Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Hati-Hati Orang Shah Alam, Ada Kes Samun

Suhana Veru

Kongsi melalui

Samun dan bakar.

Itu modus operandi sekumpulan penjenayah selepas menyedari tindakan mereka menyamun seorang wanita di Jalan Sungai Jati, Shah Alam, tular di internet.

Kumpulan penjenayah itu pada mulanya telah menyamun seorang wanita yang baru sahaja tiba di hadapan kedainya.

Berdasarkan rakaman  televisyen litar tertutup (CCTV), salah seorang penjenayah yang turun dari kereta Myvi bertindak membongkokkan badannya untuk mengaburi kehadirannya.

Tanpa melengahkan masa, penjenayah itu mengacukan pisau dan lantas merentap beg sandang mangsa yang mengandungi wang tunai, telefon bimbit dan rantai emas.


Ekoran itu, wanita berkenaan terjatuh dan terseret ketika cuba menyelamatkan begnya namun dia  bernasib baik kerana tidak dicederakan.

Mangsa dikatakan mengalami kerugian hampir RM3,000.

Rakaman itu kemudian tular di internet.

Takut diburu polis, kumpulan penjenayah itu bertindak membakar kereta yang digunakan untuk menyamun. .

Hasil semakan lanjut mendapati kereta itu adalah kenderaan sama digunakan suspek untuk samun mangsa. Semakan nombor casis dan enjin kereta itu mendapati kereta tersebut telah dilaporkan hilang pada 14 Julai.

Pihak polis tidak menolak kumpulan penjenayah itu bertindak membakar Perodua Myvi itu untuk melupuskan bukti.


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Proton X70 Terbabas, Wanita Putus Kaki

Lagi kemalangan di LPT2.

06-06-2026
Berita Auto

KLIMS 2026 Bermula 12-21 Jun Ini

Tiket Serendah RM11.40 Sehari: Lubuk EV Terbesar Malaysia Kini di KLIMS 2026!

03-06-2026
Berita Auto

XPENG Malaysia Lancar Program 'MEGA X9 REWARDS', Tawaran Istimewa Berbaloi Hingga RM45,000

XPENG X9 2025: MPV Mewah Dengan Ganjaran Hebat MEGA X9 REWARDS.

03-06-2026
Berita Auto

Cuti Dah Habis? PLUS Jangka 2.2 Juta Kenderaan 'Serbu' Lembah Klang Mulai Esok

Trafik PLUS Dijangka Cecah 2.2 Juta: Ini 5 Tip Elak Sangkut 'Jam' Mulai 4 Jun.

03-06-2026
Berita Auto

Siri e.MAS Laku Keras! PROTON Labur RM37 Juta Gara-Gara Kilang Tak Menang Tangan

Ini Sebab Kenapa PROTON Sanggup Labur RM37 Juta Lagi Di Tanjung Malim...

03-06-2026
Berita Auto

JPJ Buru Pasangan Bermanja Dalam Kenderaan

Aksi wanita dan lelaki ini tular di media sosial.

03-06-2026
Berita Auto

UCar-e: Perodua Sedia 50 Kenderaan Pandu Kongsi Untuk Warga UUM, UPM Dan UTM

Perodua Jalin Kerjasama Dengan 3 Universiti Perkenal UCar-e.

03-06-2026
Berita Auto

Kuota BUDI95 Kekal 200 Liter, Paparan 150 Liter Akibat Ralat Sistem

Kecoh Kuota Subsidi Turun 150 Liter Semalam? Ini Penjelasan Sebenar MOF.

01-06-2026