Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Kereta Elektrik Mustang, Mach-E Lepasi Ujian Lasak Dilalui Sebuah Pikap!

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Ujian ketahanan yang 'menyeksakan' kini bukan lagi hanya dikenakan pada kereta pick-up yang lasak, Built Ford Tough F-Series, tetapi kini Ford dikhabarkan telah melakukan ujian yang sama kepada model kereta elektrik mereka, Ford Mustang Mach-E!


Melalui ujian yang ditempuhi oleh EV keluaran Ford ini, membuktikan bahawa ia mampu bertahan dengan penggunaan yang lebih lasak daripada yang dijangkakan bagi sebuah kereta elektrik. Antara ujian yang dilalui ialah cucian ektrem hinggalah kepada penggunaan di laluan  berbatuan tajam.

 

Ketua jurutera program Ford untuk  Mustang Mach-E, Donna Dickson berkata, "Kami telah melakukan segalanya untuk meletakkan Mustang Mach-E dalam ujian ekstrem. Memberikan 'tekanan' kepada kereta lebih daripada yang dilakukan oleh seseorang pengguna biasa, ini boleh memastikan bahawa kereta bersedia untuk berhadapan dengan cabaran lain."

 

Berdasarkan kajian, kira-kira 27 peratus rakyat Amerika tidak pasti sekiranya kereta elektrik boleh dibasahkan, sama ada melalui jalan yang berhujan atau untuk dibasuh sepenuhnya.


Oleh itu, pasukan di Ford Michigan Proving Grounds telah menggunakan cucian kereta automatik yang terdapat di lokasi bagi membuktikan bahawa bahagian luaran Mach-E boleh dibasahkan sepenuhnya dan dapat bertahan apabila dikenakan 'kekerasan' semasa cucian.

 

Kereta yang diuji telah melalui mesin cucian yang lengkap dengan semburan, berus dan pengering sebanyak 60 kali.

 

Jumlah cucian ini adalah bersamaan dengan cucian setiap dua minggu dalam masa lebih daripada dua tahun.

 

Selain itu, Mach-E turut diuji sekiranya terdapat sebarang kebocoran dan sebagainya yang berpunca daripada air. Antara bahagian yang dilihat adalah seperti bingkai pintu, trim, logo, lampu depan dan lampu belakang.

 

Cucian ini dilakukan dengan menggunakan semburan air bertekanan tinggi sehingga 1,700 PSI dengan suhu setinggi 140 darjah yang disembur dalam jarak dekat kira-kira 12 inci.

 

Seterusnya, Mach-E melalui ujian yang dinamakan 'Butt-tested.' Ford mencuba apa sahaja yang mungkin dilakukan oleh seseorang pengguna terutamanya pada bahagian punggung diletakkan.


Jurutera Ford meletakkan beban dalam berat yang berbeza-beza menggunakan robot yang berbentuk seperti punggung manusia ataupun dalam bahasa Inggerisnya 'butt' seperti nama ujian ini.

 

Ujian ini dilakukan untuk menguji penggunaan kerusi secara keluar dan masuk daripada kereta Mustang Mach-E sebanyak 25,000 kali.

 

Selain itu, Ford juga telah menguji material kerusi kereta, ActiveX supaya dapat kekal bertahan untuk penggunaan harian dan juga 'penderaan' melalui dua subujian yang berbeza.

 

Pertama, ujian kimia.  Ini dilakukan bagi memastikan material yang digunakan tidak rosak sekiranya bersentuhan dengan sanitiser atau apa sahaja yang seangkatan dengannya.

 

Seterusnya, ujian lelasan (abrasion testing) untuk memastikan kemasan yang digunakan kekal utuh.  Ujian ini dilakukan dengan melakukan simulasi kitaran penggunaan selama 10 tahun dan melenturkan material kerusi sebanyak 100,000 kali bagi menguji ketahanannya daripada merekah.

