampil dengan penawaran yang lengkap dalam segmen trak pikap.

Apa yang cukup membanggakan ialah pencapaiannya sebagai pemenang pelbagai anugerah trak tahunan terbaik sekali gus membuktikan kekuatannya sebagai ikon rekaan dan layak mendapat layanan karpet merah sebagai kenderaan rasmi KL Fashion Week (KLFW) 2022.

Bertemakan The Bigger, The Better”, nampakanya tema itu sangat sesuai dengan imej Isuzu D-Max generasi ketiga.

Ia juga memperluaskan lagi pilihan penggemar gaya hidup yang ingin mencari kelainan untuk memenuhi minat dan keperluan mereka.

“Dengan rekaan canggih, kelengkapan penuh serta kemampuan untuk melakukan apa jua di mana saja, Isuzu D-Max mencabar norma kebiasaan dan membolehkan anda untuk mengukir memori tersendiri dengannya. 

“Bersama KLFW, kami ingin membawakan rekaan imaginatif ini selangkah lagi ke hadapan dan untuk dikongsi bersama khalayak ramai,” kata Ketua Pegawai Operasi Isuzu Malaysia, Kenkichi Sogo.


Trak pikap ini berbangga dengan ciri canggihnya yang membantu memudahkan pengguna di bandar. 

Ini termasuklah peninjau 360-darjah, pengecas telefon tanpa wayar, sambungan Android Auto dan Apple CarPlay tanpa wayar serta ciri Sistem Bantuan Canggih Pemandu.

Isuzu D-Max X-Terrain akan tampil dalam acara KLFW 2022 yang akan bermula pada 15 hingga 21 Ogos 2022 di Pavilion Kuala Lumpur.


Untuk itu, sekurang-kurangnya tiga unit Isuzu D-Max X-Terrain berwarna oren, hitam dan putih akan dipamerkan di ibu kota.

Untuk keterangan lanjut ikuti https://www.facebook.com/ISUZU.DMax.Malaysia/ atau di klfashionweek.website. 


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Harga Minyak "Terjun", Diesel Tanpa Subsidi Turun 75 Sen

Petanda Baik! Harga Diesel & Petrol Malaysia Turun, Rakyat Boleh Tarik Nafas Lega.

15-04-2026
Berita Auto

15 Tahun Auto Bavaria KL: Apa Yang Menjadikan Mereka Ikon Mobiliti Premium Malaysia?

auto Bavaria KL Raikan Ulang Tahun Ke-15, Bakal Lancar BMW X3 Edisi Terhad Hujung Minggu Ini!

15-04-2026
Berita Auto

Kenapa Anda Boleh Percaya Bateri Chery? Ujian Ekstrem Ini Jawapannya

Chery menganjurkan Cabaran Keselamatan Bateri Chery Super Hybrid yang pertama di Malaysia dengan membakar bateri CSH pada 1,000 darjah celsius selama 1 minit dan 20 saat.

15-04-2026
Berita Auto

15,370 Toyota Terjual, Jenama Bukan Nasional Paling Laris Di Malaysia

Dominasi Toyota Berterusan: Jenama Bukan Nasional Paling Laris di Malaysia.

15-04-2026
Berita Auto

Krisis Tenaga Global, ERL Tawar Diskaun 90%

ERL Tawar Diskaun 90%! MyPutrajaya & MyKLIA Monthly Travel Card kini lebih murah.

14-04-2026
Berita Auto

Polis Hanya Ditempatkan Di Stesen Minyak Sempadan

Penempatan PDRM di stesen minyak hanya tertumpu di kawasan sempadan negara.

14-04-2026
Berita Auto

Krisis Tenaga Global, KTMB Tawar Diskaun 30%

Jimat 30%! KTMB Tawar Diskaun Besar Tiket ETS & ERT – Ini Cara Rebut Kod Promosi Anda Bermula Esok!

14-04-2026
Berita Auto

Michelin Perluas Primacy 5 Untuk SUV, Tambah 34 Saiz Baharu (16-22 Inci)

MICHELIN Primacy 5, kini diperluaskan khusus untuk menepati keperluan kenderaan SUV.

13-04-2026