Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

[FOTO] Kereta Puteri Diana, Ford Escort RS Turbo, Bakal Dilelong

Sofea Najmi

Kongsi melalui



Ford Escort RS Turbo 1985, kereta yang pernah digunakan oleh mendiang Puteri Diana bakal dilelong bulan ini di UK. 




Model yang disenaraikan untuk dilelong oleh firma lelongan automotif, Silverstone Auctions ini merupakan Escort RS Turbo 1985 generasi ketiga dan adalah salah satu daripada 8600 model ‘Siri 1’ yang dibina Ford sebelum diserahkan ‘segar daripada kilang’ kepada Puteri Wales ini pada bulan Ogos 1985. 




Pada asalnya, mendiang tertarik kepada Escort merah jenis convertible, namun sebagai kerabat diraja, penggunaan bumbung kanvas tidak memberikan privasi dan perlindungan yang diperlukan.




Sebagai alternatif, Puteri Diana memilih model ini, Escort Turbo RS.




Kereta, tiga pintu ini dikuasakan oleh enjin berpengecas turbo 1.6L yang memberikan output maksimum 130 hp, kuasa disalurkan kepada roda hadapan melalui transmisi manual lima kelajuan. 




Ia mampu melakukan pecutan dari 0-100 km/j dalam masa hanya 7.8 saat.




Untuk mengekalkan minat Puteri Diana terhadap model ini, Ford memberikannya sentuhan istimewa iaitu dengan mewarnakan badan kereta dengan warna hitam, berbeza daripada ‘Siri 1’ lain yang dikeluarkan dalam warna putih. 




Selain itu, kereta turut dilengkapkan dengan cermin pandang belakang kedua serta sebuah radio di dalam kotak simpanan (glove box) kereta untuk kegunaan  pengawal peribadi mendiang. 




Ford Escort RS Turbo 1985 yang menjadi kegemaran mendiang Puteri Diana ini bakal dilelong pada 27 Ogos nanti. Ia dijangka mampu memecahkan rekod lelongan kereta lain mendiang yang pernah dilelong sebelum ini, 1994 Audi 80 yang terjual pada harga  £58,000 (RM313,416.84) pada Mac 2020.


Sumber: Drive, Driven

Tag:

Ford Escort
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

KLIMS 2026 Bermula 12-21 Jun Ini

Tiket Serendah RM11.40 Sehari: Lubuk EV Terbesar Malaysia Kini di KLIMS 2026!

03-06-2026
Berita Auto

XPENG Malaysia Lancar Program 'MEGA X9 REWARDS', Tawaran Istimewa Berbaloi Hingga RM45,000

XPENG X9 2025: MPV Mewah Dengan Ganjaran Hebat MEGA X9 REWARDS.

03-06-2026
Berita Auto

Cuti Dah Habis? PLUS Jangka 2.2 Juta Kenderaan 'Serbu' Lembah Klang Mulai Esok

Trafik PLUS Dijangka Cecah 2.2 Juta: Ini 5 Tip Elak Sangkut 'Jam' Mulai 4 Jun.

03-06-2026
Berita Auto

Siri e.MAS Laku Keras! PROTON Labur RM37 Juta Gara-Gara Kilang Tak Menang Tangan

Ini Sebab Kenapa PROTON Sanggup Labur RM37 Juta Lagi Di Tanjung Malim...

03-06-2026
Berita Auto

JPJ Buru Pasangan Bermanja Dalam Kenderaan

Aksi wanita dan lelaki ini tular di media sosial.

03-06-2026
Berita Auto

UCar-e: Perodua Sedia 50 Kenderaan Pandu Kongsi Untuk Warga UUM, UPM Dan UTM

Perodua Jalin Kerjasama Dengan 3 Universiti Perkenal UCar-e.

03-06-2026
Berita Auto

Kuota BUDI95 Kekal 200 Liter, Paparan 150 Liter Akibat Ralat Sistem

Kecoh Kuota Subsidi Turun 150 Liter Semalam? Ini Penjelasan Sebenar MOF.

01-06-2026
Berita Auto

Kantoi Guna MyKad Orang Lain Tanpa Kebenaran Untuk BUDI95, Boleh Dipenjara 3 Tahun

Penyalahgunaan MyKad Untuk Subsidi BUDI95: MoF Beri Amaran Keras.

29-05-2026