 

Seterusnya ialah ujian ketahanan skrin infotainmen. Skrin sentuh yang pecah bukanlah sesuatu yang ingin dihadapi oleh mana-mana pengguna, lebih-lebih lagi sekiranya skrin ini memaparkan banyak fungsi penting seperti yang terdapat pada Mustang Mach-E.

 

Oleh itu, untuk membendung isu ini dan juga bagi memastikan ketahanannya, skrin sentuh bersaiz 15.5 inci dalam Mustang Mach-E 2021 ini dipasangkan lengkap dengan gelas khas yang dinamakan Dragontail.

 

Skrin ini juga diletakkan di atas mounting yang kukuh diperbuat daripada magnesium supaya kekal tahan daripada ditarik atau gegaran.

 

Tambah Dickson, "Skrin pada Mustang Mach-E cukup kritikal dalam sesebuah pemanduan memandangkan ianya adalah aspek terpenting dalam kabin kereta. Kami tahu yang kami mesti melakukan semua yang perlu bagi memastikan ia cukup kukuh untuk kegunaan harian.  Bayangkan situasi seperti dompet, beg dan haiwan peliharaan yang berlanggar dengan skrin, kanak-kanak bermain dengan skrin dan sebagainya.  Anda perlu memiliki kefahaman pelanggan yang mendalam untuk mengenalpasti isu yang berpotensi untuk wujud supaya dapat berusaha untuk mengelakkannya daripada berlaku."

 

Ujian terakhir yang dilalui Mach-E ialah ujian kegunaan di atas jalan yang berbatu.


Bagi memastikan cat kereta kekal sempurna, Mach-E telah melalui jalan berbatu sejauh 483 km bagi menguji ketahanannya daripada kerosakan yang disebabkan oleh batuan kecil yang panas.

 

Mach-E telah diuji untuk melalui dua gred batuan berbeza pada kelajuan 96 km/j sebanyak 200 kali.

 

Setelah ujian laluan berbatu pertama  selesai, pasukan akan menukarkan batuan yang digunakan kepada yang lebih tajam.


"Penggunaan kenderaan elektrik tidak sepatutnya terhad di kawasan bandar dan subbandar.  Kami telah menguji Mustang Mach-E supaya pelanggan boleh tinggal di kawasan ataupun melalui jalan yang berbatu tanpa perlu risau sekiranya cat tertanggal," kata Dickson.

 

Mustang Mach-E ialah kereta yang terhasil daripada kepintaran kejuruteraan Ford  demi meyakinkan orang ramai bagi menggunaan EV.



Gallery

Tag:

Ford
Ford Mustang Mach-E
Mustang
Mach-E
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global
Ford Ranger & Everest Dikemaskini Untuk Tahun 2026 Akhirnya Didedahkan Di Australia

Ford Ranger & Everest Dikemaskini Untuk Tahun 2026 Akhirnya Didedahkan Di Australia

Generasi terkini Ford Ranger dan Everest T6 yang telah menerima beberapa penambahbaikan untuk model tahun 2026, didedahkan kepada pihak media di Australia, pagi tadi.

25-11-2025
Berita Auto
Ford Mobile Service: Servis Khidmat Baik Pulih Ringan Di Depan Pintu

Ford Mobile Service: Servis Khidmat Baik Pulih Ringan Di Depan Pintu

FMS digunakan untuk tujuan khidmat penyelenggaraan serta kerja baik pulih ringan secara terus ke lokasi pelanggan.

11-06-2025
Gaya Hidup
Auto ConeXion-Ford Antara 6 Pengedar Di Dunia Yang Tawar CSR Terbaik!

Auto ConeXion-Ford Antara 6 Pengedar Di Dunia Yang Tawar CSR Terbaik!

Auto ConneXion merupakan antara enam pengedar di dunia kerana menawarkan CSR yang cukup cemerlang.

