Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Ford Mustang Klon, Pemilik Sebenar Ada Di Sarawak

Suhana Veru

Kongsi melalui


Curiga dengan kelibat sebuah kereta mewah jenis Ford Mustang di sebuah bengkel, menyebabkan Jabatan Pengangkutan Jalan di Kedah lantas memeriksa kenderaan itu.

Kenderaan itu ditemui di sebuah bengkel di Shahab Perdana, Mergong, Alor Setar, Kedah.


Selepas hasil siasatan, sah, kereta mewah itu rupa-rupanya kereta klon. 

Difahamkan, pemilik asal kenderaan itu berada di Sarawak dan telah pun membuat satu laporan polis berhubung perkara berkenaan kerana menyedari ada pihak yang menyalahgunakan nombor pendaftaran keretanya.


“Bertindak atas laporan, kami mendapati ia menggunakan nombor pendaftaran yang sama dengan Mustang di Sarawak.

"Terdapat keraguan pada nombor casis dan warna asal kenderaan terbabit. Kenderaan itu disita mengikut Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan (JPJ) 1987 dan dibawa ke pejabat JPJ Suka Menanti untuk siasatan lanjut,” kata JPJ dalam satu kenyataan.


Untuk makluman anda, JPJ mempunyai kepakaran untuk mengesan kenderaan klon kerana sindiket menjual kenderaan klon biasanya akan menggunakan nombor pendaftaran yang sama dengan kenderaan jenis sama yang sah yang digunakan di negara ini selain menggunakan cukai jalan tidak sah.


Bagi sesiapa yang ingin membeli kenderaan, anda perlu tahu di mana kenderaan itu berada selain membuat pemeriksaan yang lebih teliti pada kenderaan berkenaan.



Tag:

Mustang
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

China Melangkah Ke Hadapan Dalam Teknologi EV Dengan Mustang Mach-E

China mengumumkan kedatangan Mustang Mach-E, kereta elektrik sepenuhnya pertama daripada Ford.

07-12-2021
Berita Auto

Kereta Elektrik Mustang, Mach-E Lepasi Ujian Lasak Dilalui Sebuah Pikap!

Ford dikhabarkan telah melakukan ujian ketahanan kepada model kereta elektrik, Ford Mustang Mach-E.

07-09-2021

Berita Terkini

Berita Auto

smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026
Berita Auto

iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

EV Top 3 Malaysia Kini CKD! iCAUR V23 iWD Mula Masuk Showroom Akhir Bulan Ini, Harga Kekal RM132,780.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026