Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

"Henti Import Lamborghini" – Arahan MITI

Sofea Najmi

Kongsi melalui



Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) mengarahkan Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA) dan ahlinya untuk menghentikan import kereta baharu daripada jenama Itali, Lamborghini ke dalam pasaran tempatan. 


Menurut kementerian, hak eksklusif bagi mengimport kenderaan CBU baharu jenama tersebut kini dipegang oleh syarikat AP Francais yang telah dilantik oleh MITI iaitu Sungata Supercars Sdn. Bhd. atau turut dikenali sebagai Lamborghini Kuala Lumpur.




Sehingga baru-baru ini, difahamkan, mana-mana syarikat dengan AP Terbuka dibenarkan untuk membawa masuk kereta keluaran Lamborghini, sama ada baharu atau terpakai. 


Arahan ini disahkan melalui memo yang disebarkan oleh kementerian tersebut bertarikh 17 Ogos, arahan yang berkuat kuasa serta-merta.


Kini, sebarang pembelian model kereta Lamborghini perlu dilakukan melalui Lamborghini Kuala Lumpur dengan cawangan yang terletak di Glenmarie, Shah Alam. 




Kenapa tindakan ini diambil oleh kementerian masih menjadi tanda tanya. Adakah perkara sama akan dilakukan ke atas jenama supercar lain seperti Ferrari, Maserati, McLaren, Aston Martin, Bentley dan sebagainya pada masa akan datang? Apakah pendapat anda tentang isu ini? Kongsikan pandangan di ruangan komen.


Baca: Lamborghini Hurácan Tecnica Dilancarkan Di Malaysia, Lebih Hebat Dari Huracan EVO RWD? Harga Dari RM1.05 Juta


Tag:

Lamborghini Huracán
Lamborghini Kuala Lumpur
AP Terbuka
MITI
Kementerian Perdagangan
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Pengganti Lamborghini Huracán Guna Enjin V8 Dengan Sistem Hibrid?

Lamborghini dikhabarkan bakal mengeluarkan supercar dengan enjin V8 turbo berkembar serta sistem hibrid.

21-09-2022
Kereta Baru

Lamborghini Temerario Kini Rasmi Di Malaysia – Dari RM1.3 Juta, Cecah 907 HP

Lamborghini Kuala Lumpur hari ini secara rasmi melancarkan kenderaan elektrik berprestasi tinggi (HPEV), Lamborghini Temerario.

15-07-2025
EV

Guna Kelebihan Cip & Jamin 750,000 Kerja: 4 Fakta Utama Disebalik Dasar EV 1 Julai

Kenapa Dasar RM200k Penting Untuk Masa Depan Vendor Tempatan.

12-05-2026
Berita Auto

Industri Automotif Malaysia: Perodua Puji MITI

Perodua, menyatakan sokongan padu terhadap penjelasan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) mengenai hala tuju Dasar Automotif Negara (NAP).

01-04-2026
Berita Auto

Isu BYD: MITI Perjelas Perkara Sebenar

Jangan keliru, ini penjelasan MITI.

31-03-2026
EV

Pengimport EV CBU Bakal Galas Tugas Bina Infrastruktur Pengecasan?

MITI sedang membuat pertimbangan untuk mewajibkan syarikat pengimport (CBU) kereta EV membantu membina rangkaian pengecasan

06-02-2026
EV

MITI Makin Tegas, Pasaran Malaysia Bukan 'Tong Sampah' Untuk EV Murah Tanpa Nilai Tambah

Kerajaan Malaysia kini memberi isyarat jelas untuk mengambil tindakan lebih tegas terhadap kemasukan kenderaan elektrik (EV) import sepenuhnya (CBU).

05-02-2026

Berita Terkini

Berita Auto

Kantoi Guna MyKad Orang Lain Tanpa Kebenaran Untuk BUDI95, Boleh Dipenjara 3 Tahun

Penyalahgunaan MyKad Untuk Subsidi BUDI95: MoF Beri Amaran Keras.

29-05-2026
Berita Auto

Proton Sumbang 8 Enjin Untuk Pelajar Universiti, Institut Latihan

Pelajar Automotif Tak Perlu 'Bayang' Lagi, PROTON Sumbang Enjin Sebenar Untuk Dibedah.

29-05-2026
Berita Auto

Axia Terbang Atas Bumbung Rumah

Mujur semua selamat.

29-05-2026
Berita Auto

Bukan Sebab Murah, Ini Punca Sebenar Proton X50 Jadi Kegilaan Orang Malaysia

Sanggup 'Tinggal' Sedan & Hatchback, Kenapa Ramai Pakat Beralih Ke Proton X50?

28-05-2026
Berita Auto

Aidiladha: 23 Orang Terkorban Dalam Nahas Jalan Raya

Tragedi Hitam Aidiladha: 23 Nyawa Terkorban Dalam Masa 24 Jam Pertama Perayaan.

28-05-2026
Berita Auto

Tak Payah Tunggu Subsidi, Tabiat Ini Boleh Tolong Anda Jimat RM204 Sebulan!

Ingat Kereta Petrol Je? MIROS Kata Geng EV Pun Wajib Amal Eco-Driving.

28-05-2026
Berita Auto
Berita Auto

PM Jamin Bekalan Bahan Api Negara Stabil

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim memberi jaminan bekalan petrol RON95 dan diesel masih mencukupi sehingga Julai ini.

26-05-2026