27-03-2025
Berita Auto
Panggil Balik 41,688 Kenderaan Untuk Elak Kemalangan

Panggil Balik 41,688 Kenderaan Untuk Elak Kemalangan

Antara jenama yang terlibat ialah Honda, Kia, MAN TGS, Ford, Audi dan Mercedes.

20-02-2025
Berita Auto
Pusat 3S, Body & Paint Ford Dibuka Di Pulau Pinang

Pusat 3S, Body & Paint Ford Dibuka Di Pulau Pinang

Pengedar rasmi Ford di Malaysia, Sime Darby AutoConneXion (AutoConneXion), memperkukuh kehadirannya dengan pembukaan Pusat 3S baharu di Seberang Perai, Pulau Pinang.

20-02-2025
Kereta Baru
Ada 200 Unit: Boleh Ditempah Dalam Talian: Harga Lebih RM181K

Ada 200 Unit: Boleh Ditempah Dalam Talian: Harga Lebih RM181K

Ford Ranger StormTrak boleh ditempah secara dalam talian.

30-05-2024
Kereta Baru
Adakah Model Terhad Ini Stormtrak?

Adakah Model Terhad Ini Stormtrak?

Edisi terhad ini akan dilancarkan pada hujung bulan ini.

15-05-2024
Berita Auto
Ford Ranger Getaways Tawar Latihan  4x4

Ford Ranger Getaways Tawar Latihan 4x4

Sesi latihan Ford Ranger Getaways untuk pemilik Ranger dan Ranger Raptor.

19-04-2024

Berita Terkini

Berita Auto
Kantoi Guna MyKad Orang Lain Tanpa Kebenaran Untuk BUDI95, Boleh Dipenjara 3 Tahun

Kantoi Guna MyKad Orang Lain Tanpa Kebenaran Untuk BUDI95, Boleh Dipenjara 3 Tahun

Penyalahgunaan MyKad Untuk Subsidi BUDI95: MoF Beri Amaran Keras.

29-05-2026
Berita Auto
Proton Sumbang 8 Enjin Untuk Pelajar Universiti, Institut Latihan

Proton Sumbang 8 Enjin Untuk Pelajar Universiti, Institut Latihan

Pelajar Automotif Tak Perlu 'Bayang' Lagi, PROTON Sumbang Enjin Sebenar Untuk Dibedah.

29-05-2026
Berita Auto
Axia Terbang Atas Bumbung Rumah

Axia Terbang Atas Bumbung Rumah

Mujur semua selamat.

29-05-2026
Berita Auto
Bukan Sebab Murah, Ini Punca Sebenar Proton X50 Jadi Kegilaan Orang Malaysia

Bukan Sebab Murah, Ini Punca Sebenar Proton X50 Jadi Kegilaan Orang Malaysia

Sanggup 'Tinggal' Sedan & Hatchback, Kenapa Ramai Pakat Beralih Ke Proton X50?

28-05-2026
Berita Auto
Aidiladha: 23 Orang Terkorban Dalam Nahas Jalan Raya

Aidiladha: 23 Orang Terkorban Dalam Nahas Jalan Raya

Tragedi Hitam Aidiladha: 23 Nyawa Terkorban Dalam Masa 24 Jam Pertama Perayaan.

28-05-2026
Berita Auto
Tak Payah Tunggu Subsidi, Tabiat Ini Boleh Tolong Anda Jimat RM204 Sebulan!

Tak Payah Tunggu Subsidi, Tabiat Ini Boleh Tolong Anda Jimat RM204 Sebulan!

Ingat Kereta Petrol Je? MIROS Kata Geng EV Pun Wajib Amal Eco-Driving.

28-05-2026
Berita Auto
Harga Minyak Turun Bermula Hari Ini
Berita Auto
PM Jamin Bekalan Bahan Api Negara Stabil

PM Jamin Bekalan Bahan Api Negara Stabil

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim memberi jaminan bekalan petrol RON95 dan diesel masih mencukupi sehingga Julai ini.

26-05-2026